Sabtu, 17 September 2016

Kenangan Cameron Highland 15-16 September 2016


Assalamualaikum..

dah setahun tak bukak blog..haha. 15-16 Septmeber 2016 (Khamis & Jumaat ) sempena cuti sekolah penggal ke2 ,bawak isteri dan anak naik cameron. Ni kali ke 7 naik CH.

Khamis ( 15/9/16)
  • Ikut Teluk Intan - Tapah - Cameron pada hari Khamis Jam 2 petang. Sampai cameron Jam 6 petang.
  • singgah pasar malam Brinchang beli juadah untuk makan malam dan sarapan pagi esok. Beli Kambing grill, satay, nasi goreng ayam &  piza
  • Jam 9 malam cari hotel bajet je..haha. Sunbird Hotel Tanah Rata..Kat Brinchang hotel bajet dah penuh. RM160 untuk bilik queen. Air panas untuk bancuh susu amilia kena  turun kat lobi ye..nama pun bajet..kui3
 Hotel SunBirds Tanah Rata CH 
( Kredit picture from http://hainomokje.blogspot.my )
  •  Malam ni makan malam kat hotel sambil tgk N-Joi. Tak keluar sebab dah letih. Jam 11 tidur, ingatkan takde nyamuk kat CH ni, bukak tingkap untuk ambil udara sejuk CH, suhu 14 celcius. Sian amilia kena gigit nyamuk..sorry anak abah.

Jumaat ( 16/9/16)

  • Pagi ni hujan lebat.menambah kedinginan CH. Perkhabaran Tuan Guru Haron Din kembali kerahmatullah akibat komplikasi jantung . dikebumikan di Calirofnia USA. moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.aamiin 
  • Sarapan satay dan piza di bilik hotel je. Sedia untuk Check Out jam 9.30 pagi , Dah save bajet lagi..haha





  • Bergerak naik ke Brinchang..sekitar 4 KM je. Pergi Red Strawberi Park untuk melihat bunga2. 
  • cadang nak naik Kea Farm jam 11.00 pagi tapi jem teruk..Yelah cuti Umum hari Malaysia harini kan. Plan tukar. lagipun nak solat jumaat.
  •  Turun semua ke Tanah Rata..carik masjid. Masjid Kayangan Brinchang . Tajuk Khutbah. Bersatu dalam Malaysia sempena Hari Malaysia
 Masjid Kayangan Brinchang. Depan Balai Bomba CH
( Kredit picture from mrkumai.blogspot.my )

  • Sebelum solat jumaat kami lunch ayam penyet dulu.. restoran bawah bukit sebelah masjid Kayangan. orang CH bagitau masa kat masjid tadi, 3 kali naik Tapah baru boleh naik Kea Farm jika dari Tanah Rata time cuti umum ni..huhu

Jam 3 pm kami turun CH.. so vacation ni just ambik angin je..

  • Jam 4 petang singgah Sungai Bisek CH. Beli strawberi dan air
 
  •  Singgah di Habu Height sebelum turun Tapah..nak beli jagung mutiara,tak dapat naik Kea Farm
  • Jam 5 petang singgah Lata Iskandar bawak amilia mandi air terjun.
  • Sebelum keluar Tapah sempat beli durian Tapah. 1 kilogram RM6.
    Jam 9 malam sampai di Sungai Besar. Alhamdulillah
     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...