Selasa, 19 Ogos 2008

bertemu rakan KPLI sekampung

Tepat jam 6.12 petang tadi, rakan lama masa stadi kat UKM tadi mesej tanya ada kat mane.. lalu penulis pun beritahu ada di Sg.Besar. Lalu kami arrangekan lah satu pertemuan di sebuah tempat yang di beri nama Restoran Kasim Sg. Besar. Fadhli, itulah nama sahabat penulis yang telah pun terpilih mengikuti kursus KPLI sepenuh masa di I.Perguruan Darul Aman Jitra Kedah.Dia terpilih untuk intake Julai 2008 (kos : Pemulihan Khas)

Macam2 yang kami borakkan. tak lama lepas tu, seorang lagi kenalan baru iaitu M0hd Hafiz, rakan kepada Fadhli beritahu yang dia pun dapat panggilan temuduga KPLI untuk intake Januari 2009. Semoga berhasillah hendaknya.

Kadang2 rasa seronok juga bila ramai kawan2 yang dapat ikuti KPLI walaupun penulis baru je abis, so bermula bulan Ogos 2008 dan seterusnya "penulis bebas dari kongkongan Maktab". Dan Secara rasminya telah berjaya dilantik ke perjawatan DC 41 pada 7 Julai 2008.

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...