Rabu, 12 Februari 2014

MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
 
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)


KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

(Al An'am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Sabtu, 1 Februari 2014

6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini

Salam..Untuk perkongsian bersama.. Jom baca



Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada mana-mana pihak.

Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar dari hutang.

1. Senaraikan hutang-hutang mengikut keutamaan: Siapkan satu senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu
2. Berhenti dari menambah lagi hutang: ketika anda di dalam proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

3. Audit perbelanjaan anda: Anda mesti menyenaraikan semua perbelanjaan-perbelanjaan anda itu. Tujuannya adalah untuk mengetahui di mana berlakunya pembaziran. Mungkin anda masih membayar bil handphone pada harga yang tinggi walaupun ada kadar yang lebih menjimatkan. Mungkin anda terpaksa menghentikan langganan Astro sebagai contoh. Walaupun anda fikir anda cuma berbelanja RM80 sebulan untuk Astro tetapi jika anda berhenti anda akan jimat RM960.00 setahun! Mungkin anda boleh jimat dengan membeli barang-barang keperluan di Mydin daripada berbelanja Giant contohnya. Semua penjimatan ini anda boleh masukkan ke dalam tabung khas untuk membayar hutang-hutang anda itu.

4. Jangan guna kad kredit : Kepada sebahagian besar masyarakat akibat menggunakan kad kreditlah menjadi penyebab utama mereka jatuh ke dalam lembah berhutang. Dengan kad kredit amat mudah untuk kita berbelanja tanpa mengambil kira samada kita mampu untuk membayar pembelian tersebut. Membayar pada kadar minima tiap-tiap bulan membuatkan bunga pada pembelian kad kredit anda itu bertambah-tambah. Jadi mulai dengan menutup semua akaun-akaun kad kredit anda itu yang anda tahu akan menyusahkan hidup anda. Percayai dengan slogan “Cash is King”.

5. Mulakan untuk menabung : Menabung adalah satu kemestian. Mulakan walaupun dengan amaun yang kecil tetapi mesti konsisten. Siapkan 3 tabung khas di atas meja sebelah katil anda. Satu untuk membayar hutang, satu untuk tabungan dan satu untuk bersuka-ria. Tentukan kadar-kadar bagi tiap-tiap satunya, contoh 10% untuk membayar hutang, 10% untuk tabungan dan 5% untuk bersuka-ria. Jadi apabila anda mendapat apa-apa bayaran atau gaji, bayar kepada tabung-tabung ini dahulu.

6. Buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan : Tidak mudah untuk kita membayar balik hutang kita dengan menggunakan gaji atau pendapatan yang kita dapat tiap-tiap bulan. Lebih-lebih lagi kepada anda yang makan gaji dan menerima pendapatan yang tetap tiap-tiap bulan. Jadi untuk kita menambahkan lagi pendapatan kita haruslah mencari punca pendapatan yang lain. Ramai yang berniaga atau bekerja pada hari cuti. Ramai juga yang berkecimpung di dalam perniagaan secara online. Ini adalah kerana, berniaga secara online tidak memerlukan anda untuk sentiasa di situ. Pasaran di internet juga berkembang dengan amat pesat. Ramai pembeli sekarang konfiden untuk membuat pembelian di internet. Salah satu perniagaan di internet yang mendapat perhatian ramai kerana bermodal kecil dan berkembang pesat adalah Exfuze Seven Plus Klasik Malaysia ini. Anda juga mempunyai peluang yang cerah dengan risiko yang amat rendah.

Selamat mencuba langkah-langkah ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...