Sabtu, 30 Mei 2009

CHIKGUK..MUHAI SELAMAT BERCUTIK!


Salam kasih sayang dan mahabbah dari penulis buat semua pembaca blog yang biasa-biasa je ni..

(Dialog murid2 SKTAR sebelum cuti bermula) :


Ye,ye..cutik sekolah tai lagik lah ajih( awak)..ajih mauk gi manak cutik? aku nyamp tahui lagik..mau nolong mui akuk ekot pi hutan carik buloh.. uii, Pahau de amik!
..Ngan akuk!igun muhei bacaklah buku.. (tau takpe) kih3..


Begitulah sebahagian kata-kata yang penulis dengar dari dua murid asrama. Bukan main seronok mereka menjelang malam jumaat di mana keesokannya selepas sambutan hari guru peringkat sekolah habis jam 12.05 tengahari, murid2 asrama akan dijamu makanan dari pembekal makanan asrama dan sesudah waktu solat jumaat jam 2.30 petang,lori JHEOA akan tiba..maka bertempik lah mereka.. yelah dah 3 minggu tak balik kampung.

Apepun selamat bercuti juga diucapkAn pada semua murid2 SKTAR,warga SKTAR dan seluruh warga pendidik. Musim kenduri kawin kawan2 ni..kena pi!Apa nak dibuat waktu cuti ni ye..tunggu posting saya di masa akan datang. insyaallah.

Isnin, 25 Mei 2009

Peperiksaan,motivasi dan KPM melawat.



Salam buat semua pembaca blog yang saya hormati..

Bermula pada hari in,isnin hingga khamis ( 25 - 28 - Mei 2009 ) SKTAR seperti sekolah-sekolah yang lain juga akan mengadakan peperiksaan pertengahan tahun. Diharap kesemua murid dapat mengulangkaji pelajaran mereka dengan bersungguh-sungguh.

Tidak seperti peperiksaan di sekolah lain, sekolah tun razak agak berbeza menjelang minggu peperiksaan. Guru-gurru sendiri yang mengasah pensil,menyediakan perkakasan peperiksaan, dan memberi soalan ramalan yang akan keluar pada peperiksaan nanti.

Bagi murid-murid Islam SKTAR, soalan peperiksaan bagi mata pelajaran bahasa arab hanya akan diduduki oleh murid tahun 1,2 dan 3 sahaja. Manakala kertas bagi pendidikan islam telah diusahakan oleh guru panitia SKTAR,ustaz bakhtiar bin matal.Soalannya pun tak lah susah sangat,,banyak dalam tulisan rumi kerana penguasaan dalam tulisan jawi masih di tahap sederhana minimum.

Terlupa nak inform, hari jumaat lepas penulis dan seluruh warga pendidik SKTAR meluangkan masa menghadiri kem motivasi UPSR di Kem Rimba Tamu. Program selama 2 hari bermula petang jumaat itu berjalan baik. Penulis diberi tanggungjawab menjadi ketua AJK peralatan, segala audio,laptop,LCD,monitor, stationery penulis dan Us.Bakhtiar sediakan. Penulis naik motor je, jarak dari sekolah dalam 25 KM.

Diharap kem tersebut berjaya mencapai sasaran UPSR paling membanggakan tahun ini. Malam itu kami guru2 dan ahli keluarga guru2 ber BBQ bersama-sama. memang meriah. Semoga ikatan ukhwah antara kita semua terjalin erat hingga bila2.

Hari khamis nanti ( 28 Mei 2009 jam 9.45 pagi) warga Kementerian Pelajaran Malaysia dari bahagian pendidikan khas dan sumber manusia akan mengadakan lawatan muhibbah masih ada yang sayang melibatkan semua murid islam SKTAR dan guru2. Berkonsepkan Islam Hadhari tak silapnya..apepun warga SKTAR mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum..

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Salam semua..

16 Mei datang lagi..datang membawa pelbagai stigma dan cabaran khususnya buat kesemua warga pendidik di seluruh dunia.. sebelum penulis menceburkan diri dalam bidang perguruan, penulis menganggap 16 Mei hanyalah satu hari yang disambut oleh guru-guru dengan pelbagai hadiah yang akan diberikan oleh anak-anaqk murid.

Ya..tanggapan itu 4 tahun dahulu..tetapi penulis sedar 16 Mei bukan sekadar itu..ia lebih pada pengorbanan yang guru perolehi daripada keseluruhan masyarakat berintelek. Bukan hadiah atau sanjungan yang dimahukan oleh kami warga pendidik.cukuplah kami dihargai oleh para pelajar dan murid2, terutama dari ibu bapa.

Kami warga pendidik sedar tugas guru masakini sangat berbeza dengan tanggungjwab guru 20 tahun lepas ke atas..Guru sekarang dituntut menjadi lebih berkeperibadian yang mulia, cekap serta sanggup menjadi serba boleh bagi melahirkan KEMENJADIAN murid itu sendiri.

Penulis pada hari ni menerima berbelas pesanan SMS dari rakan2 guru dari sekolah lain..Hari ini juga penulis menjadi urusetia dan SU LADAP dengan menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan HEAD COUNT. Pada semua warga SKTAR penulis mengucapkan selamat hari guru pada kalian. Setiap guru perlu membawa makanan masing2 untuk kami sambut bersama2 pada isnin ni ( 18 Mei 2009) di sekolah dan sambutan rasmi pada 27 Mei ini.

Beberapa anak murid penulis memberitahu kad untuk penulis sedang dibuat. Berbeza dengan sekolah lain,jika hadiah yang mahal dan ada klass guru2 akan terima, tapi berbeza bagi kami warga pendidik SKTAR, hadiah berupa ubi, rambutan,petai,jering dan ulaman serta buahan hutan sudah kemestian bagi kami..itu lah keunikan SKTAR..biar apa pada pandangan orang, biar kami yang menggalasnya.

Disini penulis catakan satu SMS yang penulis dapat dari seorang guru di sekolah lain:

Ingatkan campak,
rupanya jerawat batu,
Ngajar bagai nak rak,
bebudak buat tak tahu,
Rasa macam nak sepak,
takut kena serbu,
Mai sini nak habaq,
bukan kata rindu,
banyaklah sabaq,
kita ni kan CIKGU...

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA....

Khamis, 7 Mei 2009

panduan untuk guru yang bermusafir


Salam buat kesemua pembaca blog yang saya hormati..

adakalanya tugas seorang guru itu menuntut mereka perlu menghadiri kursus atau mesyuarat atau sebarang aktiviti yang agak jauh dari tempat mereka bekerja. Di sini penuilis tertarik untuk kita sama-sama berbincang mengenai solat fardhu untuk musafir.. Penulis petik dari laman web JAKIM tentang solat jamak dan qashar :

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...