Khamis, 19 Februari 2009

biarku pujuk hati ini.


salam buat semua..

tak tau lah kenapa dalam seminggu ni perasaan penulis agak terganggu. Bukan beerti penulis seorang yang moody tapi terkadang terfikir.. walau baik macamane sekalipun kita buat baik pada seseorang, belum tentu orang itu akan dapat mengembirakan hati kita pula. setelah cuba untuk menjaga hati2 lain, hati sendiri terguris pedih dengan ungkapan sembilu yang mencengkam.

Adakalanya lebih baik seseorang itu harus buat tak kisah atas apa yang berlaku, mungkin hati kecil ini boleh memaafkan tetapi kesannya tetap jua ada. Ya Allah..Aku berserah padamu, Kau ampunilah dosa2 ku dan Kau tabahkanlah hati hambamu ini seteguh hati Nabi Ayob a.s dan kesabaranku setanding kesabaran kekasihmu..Rasulullah S.A.W

-j-Qaf tanpa gagal

Sabtu, 14 Februari 2009

SABTU YANG BEKERJA BAGI GURU2 HULU SELANGOR.


salam semua..

maaf, hari ni betul penuh dengan aktiviti kejohanan merentas desa peringkat negeri yang dilangsungkan di stadium milenium kuala kubu bharu, hulu Selangor. Oklah disini penulis nak berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang program harini.

6.00 am : dah start bangun, mandi,solat dan panaskan enjin kereta. oh ya. Kawan serumah penulis turut terbabit dalam kejohanan tersebut sebagai hakim check point. manakala penulis diberi tanggungjawab menguruskan P.A sistem.

7.30 am : Alhamdulillah kami sampai tepat seperti dijangkakan, Penulis dapat meilhat ramai para guru yang penulis kenal dari berbagai sekolah di seluruh Hulu Slangor. Ustaz bakhtiar dan cikgu Jashiah dipertanggungjawabkan selaku MC kejohanan. Keduanya dari SKTAR.Ya! SKTAR boleh.. tq ustaz n kak jas. he3

9.00 am : Penulis dah mula sibuk nak menguruskan persiapan lagu negaraku dan mikropon dalam keadaan OK. Mujur sepanjang kejohanan Abang Tapa dan kawannya dari Majlis daerah Hulu Selangor banyak membantu. tq bang.

10.00 am : Penulis, Ustaz dan cikgu Anuar dari S.K Rasa pi ke khemah kemnterian kesihatan. Cuba chek darah dan sukat kadar karbon monoksida dalam paru2. Alhamdulillah penulis punya bacaan adalah 0 ( tidak merbahaya) tak merokok maa

11.00 am : para peserta merentas desa telah selamat menghabiskan larian mereka ikut laluan yang ditetapkan. Oh ye. budak sekolah SKTAR hantar 4 murid, tapi cuma 2 orang diberi nombor, yang lain cuma sebagai simpanan. apapun ustaz tabik la kat merdeka, mazaina, nizam dan sauri. Walaupun merdeka star SKTAR cuma dapat no.60 dari keseluruhan murid lelaki bawah 12 tahun seluruh selangor. Syabas Betee..

11.30 am : GPK Koku datang. Majlis Perasmian penutup oleh Ketua Pengarah Pelajaran Negeri merasmikan kejohanan tersebut. bersembang kejap dgn cikgu dari sk. suharto. Boring btul. Kem Klang dan hulu Langat hampir sapu bersih semua acara.Kem Hulu Selangor just dapat no. 2 bawah 15thn. lain hancuss.. begitu juga bagi daerah asal penulis sabak bernam. Cannot Go kata orang putih.

12.30 pm : Penulis, Ustaz Zaki, dan 2 murid SKtar tumpang kereta penulis, Penulis nak hantar mazaina ke prkampungan Orang Asli Hulu Tamu di Batang Kali . kira2 15 km dari staduim, dan merdeka di kampung songkok jalan genting hihgland, kira2 20 km dari stadium.

