Tuan Pengarah JPS.. Dr Haji Zahrin Aziz, Pegawai Pelajaran Hulu Selangor, Tuan Haji Suhaimi, warga guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama murid-murid UPSR SKTAR 2009
Salam ukhwah buat semua pembaca blog yang saya kasihi..
Bermulanya hari selasa ini ( 8 September) hingga jumaat murid2 UPSR seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Penulis dan warga bilik jqaf tidak ingin melepaskan peluang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan khusus buat anak didik penulis di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Seramai 15 calon dari sekolah ini akan mengambil peperiksaan tersebut, manakala tambahan 20 lagi calon menumpang dari sekolah swasta Al-Amin Serendah.
Penulis merasakan peratus lulus yang akan diperolehi sekolah ini akan meningkat lagi jika dilihat dari segi kebolehan murid2 belajar. Program mini asrama bermulanya sejak 22 Ogos ( hari pertama puasa) hingga lah sekarang menempatkan kesemua 15 calon UPSR tinggal di Asrama sekolah. Penulis kagum dengan kesungguhan murid-murid mengulangkaji pelajaran hingga malam. Biarpun mereka sedar mereka perlu bersaing dengan ratusan ribu calon UPSR seluruh negara, namun semangat mereka bukan kecil.Penulis sendiri kerap berbuka puasa bersama mereka berdua dan disertai pembekal makanan asrama, saudara salleh.
Buat 2 murid Islam UPSR tahun ini, untuk adik Norhafizah dan adik Murni..ustaz mendoakan agar kalian menjawab dengan yakin sambil tidak lupa berdoa pada Allah taala. Manakala murid non Islam juga,ustaz berharap kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Oh lupa nak cakap..pada semalam jumaat ( 4 September 2009) satu majlis solat Hajat dan bacaan Yasin melibatkan semua warga sekolah telah diadakan. Imam diketuai oleh yang berbahagia Syeikh Bakhtiar bin Matal selaku GPI SKTAR dan bacaan Yasin diketuai penulis sendiri, manakala untuk tahlil ringkas dipimpin oleh bilal Masjid Batang Kali dan Par SKTAR, Encik Sahrin bin Mutalib.
Majlis tersebut diadakan sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung..diharap dengan usaha dan tawakkal pada Allah SWT membuahkan hasil kejayaan.Insya Allah. Majlis itu disertai oleh semua guru-guru termasuk puan Guru Besar, Staf sokongan dan murid-murid Islam SKTAR. Semalam juga merupakan hari terakhir kerani sekolah kami Puan Hasyimah bertugas di sekolah ini. Beliau bertukar ke sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerling bermula selasa ini. Kenangan dan jasa baik bersama kak Syima akan kami kenang selamanya.Teringat memori pergi Zoo Negara dan Petrosains anjuran asrama pada bulan lepas.
0 ulasan:
Catat Ulasan