Selasa, 28 Ogos 2012

Seleksi Diari Raya 2012

Salam Lebaran.


Alhamdulillah..berjumpa lagi kita di bulan Syawal yang indah ini.. Tahun ni raya penulis agak berbeza..Lebih baik dan tidak sesuram tahun lalu. Segala puji bagi Allah yang menetapkan bahagian setiap makhluknya. Tak perlulah kenapa penulis mengatakan raya tahun ni seronok sebab ape.. Tapi sempatlah penulis mencoret sedikit diari perjalanan sepanjang minggu awal Syawal 1433 hijriah ni..

Jom lihat .

17 Ogos 2012 ( Jumaat) : 28 Ramadhan 1433

-Selepas solat jumaat dan basuh kereta di KKB penulis pun bergerak ke Sungai Besar. Penulis dah sampai kampung. Sambil mendengar lagu2 raya yang diburn dalam cd di makmal sekolah lalu menemani perjalanan penulis. Sempat menunaikan solat Asar di masjid al-Huda Parit 16 Sungai Panjang.

-Malam ni merupakan Solat terawih terakhir untuk tahun ni. Rasa sedih..adakah sempat menempuh ramadhan akan datang. Malam ni jugak adalah malam ganjil ke 29. Beruntunglah mereka yang qiam malam tersebut.


18 Ogos 2012 ( Sabtu) : 29 Ramadhan 1433

-Sesudah solat Subuh berjemaah di Masjid Makmuriah Sungai Besar, ade tazkirah dan forum mini yang menampilkan Ustaz Nazri Johani dari Kumpulan Raihan dan 2 rakan panel dakwah beliau. Hampir sebak penulis melihat video tayangan kesusahan kaum Islam di Sabah. Semoga perjuangan dakwah mereka semakin membara.Amin.

-Penulis dalam pukul 11 dah mula sibuk nak shoping raya. Tujuannya adalah di Tapak Ekspo Raya di Stadium Sg.Besar. Tahun ni sengaja dialihkan lokasi bagi mengelakkan pekan Sg.Besar jem teruk seperti tahun2 sudah. Nasib baik penulis pergi awal..so takde orang sangat. Dengar dari sepupu penulis yang pergi ekspo malam raya tu memang nak jalan pun dah sendat sebab ramai sangat orang.

 

-Berbuka puasa bersama family..Menandakan tamatlah Ramadhan 1433h. Seusai berbuka dan solat maghrib di rumah penulis mencari Lemang untuk juadah raya esok hari. Meriahnya malam ni..sepanjang perjalanan disinari Mercun KLCC di merata tempat. Langit 1 Syawal di Sungai Besar sungai Indah. Tak ingin ku lupa saat ini. Terima kasih ya Allah.

-Sempat pergi solat Isyak di Masjid. Tiada lagi solat terawikh..Hanya Takbir raya dikumandangkan para jemaah di Masjid Makmuriah. Selepas balik penulis bersembang panjang dengan adik beradik dan saudara mara di rumah nenek di sebelah rumah.. Tradisi..malam raya mesti naik motor ke Pekan.

19 Ogos 2012 ( Ahad) : 1 Syawal 1433

-Allahuakbar..allahuakbar..Walillahil hamd.. Bersyukur pada Mu ya Rabb.Selepas solat Subuh berjemaah di masjid penulis sibuk juga di dapur.Membasuh periuk belanga dan memotong lemang..Ha3. Memang tak rugi la sapa dapat penulis..hihi ( puji diri sendiri). Pukul 8.20 pergi ke Masjid untuk solat Raya Aidulfitri.  Khutbah oleh Ustaz Ayob sangat menyentuh perasaan tentang Aidulfitri.

-Bersalaman bersama keluarga dan menziarahi rumah nenek di sebelah rumah. Sepatutnya di rumah nenek agak meriah di pagi syawal tapi tak de berkumpul beramai2 kerana ramai pakcik dan makcik yang belum sampai ataupun sudah pulang, takpelah..yang penting meriah kat rumah nenek dengan gelak tawa,kunjung mengunjung dan bertanya khabar. 

-Selepas solat Zuhur di Masjid terserempak Family along. Kami bersama menziarahi kubur di belakang masjid. Ade doa dikirim buat arwah Tok wan dan Tok Sabak. Semoga tenteramlah mereka di sana. Amin.

-Membawa dari Tengahari ke malam dengan melayani sanak saudara yang berkunjung ke rumah ibu bapa penulis. Memang 1 Syawal ni terisi dengan silaturahhim.

20 Ogos 2012 ( Isnin) : 2  Syawal 1433


Pin..pin..Pin... Hon motor yang menderu di sekitar kampung Parit Chabang membingitkan suasana di pagi 2 Syawal itu. Baraan Kampung !!! Ya..Tahun ni merupakan tahun pertama penulis join baraan Kampung Dewasa ( Yang dah Kahwin) walau penulis belum berkhawin lagi. hi3. Berjumpa ramai rakan2 kampung. 

