Sabtu, 7 April 2012

Kem Bestari Solat siri 1 Tahun 2012

 Salam..

Pada 6 April 2012 (Jumaat) bertempat si Surau Asrama SKTAR, telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Siri Pertama untuk tahun ini. Alhamdulillah perancangan yang difikirkan bersama oleh Unit Pendidikan Islam berjalan sangat lancar.Program dijalankan di Surau Asrama SKTAR.

KBS kali ini memfokuskan pada murid Islam Tahap 2. Ini kerana terdapat pengisian slot bersuci dari hadas besar. Seramai 24 orang murid hadir bagi menjayakan program ini. Terima kasih tidak terhingga penulis ucapkan pada Ustazah Asfarina dan Ustazah Rogayah yang banyak membantu Penulis dalam aktivti kali ini. 

Jom soroti beberapa foto yang sempat penulis ambil untuk tontonan dan kenangan bersama. 


 Aktiviti Senamrobik pada jam 7.50-8.00 pagi di Dataran Kejat SKTAR

Pendaftaran murid di hadapan Surau Asrama SKTAR

 Murid Perempuan mengucapkan 2 kalimah Syahadah

 Penerangan anggota wuduk oleh Ustazah Asfa.Adik Anas jadik model.

 Cara berwuduk oleh adik Zai dan Zulkifli 

 Slot menyanyi bersama. Amboi 2 ustazah ni..hi3

Sapu hingga ke siku. 

LDK berkumpulan

 Surau SKTAR yang banyak berjasa pada murid Islam asrama


 Amali wuduk oleh adik Reman dan Rahim

 Firdaus dikelilingi murid Islam lelaki yang lain.Best Model! 

 Minuman disediakan.Teh ais made in kak yah Kantin.

 Penghuluwati kita : adik suhaila memberi fail pada adik Alia

Slot Bersuci dari Hadas Besar

Possing istimewa dari adik Shahira,Nor Anisha, Fadatul, Safira, Rasyidah dan Amelia 
dalam slot Bersuci Hadas Besar 

Bilal muda dari Asrama : adik zulkifli mengqamatkan seruan iqamat.

Dipimpin oleh Imam muda adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anuar.

Mari sembah Allah

Penyejuk mata

Bacaan qunut oleh murid muslimah SKTAR 

Assalamualikum warah matullah... 


Alhamdulillah. Majlis disudahkan oleh Puan Rokiah binti Hassan PK Kurikulum SKTAR pada jam 12.00 Tengahari. Terima kasih tidak terhingga pada semua yang sudi menjayakan program ini.Hanya Allah yang mambalas jasa baik anda semua. 

Bertemu lagi dalam KBS siri 2 tahun 2012. 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...