MENJUNJUNG GENERASI AL-QUR'AN CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK
JALAN PADANG GOLF
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN

TELEFON / FAKS : 03-60641776

KOD SEKOLAH : BBA5016

Biodata Penulis Blog

Foto Saya
Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan solat. Yakni mereka yang tetap dalam solatnya’. (Al-Maarij, ayat 19-23)

2009

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sabtu, 29 Oktober 2011

MAHROJAN j-QAF dan literasi

Assalamualaikum semua..

Gambar kenangan bersama fasi dan murid2 dari pelbagai sekolah.Dari kiri Ustaz Haris,Ustaz Hishamudin dari SK KKB 1, Ustaz Fadhli dari SK Lembah Beringin dan Penulis.

Pada 12 Oktober 2011 ( Rabu) yang lalu, PPD unit Pendidikan Islam telah mengadakan pertandingan Mahrojan dan Kem Literasi al-Quran bertempat di SK Kerling. Penulis tak dapat nak hantar peserta ke kem literasi tersebut kerana murid tahap 1 masih lagi dalam minggu peperiksaan. So penulis jadi Fasilitator jelah. Berjumpalah balik penulis akan ramai kenalan2 j-QAF daerah Hulu Selangor yang lain..paling lama tak jumpa adalah Ustaz Hassan dari SK Bandar Sungai Buaya. Last jumpa dia sekitar tahun 2008 lepas balik dari kursus di PD sampai sesat masuk one way kat Selayang lepas balik PD dan kursus bersama TKRS di Lembah Beringin pada tahun tersebut.

Pendaftaran peserta di ASTAKA Sekolah Kebangsaan Kerling

Selesai literasi pada jam 11.00 pagi maka pertandingan Kalam Jama'e mempertandingkan 3 buah sekolah untuk mewakili Hulu Selangor dalam peringkat Negeri yang berlangsung di UNISEL pada November ini. Penulis dilantik menjadi hakim bagi Isi dengan ustaz Rohaizad dari SK KKB. Selain penulis ada 4 hakim lagi .sorang lagi hakim lelaki adalah Ustaz Haris dari SK Serendah jadi hakim persembahan.

Johan dari SK A.Pecah. Waiceh..patut boleh johan..ustaz Zaki selaku jurufoto pun ada atas pentas. he3

3 sekolah yang bertanding adalah SK Ulu Bernam, SK Ampang Pecah dan SK KKB2. Johan disandang oleh peserta2 dari SK Ampang Pecah yang dibimbing oleh Ustaz Zaki, Ustazah Roudhoh. Alhamdulillah kejohanan Mahrojan dan literasi peringkat daerah Hulu Selangor 2011 tersebut selesai dengan jayanya pada jam 1.00 tengahari. Orang penting yang menjadi tulang belakang pertandingan tersebut adalah GB SK Kerling, Ustaz Hazri dari SK Kerling, Syeikhul Bakhtiar bin Matal dari SJKT Sungai Choh, Ustaz Hisham dari SJKC Batu dan Ustaz Shamsudin dari PPD.


Ustaz Zaki (jurufoto), Ustaz Hisham dan Syeikhul Bakhtiar bin Matal. Ex Sifu penulis.he3

Ustaz Hazri (Baju Melayu ) As Tuan Rumah

Teringat kata2 Ustaz Haris yang begitu bersemangat nak hantar peserta untuk Kalam Jama'e lepas beliau dah timba ilmu masa kursus KSSR B.Arab di SK Kalumpang bulan lepas.he3. Oklah..sekarang minggu sibuk buat penulis. Data 6 bulan j-QAF Oktober harus diserah pada 2 November ini.

Berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah.

0 ulasan:

BLOG INI MENCERITAKAN BERITA,KOMEN,MAKLUMAT DAN SEBARANG PEMBERITAHUAN YANG BUKAN BERSIFAT TERIKAT DENGAN MANA-MANA PIHAK.

Serangkap ucapan:

Ini cumalah blog peribadi

Keajaiban Allah Taala.subhanallah!