1.30 pm : penulis lepas je solat zohor di rumah sewa kat ampang pecah terus berdesup balik ke kampung tercinta di Sungai Besar. Alhamdulillah sampai jam 2.45 petang.

ok lah ..ada masa penulis akan sambung lagi k. apepun terima kasih kepada yang menolong penulis sepanjang kejohanan tersebut, especially warga SKTAR yang hadir. syukran.

Jumaat, 13 Februari 2009

ROTTER MAKMAL ASYIK LINKING

salam semua..

maaf dah lama tak menulis,hatta nak online dalam komuniti j-QAF.net pun tak sempat dah berapa minggu.bermacam2 program sekolah diadakan sepanjang bulan februari ni:


* Pertandingan merentas desa peringkat negeri di stadium milenium KKB
*Mesyuarat PIBG sekolah kali ke 25
* Pengurusan kokurikulum yang banyak

oklah. kali ni penulis tak dapat nak tulis pjg2 coz, rotter makmal sekolahj asyik linking je.. ada masa kita bersua lagi k.

Khamis, 29 Januari 2009

HARI YANG MENDEBARKAN


Salam semua..

Pada 28 Januari yang lepas, penulis telah ditemuduga untuk pengesahan jawatan DG41. Tempatnya kat bilik 10 SPP, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya jam 7.30 pagi sudah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar je. Tak expect plak soalan yang dijangkakan keluar, keluar..tapi dikatakan rezeki. Ops..terlebih yakin pun tak elok gak kan.

Start pagi 27 Januari 2009 sudah, penulis dah pun menggerakkan Myvi kesayangan saya ke kajang. Sampai sana pukl 11.45 pagi. tumpang sekejap kat rumah kawan di kuarters JKR sungai Jelok kajang. Tapi member plak tak balik lagi dari bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.kunci dia dah tinggal siap2.

Penulis pun dah boring duk sorang-sorang, dalam pukul 2.40 petang, abang long telefon cakap jadik tak nak tumpang kat rumah dia malam tu. Ok jugak cadangan tu. Tanpa membuang masa bergerakklah penulis ke Saujana Impian kajang atau 5 minit dari kuarters teman tu.

Start sampai rumah dia, dah takde buang masa dah. terus je capai nota2 yang penulis dah buat minggu sudah. Punyalah pulun membaca sampai larut malam. Macam-macam jgk yang dibaca contohnya : PIPP, Islam Hadhari, Sej.pendidikan, menteri2 kabinet,Falsafah pend, KBSR, PPSMI, j-Qaf dll lagi. sudahnya jam 12 malam baru mata ni mengantuk..zzz

Dah set jam pukul 5, baca lagi mana yang patut, pukul 5.45 dah start bersiap-siap nak pi putrajaya. lepas je solat subuh penulis carik port nak sarapan pagi. Pekena dulu 2 karipap n roti canai beserta milo tarik. Alhamdulilah. pukul 6.40 dah drive ke putrajaya.15 minit dari rumah along.

Sampai je putrajaya, mak oii.. ramainya calon yang dah menuggu. Penulis dapat turn ke 5. Panel bilik tu ialah Y.Berbahagia Dato' Ab. Hamid. Punyalah sporting. dia just tanya: apa sebab j-qaf ditubuhkan, apa amalan bidaah?, tanya kegiatan masa di universiti dulu, apa pandangan tentang Obama. Oklah tu kan.he3..

Sempat jugak kenal ramai kawan kat situ, bukan setakat j-qaf je..guru2 kpli n guru2 old timer semua ada. Habis je temuduga dalam pukul 9.30 penulis tak berkesempatan nak jenguk rakan2 di JPA, tempat lama penulis bekerja ( 2005-2006) walaupun jaraknya dekat je. Terus drive balik ke kampung. servis pertama Myvi penulis. dah cecah 1000km dah pun..

oklah panjang sgt meleret2 pun boring jugak kan. nanti penulis sambung lagi k.

