Jumaat, 30 Mac 2012

Gotong -royong Kokurikulum Pertama 2012

Apa khabar semua..

Pada 21 Mac 2012 (Rabu) jam 2.45-4.45 petang telah berlangsung majlis gotong royong ad hock. Kesemua guru dan staf dibantu kesemua murid tahun 3,4,5, dan 6 bersedia mengerah tenaga dan keringat agar keceriaan sekolah kita ini makin cantik dan ceria.Tak silap last operasi mengecat adalah pada 2010.


Penulis dah beli siap2 kelengkapan untuk gotong royong pada pagi hari tersebut. Terima kasih pada S/u PIBG puan Asfa dan PK Koku , Pn.Hajjah Jashiah atas sumbangan wang untuk melancarkan lagi majlis gotong royong pada petang ini. Hampir kesemua guru dan staf turut serta. Tahniah pada anda semua.


Encik Syed PPM sedang mengocak cat minyak agar likat.

Wah..rajinnya.

Lihat senyuman adik Salman Aman ni. Kawan2 dan orang kampung panggil dia KORAK. Tak pernah putus memberi senyuman meskipun penulis banyak kali marah dia. hai..korak..korak!

Amboi..arahan ape yang diberi oleh Cikgu Noor Hafiza Raub tu. Begitu bersemangat!

Cat jangan tak cat ye.

Meskipun banyak murid yang bermandikan cat minyak sampai ade yang terkena baju dan seluar, namun mereka semua sangat bersemangat. Penulis hargai dan akan kenang jasa murid2 2012 dalam menjayakan program permuafakatan antara sesama warga SKTAR pada tahun ini. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah.


Lain2 gambar sila KLIK DI SINI.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...