Rabu, 9 Disember 2009

PERTEMUAN KEMBALI DI MUSIM CUTI SEKOLAH


Salam ziarah..



Apa khabar semua pembaca blog yang saya hormati..pada hari ini Rabu ( 9 Disember 2009) pihak sekolah telah mengaturkan satu jadual penyerahan buku Adab belajar dan penyerahan bantuan duit KWAMP bagi kesemua murid dari tahun 1-6. Kehadiran ibubapa dan penjaga murid2 Asli dari sekolah ini agak ramai jugak lebih kurang 60 orang. Penulis menerima SMS dari puan Rokiah GPK Kanan SKTAR meminta kesemua guru hadir pada hari tersebut. Hampir kesemua guru hadir kembali ke sekolah walaupun pada hari cuti persekolahan panjang ini. Hanya Cikgu Yusmawi,Cikgu Norhazliza ambil exam OUM, cikgu Salmiah masih bercuti bersalin sulung..tahniah. dan cikgu Hamidah yang kini berada di Sarawak.



Penulis menggerakkan enjin kereta pada jam 6.40 di Sungai Besar.Lepas isi minyak penulis memacu laju ke Kuala Kubu Bharu..dalam pkl 8.20 pagi penulis selamat sampai di bumi SK Tun Abdul Razak ini. Kehadiran ibubapa awal-awal lagi sudah ramai menunggu di depan pintu pagar sekolah. Seronoknya dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan guru yang agak lama tak jumpa hampir 3 minggu ni. Tapi dalam keseronokan tu masih ada beberapa khabar yang menyedihkan bagi penulis.



Guru Pendidikan Islam SKTAR, Ustaz Bakhtiar bin Matal akan berpindah ke SK Bukit Beruntung 2... lebih dekat dengan rumah beliau..walaupun rasa sedih tapi penulis mengharapkan perpindahan beliau memberi lebih semangat untuk penulis berbakti pada murid Islam di SKTAR. Pengalaman hampir 3 tahun bekerjasama dengan beliau , tidak akan penulis lupakan..segala tunjuk ajar beliau penulis akan amalkan.Insya Allah. Tempat beliau digantikan oleh ustaz muda dari perantau Sabah berasal dari Kedah..Ustaz Ruslan bin Mydin. Selamat datang ke SKTAR dan menjadi sebahagian dari warga bilikjqaf SKTAR.

Ustaz Bakhtiar : Jasa anda selama 9 tahun di SKTAR tetap dikenang.

Begitu juga penulis ucapkan selamat maju jaya buat cikgu Fazliana binti Ismail. Beliau juga akan bertukar di SK Kalumpang..betul2 area rumah beliau. Setelah menunggu hampir saban tahun permohonan beliau berjaya juga..Orang sekampung ni. Manakala cikgu Kamaliah Ibrahim yang sudah menjadi tunggak di sekolah ini hampir 21 tahun juga akan mengakhiri tugasnya di sini apabila permohonan pertukaran beliau ke Kedah bakal diluluskan dalam masa terdekat. Maju jaya buat Kak Lia sekeluarga..Dan tak lupa buat"ibunda" Cikgu Zaharah binti Haji Shaharun GPK HEM yang bakal bersara pada 31 Disember ini semoga lebih ceria di masa-masa seterusnya.Amin.



Penulis diberitakan bahawa SKTAR juga telah mendapat tambahan dua lagi pembantu Pengurusan Murid Asrama seramai 2 orang..semoga kehadiran mereka berdua dapat memantapkan lagi pengurusan Asrama di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ini dibantu oleh PPM sedia ada..saudara Syed Sobri . Dikhabarkan juga bahawa pentadbiran SKTAR juga berjaya mendapat seorang kerani pentadbiran bagi menggantikan tempat Puan Hashimah yang sudah bertukar ke SJKC Kalumpang hampir 4 bulan yang lalu. Ringan lah sikt beban kerja abang Sahrin PAR.Alhamdulillah.




Selepas tamat serahan buku Adab dan buku Bank KWAMP, para guru semua berkumpul di bilik guru..di situ GPK HEM minta jasa penulis untuk menggantikan beliau ke Mesyuarat HEM di Kuala Selangor pada Isnin ni..bersamaan hari cuti.Awalnya agak berat jugak nak pi..yelah time cuti2 ni..tapi Guru besar meletakkan penulis sebagai pilihan kedua lepas GPK Kanan Puan Rokiah Hassan. Kelab Guru SKTAR juga membuat jamuan bersama semua kakitangan SKTAR termasuk guru-guru,staf sokongan dan pentadbiran untuk menikmati makan tengahari di Restoran Roslan Komando Kuala Kubu..di depan ELKEN KKB. Berselera sungguh kami menikmati jamuan akhir tahun tersebut.




Jamuan turut disertai oleh Cikgu Huda dan Cikgu Nurhayati yang tak dapat hadir awal pagi tadi kerana jaga exam SPM. Sesudah menghabiskan menu makan tengahari penulis..penulis sempat memberi ucapan perpisahan buat guru-guru yang akan bersara dan berpindah tahun depan..buat Kak Lia bersabarlah atas dugaan Allah s.w.t atas kepemergian suaminya pada awal bulan 10 lepas, buat Kak Ara..kak Ara adalah jalan buat penulis sepanjang di SKTAR, buat kak Faz..anda adalah rakan sekerja yang baik dan byk memberi nasihat..buat ustaz Bakhtiar..semoga ustaz lebih sukses di sekolah baru nanti..



Penulis kembali bergerak pulang ke Sungai Besar tepat jam 2.05 petang. dan penulis selamat sampai di kampung pada pukul 4.00 petang lepas solat jamak di Masjid Parit 9 Sungai Panjang. 9 Disember 2009 menjadi pelengkap sebahagian dari diari hidup penulis..Semoga kesemua para guru turut ceria dan gembira sepanjang musim persekolahan ini.. Salam sayang buat semua.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...