-Aktiviti pertama bermula selepas semua bersarapan di rumah Ketua kampung Tok Su Amri. Hampir 100 orang lelaki dewasa,remaja dan kanak-kanak menyertai baraan kali ni. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya naik dan turun dari satu rumah ke satu rumah. 

-Melintasi jalan utama dengan pikukan Hon motor menarik perhatian pengguna jalan raya di sepanjang Lampu Isyarat Perodua.Orang kampung pun dah sibuk tanya tentang penulis..hahaha. Sabar2. Baraan diteruskan selepas jam 2.15 petang selepas ditangguhkan untuk rehat dan solat. Baraan naik ke rumah penulis sekitar jam 3 petang. memang best dengan keleteh orang kampung. Walau cuaca mendung baraan tetap diteruskan.

-Berjumpa family tok guru lama iaitu Ustaz Nordin. Tapi anaknya Kamal tiada, hantar kereta diservis.Cuma berbual bersama keluarga beliau sahaja semasa baraan tersebut. Malamnya penulis dah tak larat bukak mata lepas Isyak walau ade saudara mara dekat yang berkunjung ke rumah. Harini sahaja ade dekat 60 buah rumah kami kunjungi. Penat tapi seronok.


21 Ogos 2012 ( Selasa) : 3 Syawal 1433

 

-Harini Plan ke rumah Ipar duai dan biras dan bakal besan mak abah.ha3. Dipendekkan cerita penulis hanya sempat melistkan rumah yang penulis dan family kunjungi :

1-Rumah Tok De ( Adik arwah Tok Wan) - Dah lama penulis tak singgah ke sini. Walau ingatan beliau tak sekuat dulu namun beliau masih ingat pada penulis.. Bersembang dengan 2 pupu abah.
 

2-Rumah Tok Teh (Juga Adik Arwah Tok Wan). Keadaan beliau agak sihat meskipun dah tak berapa ingat pada orang2 terdekat.) . Rumah ni jugak merupakan rumah Haji Din yang merupakan sepupu abah. Bersembang panjang penulis dengan anak Haji Din iaitu Shahrul Lai yang jug rakan lama penulis di sekolah dulu.

3- Rumah  Nur Elena di Sungai Haji Dorani. . Percaya tak penulis jadi pembantu Chef menyediakan pecal.hahaha. Jangan tak caya. Kopi Panas pun penulis yang buat. Adik beradik yang lain kata sedap. So Lulus ! ;-)

4-Rumah Family Bang Mat (Suami kak Ngah) di Simpang Lima. Berkunjung  ke sini merupakan tradisi family kami setiap syawal. Meskipun tiada lagi arwah ayah bang Mat yang meninggal tahun lalu,namun rumah tersebut tak pernah sunyi dari kehadiran adik beradik beliau.

-Berenti solat Zuhur di Masjid Simpang 5. Bazli anak along hampir tercicir.haha.

5-Rumah Family Miza (Isteri Kamil) di Parit 5. Kali pertama beraya di sini meski pernah datang ke sini ketika kenduri mereka pada bulan Mac yang lalu.

6-Rumah Anip (Kawan Anis) di Batu 37 Sabak Bernam. menjamu laksa.

7-Rumah Ibu Saudara Kak Yan (Isteri Along) di Batu 38 Sabak Bernam. Rumah tradisional yang sungguh unik. Seronok beraya disini. Walau adik Kak Yan iaitu Zaki yang merupakan kawan penulis tiada beraya di Kedah namun sempat bersembang dengan ipar duai beliau.

8-Rumah Maksu salasiah (Adik Mak) di Tebuk Pulai. Kami dijamu Mee Basah. sedapnya .

9-Singgah ke rumah Mak Ngah di Parti 6 tapi orangnya tiada.

10- Sambung beraya open House di Kedai Maklong di Pekan Sg.Besar. Seronoknya berjumpa sanak saudara. Semuanya ada cerita masing-masing.  Penulis pulang kpada jam 7 petang.

11- Sambung beraya Open House di Rumah Cik Timah (Adik Abah) di Parit 1. 

So raya ketiga ni sangat seronok dan best!!!! :)


22 Ogos 2012 ( Rabu) : 4 Syawal 1433

-Harini cadang nak berehat kat rumah. Hanya bersembang panjang dengan sepupu di bawah rumah nenek hingga ke petang. Dah mula edit gambar2 untuk dihantar ke kedai Gambar.

-Pukul 8 malam keluarga Nur Elena datang beraya. Menjamu mereka dengan nasi goreng kampung. Ayub kawan penulis hadir waktu yang sama.

 

-Pukul 9 Family Pakcik Abi buat open House di Taman Anggerik Sabak Bernam. Hidangan yang best adalah Sataynya. Tapi penulis tak pi.

