Sabtu, 29 Oktober 2011

MAHROJAN j-QAF dan literasi

Assalamualaikum semua..

Gambar kenangan bersama fasi dan murid2 dari pelbagai sekolah.Dari kiri Ustaz Haris,Ustaz Hishamudin dari SK KKB 1, Ustaz Fadhli dari SK Lembah Beringin dan Penulis.

Pada 12 Oktober 2011 ( Rabu) yang lalu, PPD unit Pendidikan Islam telah mengadakan pertandingan Mahrojan dan Kem Literasi al-Quran bertempat di SK Kerling. Penulis tak dapat nak hantar peserta ke kem literasi tersebut kerana murid tahap 1 masih lagi dalam minggu peperiksaan. So penulis jadi Fasilitator jelah. Berjumpalah balik penulis akan ramai kenalan2 j-QAF daerah Hulu Selangor yang lain..paling lama tak jumpa adalah Ustaz Hassan dari SK Bandar Sungai Buaya. Last jumpa dia sekitar tahun 2008 lepas balik dari kursus di PD sampai sesat masuk one way kat Selayang lepas balik PD dan kursus bersama TKRS di Lembah Beringin pada tahun tersebut.

Pendaftaran peserta di ASTAKA Sekolah Kebangsaan Kerling

Selesai literasi pada jam 11.00 pagi maka pertandingan Kalam Jama'e mempertandingkan 3 buah sekolah untuk mewakili Hulu Selangor dalam peringkat Negeri yang berlangsung di UNISEL pada November ini. Penulis dilantik menjadi hakim bagi Isi dengan ustaz Rohaizad dari SK KKB. Selain penulis ada 4 hakim lagi .sorang lagi hakim lelaki adalah Ustaz Haris dari SK Serendah jadi hakim persembahan.

Johan dari SK A.Pecah. Waiceh..patut boleh johan..ustaz Zaki selaku jurufoto pun ada atas pentas. he3

3 sekolah yang bertanding adalah SK Ulu Bernam, SK Ampang Pecah dan SK KKB2. Johan disandang oleh peserta2 dari SK Ampang Pecah yang dibimbing oleh Ustaz Zaki, Ustazah Roudhoh. Alhamdulillah kejohanan Mahrojan dan literasi peringkat daerah Hulu Selangor 2011 tersebut selesai dengan jayanya pada jam 1.00 tengahari. Orang penting yang menjadi tulang belakang pertandingan tersebut adalah GB SK Kerling, Ustaz Hazri dari SK Kerling, Syeikhul Bakhtiar bin Matal dari SJKT Sungai Choh, Ustaz Hisham dari SJKC Batu dan Ustaz Shamsudin dari PPD.


Ustaz Zaki (jurufoto), Ustaz Hisham dan Syeikhul Bakhtiar bin Matal. Ex Sifu penulis.he3

Ustaz Hazri (Baju Melayu ) As Tuan Rumah

Teringat kata2 Ustaz Haris yang begitu bersemangat nak hantar peserta untuk Kalam Jama'e lepas beliau dah timba ilmu masa kursus KSSR B.Arab di SK Kalumpang bulan lepas.he3. Oklah..sekarang minggu sibuk buat penulis. Data 6 bulan j-QAF Oktober harus diserah pada 2 November ini.

Berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah.

Ahad, 23 Oktober 2011

LADAP : PERANCANGAN STRATEGIK

Pada 22 September 2011 lalu berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PPD yang berlangsung di Makmal Komputer SKTAR. Peneramah undangan adalah tuan Haji Zolkafli dari JPN Selangor. Turut serta Guru Besar yang menyampaikan sedikit cenderahati pada tuan penceramah kita.

Penceramah undangan
Antara guru yang terlibat
Masa untuk cop kad biru.
Jamuan ala kadar ( bungkus je) ..hehe


Sekian dari SU LADAP 2011.

Selasa, 11 Oktober 2011

Majlis Asrama

Salam semua..

Kat sini penulis akan paste balik beberapa gambar bagi program yang telah berlangsung pada bulan2 yang lalu. Baru sekarang ada kesempatan nak upload gambar untuk tatapan kita bersama.

Berikut adalah gambar semasa program ketika bulan Ramadhan yang lalu. bermula dari sekolah hingga aktiviti di asrama SKTAR.



I(ftar Jama'e. Menu istimewa untuk murid Islam Asrama

Solat Maghrib berjemaah di Surau aSRAMA

Packing kuih raya made in sungai Besar

Masak bubur lambuk untuk sedekah pada murid
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...