Salam..
Tarikhnya dan waktunya bersamaan program KBS yang sedang berlangsung di Surau SKTAR. Namun pada jam 9.45-10.05 pagi berlangsung majlis ukhwah SKTAR yang takkan kunjung malap di sekolah ini iaitu POT LUCK. Jamuan ini diselenggara sepenuhnya oleh Kelab Guru.
Terima kasih pada puan Siti Khadijah dan Encik Mohd Yusmawi dalam program jamuan ringan ni. Pelbagai hidangan dibawa oleh para guru dan staf. Penulis tak sempat nak buat so peulis hanya beli biskut dalam tin je. Tu pun tinggalkan kat bilik guru. Demer cakap boleh makan time lapar especially time koko. haha.
Antara hidangan yang penulis ingat dibawa oleh guru seperti Puan Hafsania : kek coklat, Puan Noor Hafiza : spegeti bologwok, Ustazah Asfa : nasi lemak dan Encik Awi : kuih bom. Kak Yah kantin menyediakan bihun sup untuk guru2. Sebenarnya jamuan ni tiada sebab khusus dilakukan. apepun tahniah kelab Guru. :)
Encik Awi dan Encik Syed menikmati hidangan
Apa yang dibualkan oleh PK 1 tu?
Cik Ida sempat bergaya walau perut berkeroncong.
Puan Siti Khadijah dan Puan Huda. TQ kak Huda sebab izinkan guna PSS untuk jamuan ni. Maklumlah bilik Temuan dah qolu dah.ha3
Menu dibawa
lain2
Penulis dan guru agama perlu bergegas segera untuk sertai murid islam di Surau Asrama berikutan program KBS masih berlangsung pada waktu ini. Habis waktu rehat jam 10.05 so murid pun dah abis makan kat kantin. Tq ye yang bawak makanan tu. Alhamdulillah kenyang! ;)
0 ulasan:
Catat Ulasan