-Sebelum tidur melayan filem Hindustan.2 stesen TV tayang filem sains fiksyen yang hebat. TV3 : Ra-one dan TV2 : Koi Mil Li Gaya.

23 Ogos 2012 ( Khamis) : 5 Syawal 1433

-Sempat menyusun album raya sebanyak 368 Keping..huhu..Letih. Selepas tu dapat panggilan telefon dari Hidayat rakan lama di sekolah dulu. memaklumkan reunion Samtaj 1999 di rumah beliau.Lokasinya di Parit 14 Simpang 5.

-Penulis dan Ayub roger ke sana sekitar jam 2.30 petang. Seronok berjumpa rakan- rakan lama. Tapi kebanyakan tak dapat hadir kerana masa tersebut ramai sudah pulang ke bekerja. Bersembang panjang dengan Farid dan Isteri, Sulaiman dan Ijan, Munirah dan Ustaz Razali Saari. Hidayat dan Isteri, Kusek, Suhana Acoi. 

-Pulang jam 5 petang. Malamnya berehat di rumah sahaja.

24 Ogos 2012 ( Jumaat) : 6 Syawal 1433

-Beraya di rumah Along di Saujana Impian Kajang. Selepas solat Jumaat di Sg.Besar kami bergerak ke sana dengan 2 kereta. Tujuan lainnya adalah menghantar kamil dan isteri ke KLIA yang mana mereka akan bermalam di rumah along untuk penerbangan ke Sarawak keesokan  harinya.

-Sampai sekitar jam 7 petang Kami dijamu dengan satay kajang.  Kami bergerak pulang pada jam 10 malam. Tersesat ikut Highway Teluk Panglima Garang Klang. minta adik Fakar sahaja yang drive. Mengantuknya tak tahan..

Sesampainya di Rumah kampung pada jam 1.20 pagi, sepupu rapat penulis iaitu masduki,Helmi dan Farizul al-Hafiz sedang berborak di bawah pangkin rumah nenek. So melanjutlah lagi ceritera syawal tahun ni. Penulis hanya masuk tidur pada jam 2 pagi. 

-Hari yang letih tapi tetap seronok.

25 Ogos 2012 ( Sabtu) : 7 Syawal 1433

-Berjalan raya di Pantai Sungai Nibung Batu 23. Menikmati pemandangan pantai sambil makan udang celup tepung yang sangat fresh. perghh.

-Sambung beraya di rumah Abang Adnan dan Kak Atie ( 2 pupu Nur Elena) di taman Bayu Sungai Besar. Macam tau2 je favourite penulis adalah kopi o panas. Penulis  dijamu mee kari yag lazat. sedap!

-Rakan lama satu tingkatan, Asrizal Amin dan Isteri datang beraya ke rumah.


26 Ogos 2012 ( Ahad) : 8 Syawal 1433

-Alahai esok dah start kerja ke..Kenapalah cuti raya kalini jatuh tepat dengan cuti penggal ke 2. hahaha. Banyaklah ..dah puas cuti tak teri-reti nak balik KKB! :D . Tapi penulis tetap beraya jugak.

 -Paginya membawa ke tengahari bersaparan di Restoran Kuali Kurau dengan Masduki dan Isteri sambil temankan beliau beraya di rumah kedai Maklong. Sedapnya Ayam Kampung Celur Tepung.

 Kak Atier mintak penulis hantar Zul anak beliau untuk pulang ke Politeknik Behrang. So kira satu jalan la ni. takpe..takde hal punye.

-Sempat penulis dan Zul pergi beraya di Rumah Guru Besar Baru SKTAR Encik Abdul Rahman bin Abdullah di Gesir Tengah. Betul2 belakang lot kedai tepi Gelanggan Takraw Mat Taib.

-Selepas dijamu laksa penulis pun menghantar Zul ke Poli Behrang dan meneruskan perjalanan menghala ke KKB.

-Singgah beraya di Rumah rakan sekerja iaitu Kak Liza di Taman Kenari Kaumpang. Kalini penulis dijamu dengan nasi berlauk. Hai..langkah kanan semuanya. 

-Seusai beraya sekitar jam 6 penulis dah pun berada di Taman Tanjak. Sambung beraya pula di Rumah Hadi. Penulis dijamu dengan buah-buahan dan kuih buah melaka. 

-Balik ke rumah sewa di Taman Ampang Pecah penulis nak kena berkemas rumah.Siap sekitar jam 8 malam.

-Penatnya malam ni..Lepas je gosok baju,basih baju dan solat Isyak terus penulis masuk tidur.

************************

Begitulah serba sedikit perjalanan diari penulis sekitar Syawal ini. Penulis mohon ampun dan maaf sepanjang penulis berkarya..berkarya ke..karya la sangat..hahaha..

AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...