Selasa, 20 Januari 2009

temuduga jawatan tetap DG 41


Salam semua..

minggu lepas penulis cek internet nak tau apakah status temuduga saya. terkejutnya penulis apabila mendapati tarikhnya sangat awal iaitu 28 Januari 2009 ni. Kalau ikut sebenar penulis daftar pada bulan september@ramadhan yang lalu..

Adoi..ni pun tengah pening kepala ni. jumpa semua kawan2 yang telah pi temuduga SPP tersebut di Putrajaya. Kalau ikut dari apa yang mereka ceritakan boleh tahan kecut perut juga.Bidang j-qaf lebih ditumpukan pada al-qur'an, arab, fardhu ain dan jawi..

25 dan 26 Januari 2009 masih lagi tahun baru cina, so penulis bercadang nak tinggal semalam di rumah abang long di kajang 27hb tu. Ya aku berazam..mulai esok semua buku2 akan kubaca..iskh2, boleh tercapai ke ni..

tapi jangan marah.dengan adanya pendamping terbaru disisi penulis menjadikan hidup penulis lebih bermakna dan bahagia. inilah dia myvi oren SE terbaru saya. Alhamdulilah. insyaallah selamat. amin

Isnin, 12 Januari 2009

ZIONIS ISRAEL DAN AMERIKA DURJANA!!! KAU KEJAM!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)





Boikot Barangan Israel!!








Boikot Barangan Israel!!


* Senarai produk yang perlu diboikot:

<*********Klik Di Sini**********>

Khamis, 8 Januari 2009

PERJAWATAN 2009

Salam semua. Pada esok hari (jumaat 9 januari 2009 ) telah bermulalah mesyuarat jqaf pertama bagi daerah hulu Selangor. Mesyuarat kali ini akan diadakan di sekolah Kebangsaan Batang Kali. Bolehlah berjumpa kembali rakan2 lama yang dah lama tak jumpa semenjak cuti yang lalu.

Oh ya. Pada tahun ni penulis telah dilantik menjadi setiausaha Kokurikulum keseluruhan SKTAR. Ini merupakan tugas yang berat perlu dipikul. Baru tadi cikgu Yusmawi meminta satu kertas kerja untuk larian acara merentas desa peringkat sekolah pada 13 Januari ini. Itu belum termasuk pelabagai kegiatan unit beruniform, kelab dan persatuan lagi.

Cikgu Fazliana pulak minta penulis buat taging untuk perlantikan pengawas sesi 2009. Taging tu pelu beserta gambar sekali. Tahun ni jugak penulis menjadi warden asrama setelah kali terakhir menjadi warden pada tahun 2007 yang lalu. memang mencabar untuk mendidik anak bangsa suku asli ni. lagi2 yang tinggal di asrama. macam2 hal akan terjadi. nak tau apa akan terjadi. tunggu tulisan saya akan datang.

Selasa, 6 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1430 DAN TAHUN BARU 2009

Maaf kuucapkan buat para pembaca blog disebabkan dah begitu lama tak upload blog ni disebabkan pada cuti yang sudah penulis sibuk dengan kegiatan bersama rakan2 lama di kampung dan ditambah dengan faktor tiadanya internet di kampung disebakan komputer PC rosak.

Penulis blog telah mula balik ke KKB pada hari khamis yang lalu ( i Januari 2009 ) disebabkan pada esoknya SKTAR mengadakan mesyuarat guru-guru kali pertama 2009. Buat para pendidik yang lain saya mengucapkan selamat Tahun Baru Islam 1430 hijriah. dan Selamat Tahun baru 2009.

Oh ya. Tahun ni bilik j-qaf akan dipindahkan ke bilik yang lebih besar di bangunan hadapan sekolah. Penulis meminta beberapa kenalan tolong mengecat dan memberi sedikit idea untuk menceriakan lagi surau @ bilik jqaf SKTAR tersebut. Anda ada idea yang bernas? sila beri komen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...