Jumaat, 27 Februari 2009

biasa-biasa aje..


assalamualaikum semua... entah kenapa dalam tempoh terdekat ni takde sebarang aktiviti yang menarik untuk penulis catatkan di sini.. entah kenapa terfikir penulis sejenak, merenung kebesaran Allah s..w.t yang tiada tara bandingnya, begitulah manusia sentiasa dilalikan oleh khayalan dunia yang fana ini..

Sekarang ni musim hujan di KKB, so penulis hanya banyak menggerakkan motor je ke mana2 destinasi termasuk ke sekolah. sayang pulak nak guna kereta, hari2 polish takut kotor.he3..sekarang ni dah jadi aktiviti rutin setiap petang.

Oh ya.. dalam minggu ni penulis juga sedang mengupdate failing2 j-QAF kerana nazir negeri nak datang ke sekolah dalam minggu depan untuk menilai prestasi sekolah kerana telah tercalon untuk kategori sekolah cemerlang (ASLI)..

Hmm..nampak gaya mungkin balik lambat sikit ke kampung minggu ni pasalnya bebudak UM nak melawat asrama pada hari sabtu ni..Cikgu2 diwajibkan untuk turut serta. Apap pun lakukan je selagi terdaya. ye x.. -WAsalam

Khamis, 19 Februari 2009

biarku pujuk hati ini.


salam buat semua..

tak tau lah kenapa dalam seminggu ni perasaan penulis agak terganggu. Bukan beerti penulis seorang yang moody tapi terkadang terfikir.. walau baik macamane sekalipun kita buat baik pada seseorang, belum tentu orang itu akan dapat mengembirakan hati kita pula. setelah cuba untuk menjaga hati2 lain, hati sendiri terguris pedih dengan ungkapan sembilu yang mencengkam.

Adakalanya lebih baik seseorang itu harus buat tak kisah atas apa yang berlaku, mungkin hati kecil ini boleh memaafkan tetapi kesannya tetap jua ada. Ya Allah..Aku berserah padamu, Kau ampunilah dosa2 ku dan Kau tabahkanlah hati hambamu ini seteguh hati Nabi Ayob a.s dan kesabaranku setanding kesabaran kekasihmu..Rasulullah S.A.W

-j-Qaf tanpa gagal

Sabtu, 14 Februari 2009

SABTU YANG BEKERJA BAGI GURU2 HULU SELANGOR.


salam semua..

maaf, hari ni betul penuh dengan aktiviti kejohanan merentas desa peringkat negeri yang dilangsungkan di stadium milenium kuala kubu bharu, hulu Selangor. Oklah disini penulis nak berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang program harini.

6.00 am : dah start bangun, mandi,solat dan panaskan enjin kereta. oh ya. Kawan serumah penulis turut terbabit dalam kejohanan tersebut sebagai hakim check point. manakala penulis diberi tanggungjawab menguruskan P.A sistem.

7.30 am : Alhamdulillah kami sampai tepat seperti dijangkakan, Penulis dapat meilhat ramai para guru yang penulis kenal dari berbagai sekolah di seluruh Hulu Slangor. Ustaz bakhtiar dan cikgu Jashiah dipertanggungjawabkan selaku MC kejohanan. Keduanya dari SKTAR.Ya! SKTAR boleh.. tq ustaz n kak jas. he3

9.00 am : Penulis dah mula sibuk nak menguruskan persiapan lagu negaraku dan mikropon dalam keadaan OK. Mujur sepanjang kejohanan Abang Tapa dan kawannya dari Majlis daerah Hulu Selangor banyak membantu. tq bang.

10.00 am : Penulis, Ustaz dan cikgu Anuar dari S.K Rasa pi ke khemah kemnterian kesihatan. Cuba chek darah dan sukat kadar karbon monoksida dalam paru2. Alhamdulillah penulis punya bacaan adalah 0 ( tidak merbahaya) tak merokok maa

11.00 am : para peserta merentas desa telah selamat menghabiskan larian mereka ikut laluan yang ditetapkan. Oh ye. budak sekolah SKTAR hantar 4 murid, tapi cuma 2 orang diberi nombor, yang lain cuma sebagai simpanan. apapun ustaz tabik la kat merdeka, mazaina, nizam dan sauri. Walaupun merdeka star SKTAR cuma dapat no.60 dari keseluruhan murid lelaki bawah 12 tahun seluruh selangor. Syabas Betee..

11.30 am : GPK Koku datang. Majlis Perasmian penutup oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri merasmikan kejohanan tersebut. bersembang kejap dgn cikgu dari sk. suharto. Boring btul. Kem Klang dan hulu Langat hampir sapu bersih semua acara.Kem Hulu Selangor just dapat no. 2 bawah 15thn. lain hancuss.. begitu juga bagi daerah asal penulis sabak bernam. Cannot Go kata orang putih.

12.30 pm : Penulis, Ustaz Zaki, dan 2 murid SKtar tumpang kereta penulis, Penulis nak hantar mazaina ke prkampungan Orang Asli Hulu Tamu di Batang Kali . kira2 15 km dari staduim, dan merdeka di kampung songkok jalan genting hihgland, kira2 20 km dari stadium.

1.30 pm : penulis lepas je solat zohor di rumah sewa kat ampang pecah terus berdesup balik ke kampung tercinta di Sungai Besar. Alhamdulillah sampai jam 2.45 petang.

ok lah ..ada masa penulis akan sambung lagi k. apepun terima kasih kepada yang menolong penulis sepanjang kejohanan tersebut, especially warga SKTAR yang hadir. syukran.

Jumaat, 13 Februari 2009

ROTTER MAKMAL ASYIK LINKING

salam semua..

maaf dah lama tak menulis,hatta nak online dalam komuniti j-QAF.net pun tak sempat dah berapa minggu.bermacam2 program sekolah diadakan sepanjang bulan februari ni:


* Pertandingan merentas desa peringkat negeri di stadium milenium KKB
*Mesyuarat PIBG sekolah kali ke 25
* Pengurusan kokurikulum yang banyak

oklah. kali ni penulis tak dapat nak tulis pjg2 coz, rotter makmal sekolahj asyik linking je.. ada masa kita bersua lagi k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...