Ahad, 1 April 2012

Selamat Maju jaya di PKG

Assalamualaikum..

Bermula hari ini 1 April 2012, SKTAR akan kehilangan 2 orang lagi guru yang cemerlang dan berdedikasi. Ini berikutan permohonan mereka untuk bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Daerah  telah berjaya. Alhamdulillah. Penulis mengucapkan tahniah namun tetap berasa sedih juga kerana meskipun mereka baru 2 tahun berkhidmat di SK Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu(Jan 2010 - Mac 2012), namun penulis tetap berasa sedih atas ketiadaan mereka selepas ini. Mereka akan lapor diri ke BTPN 1 April 2012 dan bertugas mulai esok 2 April 2012.

Ustaz Roslan bin Maydin
Berpindah ke PKG Kuala Kubu Bharu


Ustaz Roslan bin Maydin.. Terima kasih atas sumbangan dan semangat yang anda berikan khususnya pada murid2 islam Tahun 5 dan 6. Banyak perubahan dilakukan dalam pembekalan inventori,sumbangan zakat dari Badan2 Korporat dan Makmal Komputer yang dibantu oleh Teknisyen SKTAR, Encik Muhammad Fahmi bin Kamil Hadi. 

Cikgu Noor Hafiza binti Abdul Raub
Berpindah ke PKG Kalumpang

Manakala, bagi Cikgu Noor Hafiza binti Abdul Raub terima kasih tidak terhingga kerana sempat mengajar murid Islam pada tahun 2010. Gelaran lainnya ialah Ustazah..sebab ambik Minor Pendidikan Islam di IPIS Bangi. Antara sumbangan besar beliau pada SKTAR ialah Unit Kaunseling dan Kelab AADK. 


Ucapan dari wakil murid : Firdaus Mohd Nor

Jamuan ringan


Sumbangan dari unit Koko

Bilik j-QAF mengucapkan selamat maju jaya pada mereka berdua suami isteri. Ada masa jenguk2 lah kami di sini ye. 

Maassalamah wa ilal liqo'

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...