18 Mac 2017 ( Sabtu )
7.50 am : start gerak dari KKB menghala ke Genting Sempah menuju LPT2
10.25 am : Exit Jabor untuk ke rumah sahabat lama..lan
10.40 am : berhenti isi minyak di Petron Kuantan Bypass
11.10 am : menuju ke PSJ Sungai Karang Kuantan.. cuma 10 minit ke Bandar Indera Mahkota kuantan pahang
11.15 : Melawat rakan baikku, Mazlan bin mamat.. sekarang masih di INTIM Kemaman Terengganu
Lan..kawan baikku sewaktu kerja di JPA dulu
12.00 : mengeteh sebentar di hadapan Hotel Swiss Garden Kuantan.
Berehat sebentar di RnR Ajil
Perjalanan first time ikut LPT2..masih baru..sunyi dari kenderaan.. takde petrol pum sepanjang perjalanan jauh tersebut..
selesai majlis akad nikah yana
8.30 : sembang2 dengan Jumaidijo dan cik mat..driver Taska Generasi Putrajaya yang hantar kakitangan taska yang menghadiri majlis perkahwinan yana..supervisor mereka..
homestay mereka rumah atas, kami duduk bilik bawah. memang dekat dgn rumah yana
11.00 malam : tidur selepas kepenatan
19 Mac 2017 ( Ahad )
8.30 am : Sarapan pagi di hadapan Pasaraya Giant Kuala Besut. sempat berkenalan dengan cikgu Normah..dulu pernah mengajar di SK Soeharto tahun 2008-2009. sekarang dah bertugas di tempat asal.
9.30 am : shopping window di kiosk2 Kuala Besut..banyak barang hardware, barangan siam dan kain baju jual kat sini..harga boleh kurang
11.00 am : naik atas pasar awam besar Kuala Besut..bawah pasar ni ada jual keropok lekor best.
12.00 pm : menju ke kenduri yana..style sini buat kenduri time hari kerja..tapi tetap meriah
2.00 pm : berehat sebentar di homestay utk solat
Kandid di Bukit Kluang, Kuala Besut
6.40 pm : bergerak menuju ke rumah yana.. Kawan wife nak jumpa.. mek da dari rantau panjang.. Auntie Yoges pun ada
8.15 pm : Kami dan family auntie Yoges menuju ke Restoren Chef Besut.. menikmati ikan pari dan sotong bakar. banyak dibualkan dgn uncle ttg kerjanya di unit MAMPU Cyberjaya..
10.00pm : kami pulang ke homestay utk berehat
20 Mac 2017 ( Isnin )
8.30 am : kami bersarapan pagi di warung depan homestay ni..style pantai timur memang hidangkan nasi dan daging utk sarapan.. unik..tapi sedap
Kak linda
10.15 am : Perjalanan lancar melalui Pasir Puteh-Bachok- Kota bharu.
10.20 am : sampai di rumah kak linda ali. kami terus bergerak menuju ke Pengkalan Kubor
12.00 pm : berehat pekena ABCD..akak warung ni kelakar.. suami dan anaknya juga ramah..asyik gelak.
12.30 pm : kami menuju ke pantai Seri Tujoh..hajat hati nak beli serunding daging..tapi tutup..cari kuih akok je..memang style dan rasa yang mantap..this is pantai timur kan :D
trafik di kota bharu
/.
3.30 pm : selesai makan, kami menuju ke Bazar Buluh..bangunan mall di sebelah pasaraya Besar Siti Khadijah je..tapi bangunan ni dah tak ramai dikunjungi pelanggan..zamannya dah berlalu kata peniaga2 kat situ..
kat sini banyak jual baju batik asli Kelantan..Hand Made lukis tangan tau . murah dan boleh tawar.
5.15 pm : selepas solat, kami bergerak pulang ke rumah kak linda..sedikit jem..tapi kak linda tunjuk jalan short cut..hahaha..best
6.20 pm : selepas bersalam dgn kak linda, kami bergerak pulang..ikut Pasir puteh..ada rakan mengajar di SK KKB2. ustazah Aiza jemput dtg ke rumahnya.. tak jauh pun..
7.15pm : selamat sampai di rumahnya..wahh,besar dan mewah.. memang cantik . kami dijamu Mee udang fresh..byk dibualkan. suaminya mengajar di SMK Ampang Pechah KKB.
8.30 pm : balik pulang ke homestay..jalan clear
9.15 pm : sempat menyinggah rumah mertua yana..
9.50 pm : balik ke homestay
21 Mac 2017 ( Selasa )
8.30 am : siap2 packing barang dan gerak dari homestay ..bersarapan di tempat sama di hadapan giant Kuala Besut
9.00 am : membeli keropok lekor fresh untuk kenalan di KKB
10.00 : singgah sebentar jumpa yana dan suami
10.50 am : bergerak balik menuju ke LPT2
4.00 pm : berehat si Rnr Gambang
6.00 pm : sampai di batang kali beli KFC untuk anakku amilia, dan pulang ke KKB
Terima kasih buat rakan2 ku di pantai timur.. jumpa lagi :)
0 ulasan:
Catat Ulasan