Sabtu, 26 November 2011

Bercuti ke Sabah

Salam semua..

alhamdulillah..dah pun masuk cuti akhir tahun..ini bermakna para pendidik akan bercuti panjang. Penulis pun begitu juga, masuk je hari sabtu bersamaan 19 November 2011 penulis bersemangat sangat nak pi bercuti. Kalini negeri pilihan adalah Sabah. Dah rancang lama nak ke sini. Sesaje nak release tension dengan masalah kerja dan lain2 lagi.



Sebenarnya penulis secara jujur tulis kat sini masih belum abis pusing 1 semenanjung ni iaitu negeri Perlis dan Johor..hahah..mesti ramai pelik..takkan Johor tak pernah sampai lagi. ye..siyes tak pernah sampai lagi.ha3. Tapi Negeri seberang laut china selatan boleh plak pergi ye..hahaha.. itulah namanya kehidupan. tak de yang pelik selagi ada kemahuan.


Oklah, berbalik pada trip ke sabah ni penulis pergi dengan rakan penulis..Jaszrizal dengan anaknya..hadif. Kat sini penulis short listkan perjalanan penulis ke sana. bukan apa..blog nilah yang akan jadi kenangan buat penulis sekiranya tarikhny dan masa tersebut penulis dah tak berapa ingat sebab dah lama kan. kua3..

Jumaat ( 18/11/11)


- masih di KKB, penulis jadi MC hari anugerah kecemerlangan.

Sabtu ( 19/11/11) -


5.00 pagi : penulis dah bangun. semangat nak naik flight oo.. first time le katakan.hi3

6.30 pagi : bertolak ke rumah Jasrizal di bukit bujang KKB. Terus bergerak ke LCCT Sepang.

8.30 pagi : sampai di airport terminal Air Asia. sarapan pagi di Coffe Bean Kiosk LCCT.

10.15 pagi : Dah pun berada dalam perut pesawat airbus 373 Air Asia. Fuh..teruja sungguh.


10.30 pagi : Pesawat berlepas..woww..takjub nye dapat tengok awan gemawan dan saiz bangunan,sungai,laut dan kenderaan menjadi semakin kecil.

2.35 petang : akhamdulillah selamat mendarat di airport Kota Kinabalu ( KKIA) . Bumi sabah dah aku jejak. syukur.

2.50 petang : check in kat Le Meridian Kota Kinabalu. Cuaca dari sampai sabah sampai ke Malam hujan lebat.


5.00 petang : tengok bola kat dalam hotel je. Malaysia lawan Myanmar sukan Sea semi final. menang 1-0 . jaringan Fakri Saarani. waktu ni kat Sabah dah gelap macam pukul 6.30 petang.


7.00 - Lepas je maghrib, ( maghrib kat sini awal pkl 5 lebih) kami pi Water front KK. Makan Tandori Kebab.

9.00 malam : hujan makin lebat. bersiar kaki di bandar KK.

10.30 malam : tidooo.

Ahad ( 20/11/11)



7.30 pagi : bersarapan pagi di Hotel.. perghh..tak hengat menunye..semua nak capai tapi tulah..nafsu kan. yang masuk dalam perut pun bukanlah banyak sangat pun. subhanallah.


9.00 pagi : kami bertolak ke Jeti Jeselton. Naik limosin Hotel..wow..sweetnya pemandangan KK di waktu pagi. KK memang maju,daerah lain ? hmm..ntahla.


9.30 pagi : kami dibawa menaiki bot laju ke pulau Sapi, Pulau Manukan, Padang Point, and satu pulau lagi tu tak ingat.tapi yang pasti pulau Gaya just lintas kat tepi je.


9.30 - 4.00 petang : bersiar2 kat tepi pantai, snorkling ..paling best dapat bagi ikan makan kat tangan. tetiba je kat sabah ni penulis boleh apungkan diri dan sedikit berenag.kih3.


4. 40 petang : sampai semula di Jeti Jeselton KK. Pulang naik kereta sewa ke Hotel. Orang sabah memang baik2 dan ramah tamah.

7.00 malam : makan malam di Hotel. Superb !!!


8.30 - 10.30 malam : bersiar2 kat pasar besar Filipino market. betul2 depan hotel kami check ini je. Tersenyum salah sorang penjual apabila sorang kwan penulis tersasul nak bawak sourvenier ke Malaysia. ha3.
11.00 malam : Tido.

Isnin ( 21/11/11)

- 8.00 pagi : bersarapan pagi di hotel

-9.30-11.30 pagi : mandi pool di hotel. masa nilah penulis apat berenang. yeyeyeye. Hik3

-12.15 : Check out hotel. Kami dihantar ke KKIA. Abang driver rancak bercerita tentang tanah yang ditambah sekitar jalan ke KKIA yang asalnya adalah laut.


12.30 tengahari : sampai di KKIA.


2.30 petang : bertolak pulang ke Semenanjung.

Begitulah serba sedikit catatan diari sekitar 3 hari 2 malam penulis di negeri Sabah negeri di bawah Bayu. Sayup di kejauhan ternampak gunung kinabalu se akan2 melambai pada kami. semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa SABAH.

SABAH BAGUS BAH.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...