Ahad, 29 Julai 2012

Bacaan Yasin,solat Hajat sempena Ramadhan dan UPSR 2012

 Salam..

Pada 27 Julai 2012 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1433h telah berlangsungnya majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang disertai oleh hampir kesemua warga SKTAR pada jam 8.00 hingga 9.10 pagi tersebut. Alhamdulillah majlis tersebut yang telah dirangka oleh Panitia Pendidikan Islam dan penyelaras UPSR  serta dibantu oleh semua guru-guru dan staf melicinkan lagi program tersebut. Manakala murid moral diselia oleh guru wanita yang tidak terlibat pada hari tersebut. 


Seramai 30 lebih murid Islam dari 42 murid Islam keseluruhan menyerikan lagi majlis bacaan yasin,solat hajat dan dhuha itu. Imam dan pemimpin bacaan yassin diketuai oleh penulis. Nampak gaya tahun ni hanya penulis sorang je yang tinggal lepas Ustaz Roslan berpindak ke PKG KKB awal bulan 4 lalu. Teringat pada ustaz Bakhtiar yang banyak memimpin program sedemikian sejak penulis mula posting sejak tahun 2007.


InsyaAllah pelbagai program Ihyak ramadhan yang dirancang oleh Ketua Panitia Ustazah Asfarina , akan dijalankan sepanjang bulan keberkatan ini.

 Muslimat SKTAR

 Muslimin SKTAR

 Hidup mati kerana ALLAH ! 

 Dirasmikan oleh Guru Besar SKTAR, encik Abdul Rahman bin Abdullah

Inisiatif Badan Kaunseling,kerani Pn Maz dan KP P.I. Tahniah.


Ayuh kita serikan Ramadhan tahun ini dengan amal yang suci hanya untukNya. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang, ataupun adakah kita dapat menyempurnakan ibadah berpuasa pada tahun ini.? demi kita yang berada di dalam kekuasaanNya tiada siapa yang mampu menjamin nasib diri. Oleh itu bersegeralah kita merebut peluang yang hanya muncul sebulan dalam setahun.

Ahlan ya Ramadhan!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...