Sabtu, 9 Februari 2013

Anak angkat 2013

Salam semua pembaca..

Cuti panjang..hahahaha.. Alhamdulillah. Ahad,Isnin dan Selasa ini cuti umum sempena Tahun Baru Cina dan bilamana ia di sambut di Malaysia maka warga pendidik pun kan dapat cuti umum.Itulah untungnya jadi guru cuma sistem failing sahaja yang semakin membebankan guru-guru masakini. Harapan semoga KPM dan JPN negeri masing-masing dapat mencari alternatif bagi mengurangkan beban kerja guru di masa akan datang. Aamiin.

Oklah, post pada kali ini penulis nak kongsikan tentang Program Mentor Mentee yang seringkali diadakan setiap awal tahun bagi membimbing murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR kelak. Tahun ini agak ramai tahun 6 di mana penghijrahan besar-besaran murid tahun 6 dan 5 dari SK Kampung Kuantan melibatkan murid-murid Asli di perkampungan Hulu Tamu dan Hulu Rening Batang Kali. 

 Penulis bersama adik Abdul Rahim bin Abdul Rani.

Penulis bersama adik Nazri

Tahun ini penulis dapat 2 orang anak angkat untuk di pantau agar keputusan UPSR mereka memberangsangkan. Ok,bersiap sedialah dengan sifir,formula,adverb,pronaunce,karangan,hasil ujikaji dan latih tubi.Semoga berjumpa lagi di lain berita dan rencana. wasallam...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...