Ahad, 22 Julai 2012

Sepanjang seminggu (16-21 Julai 2012)

 Salam..

Dirangkumkan mulai tarikh:

 16 Julai 2012 (Isnin)
 -Harini penulis cuti peristiwa sempena hari sukan yang diadakan pada hari Ahad semalamnya. Alhamdulillah selesai. Penulis bergerak ke Rawang dan tanjung malim je sepanjang pagi ni. Cuaca pada petangnya hujan lebat. Rahmat Allah telah sampai. Alhamdlillah :-)

  17 Julai 2012 (Selasa)
-khabarnya pentaksir  kawasan, JPN, KPM dan Nazir nak tengok PAFA seperti yang dimaklumkan oleh Ustazah Asfarina. Pelbagai persiapan fail yang tiptop oleh Ketua Panitia. Syabas. Tapi hingga waktu balik tiada kunjungan dari pihak terbabit. Mungkin telah selesai ketika latihan sukan pada rabu lalu 4/7/12 oleh pentaksir daerah. 

  18 Julai 2012 (Rabu)
-Ramai guru tiada berikutan Kursus KSSR di PKG seluruh daerah. Petang harinya aktiviti Kokurikulum dijalankan seperti biasa. Pembahagian 11 kumpulan TKRS mencari Flora dan fauna di kawasan sekolah. Menakjubkan bila 2 ekor tokek bersaiz sederhana ditangkap. tapi selesai pembentangan dilepaskan semula oleh murid. 

 19 Julai 2012 (khamis)
-Penulis terlibat dengan Kursus LADAP 1m1s di PKG Kalumpang pada jam 8.00 hingga 1.30 tengahari. Kesemua sekolah seluruh Hulu Selangor tiba dengan kebanyakan mereka adalah s/u sukan dan kokurikulum. Penulis dibahagiakandalam kumpulan Sepaktakraw. Pelbagai teknik asas diterangkan oleh JU2 sukan. Bad ping pong yang diminta dalam surat sebenarya tak guna pun.ha3.


 cuma cikgu Yusmadi dari SK Seri Fajar je yang pinjam,kebetulan dia dalam group ping pong dan pembentangan guna bad ping pong penulis.ha3. 

 Dirasmikan oleh Encik Azimi PPDHS unit Sukan.

  20 Julai 2012 (Jumaat)
 -Panitia Pendidikan Islam mengumpulkan semua murid Islam untuk sesi penerangan dan tazkirah pra ramadhan. pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah. Majlis pot luck turut diadakan pada waktu rehat. Nyamp2. ;-)



21 Julai 2012 (Sabtu)
 Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Balik kampung. Pergi Bazar Ramadhan dan berkumpul semula bersama keluarga dan adik beradik.

Begitulah serba sedikit diari penulis sepanjang minggu Julai 2012 ini. Berjumpa lagi di lain masa. InsyaAllah. 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...