Ahad, 22 Januari 2012

Merentas Desa 2012-Sekolah

Salam semua..

Selamat tahun baru diucapkan pada semua pembaca,semoga tahun ini menjanjikan tahun yang lebih baik dalam semua aspek buat kita. Penulis juga berharap agar tahun ini menjadi antara tahun terbaik pernah penulis lalui. Segala peristiwa sama ada manis atau pahit yang kita lalui pada tahun lepas kita jadikan sandaran dan pengalaman.

Oklah..penulis nak cerita tentang pertandingan merentas desa peringkat sekolah sesi 2012.

Latihan 1 ( Petang rabu ) : 11 Januari 3.00-4.30 Petang
Latihan 2 ( pagi jumaat ) : 13 Januari 8.00-9.15 pagi
Kejohanan : ( Pagi rabu ) : 18 Januari 8.00-9.30 pagi
Latihan Top ten Kategori lelaki perempuan : 19 Januari Khamis 8.00-9.00 pagi
Kejohanan peringkat Daerah pada : 20 Januari 8.00-11.00 pagi di SK Bukit Beruntung 2



S.U Sukan En Yusmawi takde sepanjang minggu ni. Beliau jadi hakim pertandingan bola Tampar. So segala tugas beliau dipangku oleh penulis yang juga merangkap s.u Kokurikulum pada tahun ini. PK Koku masih sama iaitu Pn Hajjah Jashiah binti Rabu.

Jom soroti beberapa foto yang sempat diambil di peringkat Sekolah :


Terima kasih pada abang2 polis.
Surat yang penulis hantar ke balai selamat tiba dengan jayanya.


Adik Safira binti Burat murid tahun 6. Kaki ayam jerrr..

Pegawai peronda yang selamat tiba ke sekolah dahulu..hi3

Murid mendengar taklimat dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar

Top 5
Lelaki : Halim, Zulkamirul Nizam, Dickson, Like, Hairi
Perempuan : Rosmayanti Erna, Atikah, Safira, Olina, Zulaiya
( Mewakili Sekolah ke SK Bukit Beruntung 2 )


Peringkat Daerah

Peserta murid perempuan :
Safira,Zulaiya, Atikah, Olina, Rosmayanti Erna.


Peserta murid Lelaki :
Like, Dickson, Hairi, Zulkamirul Nizam dan Halim.


Murid dah tiba di SK Bukit Beruntung 2.


Aktiviti regangan diketuai oleh Halim Tahun 6

Atlit2 Sekolah yang berani. Tahniah semua.

Secara keseluruhan pada tahun ni pencapaian adalah sederhana sahaja. dapat no 18,19,20 dan 23 terbaik. Pada mulanya semasa hantar mereka ke SKBB2 cuaca hujan. Penulis sempat berfikir sama ada pertandingan ini dibatalkan atau tidak kerana cuaca hujan lebat. Tapi masa kat Bukit Sentosa cuaca dah kembali tenang. ada sinar burung dan pelangi yang mewarnai pagi di kawasan perbukitan ini. Penulis dan cikgu Jashiah selamat tiba pada jam 8.35 pagi.


Penulis sempat berkenalan dengan cikgu baru..rizal dari SK Lembah Beringin. Beliau baru bertukar dari Mersing Johor. Pernah mengajar 100% murid Rohingya Myanmar. Seronok bertukar pengalaman mengajar bangsa yang unik di Malaysia ni kan.

Bertemu lagi di lain masa.insyaAllah.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...