Rabu, 1 Julai 2009

Apa ada pada bulan Julai @ rejab tahun ini?

Salam kasih sayang kerana Allah..

Kesibukan masa dan urusan duniawi kerap kali melekakan kita sebagai hamba Allah yang mana ia bertanggungjawab atas perlakuannya. Apakah kita semua sudah bersedia menerima satu ketetapan yang hak..iaitu datangnya maut. Apakah kita telah mempersiapkan diri kita dengan amal soleh semasa hidup kita, apakah kita yakin bahawa dosa sesama makhluk itu terampun...berhati-hatilah saudaraku sekalian. Di Mahsyar Allah nanti, ada golongan yang akan menemui Allah dalam keadaan kefakiran kerana sibuknya manusia menghukum manusia dan makhluk Allah yang lain.


Penulis merasakan dunia sekarang berputar terlalu pantas, atau adakah penulis merasakannya seorang diri..Terlalu banyak urusan yang boleh kita selesaikan dalam satu hari ketika waktu dahulu, hanyalah dapat disiapkan kerja tersebut separuh jalan. Apakah Allah mulai menarik nikmat masa sedikit demi sedikit bagi menyedarkan manusia bahawa alam ini sudah terlalu tua dan hanya menunggu hari kehancurannya ( Kiamat) ? Masyaallah..terlalu kerdil rasanya diri ini.

Rejab 1430 datang kembali, bersyukurlah pada Kholiq ( Pencipta). Terdengar dari pandangan ustaz-ustaz mengatakan bahawa kebanyakan kelebihan bulan Rejab ke atas bulan -bulan lain adalah kebanyakan hadis mauduk dan dhoif ( Palsu dan lemah ). Walaubagaimana pun melatih diri berpuasa di bulan2 ini sebelum kedatangan Ramadhan adalah digalakkan terutama Puasa Sunat Isnin dan Khamis.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...