Pada 4 November 2011 ( penulis dan beberapa orang guru telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan murid sempena perkehmahan TKRS di Spa colo-colo anda ontok2 bersebelahan kolam air panas Hulu Tamu. Antara guru terlibat dalam shift malam tersebut adalah Cikgu Nurhayati, Cikgu Zety, Cikgu Julie, Fahmi dan penulis sendiri.
( stok2 cikgu bujang dan suami jauh..huhuhu)
Kami bertolak naik satu kereta je pada malam 4 /11/11 menaiki WSE penulis. muat2lah 5 orang he3. Aktiviti menjemput guru bermula jam 10.05 malam. selepas penulis sempat tengok anugerah skrin kejap malam tu.he3..ustaz pun kena ambil tahu jugak maklumat ye tak ?
Alhamdulillah,kami selamat sampai di sana pada jam 11.00 malam. Disambut oleh PK Koku Puan Hajjah Jashiah binti Rabu. Sempat berjumpa fasi2 muda dari pertubuhan Belia Batang Kali. Lepas je pastikan murid selamat dalam kumpulan masing2 dan dibantu oleh Fasi2 yang ada, penulis serta geng shift malam ambil peluang untuk menikmati makan lewat malam ( supper) di restoran sebelah Petronas batang Kali. banyak yang dibualkan. seronok jugak bila chill out dengan rakan2 sekerja diluar sekolah. Majlis supper tamat jam 12.30 malam.
Kami ingatkan murid perkhemahan dari tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6 ) dah tidur,yelah dah pukul 12.30 malam kan. rerupanye belum lagi. Para fasi masih begitu bersemangat memberi tunjuk ajar dan motivasi berguna hingga jam 1.30 pagi. Wahh.. berjaga malam nampaknya murid2 SKTAR. Tahniah. Tapi cikgu2 tak sehebat murid2.. Kami check in dulu ye.huhuhu. Alamak. Sengaja je nak kantoikan group ni. kalau GB baca jangan marah ye. ha3
Esok paginya tamatlah syift kami pada jam 8.00 pagi. semasa nak bertolak pulang terserempaklah dengan geng syift pagi seperti kak Jauhariyyah, kak Liza, Ustazah Asfa dan Cikgu Siti Khadijah. Sebelum pulang sempat kami lepak2 kejap di Kolam Air Panas hulu Tamu. memang tempat ni banyak kenangan. Tapi Penulis hadir bukan kerana seseorang. Kerana tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Penulis dan rakan2 syift malam menikmati sarapan pagi di Restoran Fazlina Maju Kuala Kubu Bharu pada jam 9.00 pagi serta selesai sarapan pada jam 10.40 pagi lepas jumpa cikgu Hamidah yang nak bagi kek raya haji nya pada fahmi dan cikgu Nurhayati.
Penulis bergerak pulang ke Sungai Besar pada jam 2.30 petang. Esok hari raya Haji Aidiladha 1432 Hijrah. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan