Isnin, 28 Januari 2013

Rileks jap....

Salam..

Harini cuti Umum Thaipusam yang disambut kaum hindu di seluruh negara pada Ahad semalam. So hari Isnin hari ini merupakan cuti umum di Selangor. Penulis masih di kampung menghabiskan cuti selama 3 hari bermula pagi Sabtu lalu. Kejap lagi nak gerak balik ke KKB jam 4.00 petang. Masa melayari internet tadi penulis buka Youtube dan terdengar sebuah lagu yang liriknya cukup melankolik meski lagu lama.



 
 
KEJORAKU BERSATU -Search
 
 Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

Sabtu, 26 Januari 2013

Mesyuarat Panitia Pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t..


 Pada 22 Januari 2013 (Selasa) jam 8.30 - 10.15 pagi bertempat di bilik j-QAF SKTAR, telah berlangsungnya mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Pertama untuk tahun ini. Pada 2013 ini Ketua Panitia yang baru telah dilantik.. Tahniah diucapkan pada Ustazah Noorhayati. Dan selamat datang diucapkan ke SK Tun Abdul Razak. 


Pelbagai agenda dan semangat baru yang direncanakan demi kemaslahatan murid-murid Islam di sekolah ini.
  •  Doa dan ucapan aluan KP
  • Pengesahan minit terdahulu
  • Pembentangan Takwim
  • Aktiviti 2013  : Tasmik, KBS, Bulan Panitia, Kem IQBAL, Bacaan Yasin, buku rekod dll.
  • Hal-hal lain
 Ketua Panitia : Ustazah Noorhayati

Setiausaha Panitia Ustazah Asfarina

Bendahari Panitia : Ustaz Abdul Aziz

Penyelaras Program  : Ustazah Rogayah

Semoga Panitia Pendidikan Islam pada tahun ini lebih bersemangat mendidik anak bangsa peribumi ini. 

Selasa, 22 Januari 2013

Mesyuarat Bahasa Arab SK Serendah

Salam malam Januari..




Pada 21 Januari 2013 ( Isnin) berlangsungnya Mesyuarat Bahasa Arab Peringkat Daerah Hulu Selangor yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Serendah (SKS). Ini merupakan kali pertama penulis dapat bermesyuarat di sekolah ini sejak lebih 7 tahun berkhidmat di daerah yang terkenal dengan sungai-sungai dari puncak gunung ini. 

 Tidaklah begitu ramai kehadiran, namun masih di awal tahun 


 Ustaz2 SK Hulu Selangor

 Lefthanded : Penulis, Ustaz Hassan SK Bandar Sg Buaya ( Kopiah hitam), Ustaz Nizam SK KKB.


Penulis dan Ustaz Hishamuddin dari SK KKB 1 telah gerak bersama menaiki kereta penulis ke sana . Sebelum tu, kami pulang awal dari sekolah masing2 sekitar jam 12.30 tengahari.. Berehat di rumah penulis di Taman Ampang Pecah KKB untuk solat zuhur dan makan tengahari yang di "tapau" dari kedai je. .Kami bergerak jam 2.10 Petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar SK Serendah yang baru Encik Sulaiman. Wakil dari PPDHS pula iaitu Ustaz Sabri Unit Pendidikan Islam dan Ustaz Bakhtiar dari Unit j-QAF PPD. Untuk 2013 segala surat menyurat akan dihantar terus ke email sekolah. So semua sekolah perlulah lebih alert demi memastikan tiada peserta kursus yang tercicir. 


Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang. Sedikit jamuan ringan disedikan SKS.

Ahad, 20 Januari 2013

Makanan penyebab kanser..

Salam semua..

Penulis berkesempatan berkongsi cerita dengan rakan yang pernah menghidap kanser..atau lebih senang cakap macam ketumbuhan dalam badan. Memang sesiapa yang disahkan oleh doktor menghidap kanser mesti akan rasa down sedown2 nya..Apa yang ahli keluarga dan rakan2 rapat pesakit perlulah beri sokongan moral pada mereka. Namun kanser bukan saja boleh dihidapi oleh pesakit yang ada keturunan keluarga pernah hidapinya tapi melalui proses makanan kita jugak..


jom tengok beberapa jenis makanan yang kaya dengan kandungan penyebab kanser. Lepas ni bolehlah kita beware lebih sikit kan. 

----------------------------

1)
Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

 ---------------------
2)

Daging yang diproses – Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.


----------------------
3)


Donut – Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.


----------------------
4)


Kentang Goreng – Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada ‘hidrogenated oils’ dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.


-----------------------
5)


Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya – Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans-fat’. 



----------------

Penulis difahamkan jika sel kanser telah menyerang pesakit,maka sel kanser itu sebenarnya masih ada cuma tidak dapat dikesan di peringkat awal. Namun pemeriksaan berkala dengan doktor sangat perlu untuk para pesakit ni. Dah alang2 cerita pasal kanser ni , penulis ada jual ekstrak yang kaya dengan buah manggis ( pembunuh sel kanser ) . Sebenarnya semua orang ada sel kanser ni cuma ianya aktif atau tidak sahaja.


Sesiapa nak tau lebih lanjut produk ni boleh terus ke Page Bisnes saya. atau klik sini :

Jangan putus berdoa pada Allah agar terus diberi kekuatan . Bertabahlah... 

Sabtu, 19 Januari 2013

Rakan JPA berkunjung tiba

Salam..

dah lama jugak penulis tak menyuapkan sesuatu yang baru di blog ni.hampir 3 minggu.. rupanya ade peminat jugak blog ni..hahah.tak sikit yang bertanya mengapa blog penulis lama tak di kemas kini? jawapannya..errr.. agak sibuk di awal tahun..hahaha.. amacam? alasan boleh pakai tak..hik2. 

Oklah..penulis nak bercerita tentang lawatan sahabat lama yang penulis kenal di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya sekitar Disember 2005- Januari 2007. Waktu tu penulis berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) ..cuma kontrak bulanan je. hampir setahun di sana menimba ilmu perjawatan dalam kerajaan.

 Gambar: With Old Pal Abdul Aziz Bin Abdullah

Terima kasih atas lawatan sahabat karib iaitu Mohd Rashdan dari unit Gunasama JPA di Putrajaya. Banyak kenangan manis yang penulis perolehi sepanjang berkhidmat di unit sana. Tak sangka pula kunjungan rakan karib yang sudi singgah di Kuala Kubu Bharu untuk berjumpa penulis dan berkongsi minat dalam Fotografi.

Berikut merupakan perjalanan kehidupan penulis dan sahabat , sudilah baca kiranya..hahaha.

12 Januari 2013 ( Sabtu)

10.00 pagi : Minum dulu di warung rakan di Taman Milenium..Hai... Pekena Laksam. Sebelum tu penulis dah dapat mesej dari rashdan yang akan tiba di Komuter KKB selepas beliau mengambil train di Rawang. 

10.30 pagi : Penulis menjemput Rashdan di Stesen Komuter KKB.


11.00 pagi : Membawa beliau ke Bukit  Tertnggi Empangan di Malaysia. Kampung Gerachi Jaya. Minat beliau dalam fotografi amat mengujakan penulis. Siap bawak beg kanvas untuk kamera. Hebat ! :-)

11.50 pagi : Menuju ke sungai lokasi Water Ratfting ( Bot berkayak ) di Sungai Selangor di bawah empangan.

12.00 Tengahari : Mengambil gambar pula di Empangan Sungai Selangor a.k.a Pertak di Pusat Pengumpulan Air (SPLASH) Kuala Kubu Bharu. Cuaca berkabus yang tebal dan mendung. Namun pemandangan bukit bukau di tepian empangan tetap menarik mata sesiapa jua yang memandang. 

12.30  Tengahari : Berkunjung pula di Sungai Chiling Peretak. Agak ramai juga yang datang ke tempat perkelahan menuju Fraser Hill ini. Sesi fotografi bersama alam di teruskan.

1.30 tengahari : Makan tengahari di KKB Cake n Cafe. Banyak yang dikongsikan bersama Rashdan seperti perkembangan unit gunasama, cerita terbaru beliau, dan perkembangan semasa encik nawawi (bos kami).

3.00 petang : Berehat sebentar di rumah penulis di Taman Ampang Pecah. Solat Zuhur. Packing baju untuk mandi air terjun kejap lagi.;.

3.30 petang : meneruskan perjalanan ke Kampung Orang Asli Pertak. Tujuannya adalah Air Terjun Pertak. Tempat ni tersorok sikit. hanya diketahui masyarakat Orang Asli setempat dan sedkit masyarakat KKB. Memang Peacefull. Cuma ade 3 buah kereta sahaja,

5.00 petang : Masa untuk bertolak. Ada sebuah kereta minta tolong jumperkan keretanya yang kehabisan bateri. Kereta auto ..memang wajib sediakan juper dalam bonet. Alhamdulillah kereta askar sekeluarga dari Sarawak tu dapat dihidupkan. 

5.20 petang : Pulang ke rumah untuk bersihkan diri.

5.40-6.30 petang : Mengambil gambar di Taman Milenium Kuala Kubu Bharu. SubhanaAllah.dalam banyak gambar diambil oleh Rashadan terdapat sekeping gambar jelas di langit kalimah ALLAH dalam Bahasa Arab betul2 di atas masjid Darul Qur'an.

6.40-7.00 malam : Minum petang di warung Hadi menikmati pisang goreng dan rojak buah dari lori bergerak Shuhaimi SK Ampang Pecah yang berniaga depan warung Hadi di tepi Taman Milenium KKB. 

7.10 malam : Menghantar Rashdan pulang ke Komuter KKB.

------------

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak raikan rakan lama yang dah lama merancang untuk datang ke sini sebenarnya. Terima kasih Rashdan. semoga berjumpa lagi di lain waktu..InsyaAllah. 
 

Selasa, 1 Januari 2013

2013 : Jom tambah aset dunia untuk capai akhirat

Selamat Tahun Baru 2013  :).. Jom Audit Kewangan dan tambahkan pelaburan kita tahun ni..
 
 Pilihlah pelaburan yang Halal..kerana ia akan menjadi darah daging kita dan ahli keluarga dan keturunan kita kelak.

Assalamualaikum semua..

Salam hormat, salam ceria dan selamat tahun baru 2013 anda semua..

Di bawah ini sukacita penulis cadangkan beberapa peluang investment yang pada pandangan peribadi saya boleh dipertimbangkan oleh para pengunjung sekalian. Penulis sendiri tak la banyak sangat melibatkan diri dalam dunia investment ini, cuma ada lah sikit-sikit. Bersama kita menuju ke arah kebebasan masalah atau belenggu kewangan. InsyaAllah

PELABURAN 4: PUBLIC MUTUAL

Public Mutual menyediakan beberapa plan yang berlandaskan syariat Islam. Potensinya dalam mengurus dana telah mendapat pengiktirafan dan anugerah saban tahun. Plan pelaburan yang berlandaskan syariat seperti Ittikal telah memberi pulangan sehingga 150 peratus dalam masa lebih 10 tahun. Maksudnya purata lebih 10% setahun.

Kini Public Mutual menyediakan lebih daripada 10 plan pelaburan berlandaskan syarak yang diwujudkan berasaskan potensi dan kesediaan perancangan pelaburan masyarakat. Dana yang dikumpulkan melalui pengwujudan saham itu dilaburkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi meliputi seluruh negara Asean bahkan ke seluruh dunia termasuk di Negara China, Hong Kong, Korea, Jepun dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog ini.

PELABURAN 3: USAHAWAN

Cari peluang melakukan perusahaan sendiri. Kalau tak mampu dan kalau terikat dengan siapa-siapa (sebab anda seorang pekerja yang bermajikan) anda boleh membantu menjayakan perusahaan orang lain. Yang paling baik anda bantu kaum kerabat terdekat dulu. Adik beradik contohnya. Jangan terlalu fikir negatif. Orang kata adik beradik (kaum kerabat) lah paling potensi dalam menipu. Percayakan pada Allah yang tidak menzalimi hambaNya (lebih-lebih lagi yang ikhlas). 

Elakkan diri dari menyertai skim cepat kaya, HYIP, pelaburan online, dan jika ingin melabur sebahagian duit seperti penternakan lintah ke, cacing ke, penananam stvia ke sila rujuk dengan SSM. Elakkan dari terjebak. 

Dicadangkan elakkan diri dari MLM. Tak semua MLM tak bagus..ada juga yang baik seperti Amway,cosway, Avon dan HPA. Tapi Penulis join satu je MLM iaitu Exfuze Malaysia. Tertarik dengan produk. EXFUZE MALAYSIA


PELABURAN 2: HARTANAH

Ada pihak berpendapat kalau nak beli, maka belilah tanah. Atau rumah. Banyak pun tak apa. Kalau beli (tukar) kereta baru memang memuaskan nafsu, tetapi menjahanamkan potensi untuk terus maju dalam erti kata kuasa kewangan. Beli rumah beli tanah nilainya tidak akan turun. Orang makin banyak dari sehari ke sehari.

Begitu juga tanah. Oleh kerana mereka tiada (kemampuan memiliki) tanahlah mereka duduk rumah bertingkat-tingkat. Berkongsi tanah. Rumah pun sama juga. Anda beli rumah untuk didiami dan beli juga rumah untuk orang lain diami dan bayar sewa kepada anda. Pastikanlah penyewa yang ada agama supaya anda tidak akan kecewa. Macam pilih pasangan juga, cari yang ada agama nescaya selamat dua tanganmu (Mafhum al-Hadith).

 
 Jom celik mata dan reset fikiran bak kata Dr Muhaya.. Fokus 2013.

Terutama sekali sekiranya anda adalah seorang pegawai Kerajaan. Jangan melengah masa untuk mohon pinjaman perumahan. Beli rumah pertama (guna gov-loan) janganlah cari yang besar dan mewah-mewah. Gaji pun kecil lagi. Beli yang sederhana yang mana kita masih ada kuasa (urus) beli yang tinggi. Jangan rumah besar tapi anak-anak kelaparan atau terpaksa berhutang!

Jangan lengah sebab kadar insuran akan meningkat mengikut pertambahan umur. Jangan lengah sebab tidak tahu bila masa kita akan pergi buat selama-lamanya. Kerana kalau dah ada rumah, sekurang-kurangnya anak sudah ada tempat berteduh walaupun kecil.Betul tak? ..planing jangka panjang..

PELABURAN 1: SIMPANAN

Simpanan adalah peluang pelaburan yang terbuka luas untuk kita semua. Seringgit seringgit lama-lama jadi bukit. Jangan kedekut untuk memulakan dan istiqamah dalam membuat simpanan. Rasulullah SAW pun ada berpesan berkenaan hasil pendapatan perlu dibahagikan kepada tiga, satu bahagian adalah untuk simpanan.

Sebenarnya kita tidak tahu dan tidak dapat menghidu pun bau kemalangan, kecelakaan atau lebih tepat lagi bentuk ujian Allah yang mendatang kepada diri dan keluarga kita. Sekiranya kita ada simpanan maka kesukaran kita menghadapi saat-saat getir itu dapat dikurangkan. Juga tidak ada orang yang boleh dengan megah mendakwa bahawa ia akan sihat selama-lamanya. Tahun 2013 ni jom kita lebihkan sikit simpanan.

Anda boleh menubuhkan bank sendiri dengan menyimpan. Kalau pun anda terdesak untuk meminjam, pohonlah pinjaman berkenaan dari bank anda sendiri itu. Anda tidak perlu bawa penjamin, tidak perlu melakukan beberapa salinan kad pengenalan, slip gaji atau sijil nikah. Cukup sekiranya anda adalah orang yang memiliki sifat amanah. Juga bertanggungjawab terutama pada diri anda sendiri.

Dengan dana simpanan, anda sudah boleh membina pelaburan sendiri. Pilih pelaburan yang diyakini akan beroleh keuntungan. Pada saat ini anda telah memiliki pembantu di dalam menghasilkan pendapatan bagi keluarga anda. Sekiranya anda fikir pihak Bank di luar sana dapat menggaji para pekerja mereka dengan hanya menguruskan simpanan para pendepositnya, kenapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi maslahat diri anda sekeluarga.Selamat berjuang, perniagaan itu sememangnya sunnah Nabi, namun perlu kita semua awasi larangan syariat dalam melaksanakan.

 

“BIJAK DI DUNIA, AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA..”
 SELAMAT MENYAMBUT 1 JANUARI 2013 DARI PENULIS...

Ahad, 30 Disember 2012

Harapan 2013 dan memori 2012

Salam..

2012 akan menuju ke penghujungnya lusa.. Harini 30 Disember 2012. Terlalu banyak untuk dikenang sepanjang tahun "kalender Maya" ni..hihi.. Heboh 3 tahun sebelum tu mengatakan yang kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012..Hanya orang yang lemah iman sahaja yang percaya tanggal tu. Percayalah..kiamat pasti akan terjadi namun ianya hanyalah rahsia Allah Taala.

 Harapan 2013 : Membina keluarga bahagia.Aamiin Ya Allah

Sepanjang tahun 2012 juga meninggalkan memori yang tak sedikit untuk diingati. Manakan penulis lupa tatkala melihat langit cerah di waktu malam seusai pulang pergi ke asrama di tengah malam, diterangi bulan purnama,Terasa tenang sangat melihat bintang bertaburan dan awan nipis yang menghiasi dada malam November lalu (KLIK SINI) .  Dan takkan penulis lupa juga Disember 2012 yang mula menyinari diari pengalaman selepas setahun melalui kegelapan Disember 2011.  


"Jadilah manusia pemaaf meski  hati berat untuk memaafkan. Luka lama biarkan ia menjadi parut dan janganlah biarkan ia terus berdarah " Maafkan aku...


Ada banyak kisah yang penulis gambarkan sepanjang 2012. Sejak blog di buka pada 2008,  ini merupakan tahun terbanyak post dari penulis yang cuma ingin merakam detik2 bermakna dan tetaplah ia menadi sorotan sepanjang perjalanan. Ada jatuh..ada bangun.. Selagi bernama manusia hidup perlu diteruskan. Semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan perolehi. 

 Kembali melapor diri

Penulis kembali ke KKB pada 26/12/2012 jam 6.00 petang..esok ada meeting pertama. dah alang2 buat post akhir tahun ni penulis pun nak kongsi sikit tentang mesyuarat Guru SKTAR Kali pertama 2013 pada 27 Disember lalu. Yes..akhirnya setelah 4 tahun pegang jawatan S/U Kokurikulum penulis dah free dari jawatan tu.  Mesyuarat dari jam 8.30 hingga 2.00 petang itu berjalan lancar.

 

Masih kekal sebagai S/U LADAP buat kali kelima berturut-turut. Selamat datang diucapkan pada 4 rakan sejawat baru : Cikgu Nayan, Cikgu Wawa, cikgu Zaiton dan Ustazah Noorhayati. Dengarnya ada seorang lalgi guru wanita Asli akan lapor diri awal minggu persekolahan. Jamuan makan tengahari disediakan kelab guru. Apa cerita baru sepanjang cuti ni kawan2 ? hihi....

" Ya Allah, aku memohon padaMu, kau ampunilah dosa-dosaku..ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan seluruh ahli keluargaku serta kesemua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Kau berkatilah kehidupan ku sepanjang 2012 yang lalu, berikanlah aku kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pimpinlah hidupku ke jalan yang lurus dan hindarilah aku dari lalai mengingatiMu.. Sejahteralah ke atas junjungan besar kami Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. "

 
 2012..Terima kasih kerana banyak mengajar penulis akan ,persahabatan,perhubungan,pengalaman, dan pekerjaan.

Selasa, 25 Disember 2012

Lawatan sahabat karib dari Terengganu

Salam..

Jika rujuk pada post-post sekitar tahun 2008 di blog ini pastinya penulis ada banyak menyebut tentang seorang rakan baik di Kuarters JKR Sungai Jelok Kajang Selangor.  Beliau yang penulis maksudkan ialah Mazlan atau lan.. Panjang cerita untuk dikisahkan dalam ni..apa yang boleh dikhabarkan beliau merupakan sahabat yang banyak membantu penulis ketika susah dan senang. 

Pada 22/12/2012 penulis telah menerima kunjungan dari beliau dan isterinya Ain yang merupakan pensyarah di Terengganu. Berikut adalah diari masa sepanjang 3 hari beliau di sini.

Kenangan bersama rakan2.. Kiri : Penulis, Jasrizal, adik Hadif, Ain dan Mazlan di Scott Restaurant Fraser Hill.

22 Disember 2012 ( Sabtu)

4.30 petang :  Penulis mula bergerak ke Stesen Komuter Rawang

5.00 petang : Menjemput beliau dan isterinya di sana  selepas kereta beliau parking di Putrajaya.So dia ambik Komuter dari Bandar Tasik Selatan dan tukar tren ERL terus dari Putrajaya.

6.00-7.30 petang : minum  petang dan menikmati satay di restoran hadapan masjid Batang Kali. Cuaca hujan lebat. Terpaksa pinjam payung dari pelanggan lain untuk balik ke kereta.

8.00 malam : menurunkan beliau di Homestay abang Eskay di Taman Bukit Bujang  KKB. Sewaan cuma RM120 saja semalam.  menginap selama 2 malam di sini. Hopelly selesa lah ye.

9.30 malam : menjemput saudara mazlan dan isterinya untuk makan malam di restoran abang aziz siam di Jalan Pahang hadapan Dewan Merdeka KKB. Oh ya..penulis sempat tengok final ke 2 AFF Cup antara Thauland dan Singapore. Singapore juara agreget 3-2. 

11.00 malam : Singgah di Kedai Runcit Setor Insaf KKB beli air minuman dan snek di homestay.

11.15 malam : Penulis tinggalkan mereka di Homestay. Penulis kembali semula ke rumah di Taman Ampang Pecah. Sebenarnya penulis dalam proses pindah rumah dalam minggu ni. 

 
 Sewaktu di Cabel Car Skyway Genting


 23 Disember 2012 ( Ahad)

8.30 pagi : Menjemput mereka di Homestay untuk bersarapan pagi nasi lemak di Restoran tepi BSN KKB. Bersedia untuk lawatan panjang dan memenatkan harini.

9.00 pagi : Isi petrol di Esso KKB dan terus bergerak ke Genting Highland. 

9.30 pagi : Selamat tiba di Cable Sky way Genting Highland.

Ambik gambar takut2 sebab cameraman berbayar diorang tak bagi bawak phone dan camera dalam tu. Gila apa..cas sekeping gambar sampai RM50.00

10.30 pagi : Setelah beratur hampir 40 minit baru turn kami dapat naik Cable car. Apa yang boleh dikatakan sykway ni taklah segayat cable cari gunung Mat Chinchang Langkawi. Lagi tinggi. cuma perjalanan tu jauh sikit 3.4km. Tiket return RM12.00

11.00-1.30 tengahari : Cuci mata sekitar In door Game Genting Highland. Sempat selama sejam di Snoworld. Suasana yang hampir sama dengan ICity cuma taklah sebesar taman tema lampu tu. Tiket murah cuma RM25.00.

 
 Ok tak..ada gaya tak ? hik3. (Perasan kunun kat Budapest Hunggary ler tu )

 ICity Shah Alam perlu belajar guna kaedah Snoworld Genting seperti tiada token untuk laci, sediakan glove dan Genting juga tak perlu rasanya buat peraturan camera dan phone tak dibenarkan masuk.. Nak bisnes ler tuu...

1.50 tengahari : Kembali untuk return naik Cable Car.. ada program lain petang ni.. tu yang kami turun awal tu.

2.00 petang : Turun dari Genting Highland. Masya Allah..ramainya orang nak naik skyway.. lagi ramai sampai beratur panjang. Mujur kami tiba awal.

2.30 petang : Singgah untuk rendam kaki di Kolam Air Panas Hulu Tamu. Penat tekan minyak dan brake kereta sepanjang di genting. Mazlan pun rasa best sangat sebab perjalanan darah terasa lancar je.

3.00 petang : Solat zuhur dulu di Masjid Sungai Masin Hulu Tamu.

3.15-3.40 petang : Baru berkesempatan lunch nasi ayam di Restoran tepi Petronas Batang Kali. Ada yang kurang sikit dalam nasi tu..sambal tak power. Tq bro lan kerana belanja. 

3.50 petang : Ketika drive di Rasa menghala ke Fraser Hill , abang Jasrizal telefon bertanya lokasi..Yes.. Kami bertolak naik guna Kereta Harrier baru ambik seminggu lalu. Toyota Harier ni dah lama teringin nak naik..Kesampaian jugak akhirnya. Alhamdulillah.

4.00-5.00 petang : Mendaki ketinggian Fraser Hill. Jalan yang sangat mencabar dan berliku. Jalan dan selekoh yang tajam. Dah lama tak pegi sini. Last tahun 2009 akhir tahun... masa tu..hmmm entahlah.

 

5.15 pm : Sampai di Town Fraser Hill. Bergambar di Clock tower, beli fridge magnet di Gift Shop dan menikmati minum petang 5 orang di Scott's Resaurant Fraser's Hill. Mahal pun takpe..sesekali je. Syok..Sejuk je berkabus. 


6.30 pm : Solat Asar di masjid Sultan Mahmud Fraser Hill.

6.50 pm : Cuaca hujan renyai dan berkabus..menambahkan kesejukan di puncak Fraser ini. Kami mula pulang menuruni GAP. 

7.50 pm : Alhamdulillah perjalanan gelap sepanjang jalan Pertak - KKB terasa lancar. 

8.00 pm : Solat Maghrib di Masjid Ar-Rahimah KKB. Mendengar talaqi musyafahah secara beramai2.. Rasa tenang je dengar bacaan ayat qur'an secara beramai2 di dewan solat masjid ini.

8.30 pm : Menikmati makan malam di Restoran Rose Seafood. Banyak yang kami sembangkan. Penulis cuma makan rojak buah je.diet malam

9.30 pm : Menerima jemputan mazlan untuk bermalam di homestay beliau menginap. Mengimbas kembali cerita2 menarik kami sepanjang di Kuarters Sungai Jelok Kajang dan perkhidmatan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) gaji hari di Putrajaya.. ada suka dan duka.

12.30 am  : Tak sedar rupanya dah larut malam. Selamat Malam.


 24 Disember 2012 ( Isnin)

8.00 pagi : Kami pergi ke rumah penulis di Taman Ampang Pecah. Membersihkan diri dan menyediakan keperluan nak mandi sungai hari ni..yeaah.

8.30 pagi : Bersarapan pagi di Fazlina Maju KKB. 

9.00 am : kami pergi ke Galeri Seni Kuala Kubu Bharu di Jalan Padang Golf. Kalau sesiapa yang nak tulis nama atas batu kat sini lah tempatnya. Terima kasih pada Encik Wahab kurator Pengarah Galeri Seni MDHS yang sudi bagi penerangan dan free gift pada kami berupa replika " Kalau Pergi Kuala Kubu, Tulis nama atas batu" 

9.30 am : Menuju ke Kalumpang Resort. Hajat kami nak bermandi manda. Harap tiada kepala air lah.

 
 Sejuk..Tempat kami pilih mandi kawasan tak berbatu. Berbaloi la RM2.00 tu.

9.50 am : Alhamdulillah..cuaca sangat cantik dan air pun tenang je. Sejukkk sangat. Tempat ni dah makin bersih,tolilet pun dah ada sumber air paip... 

cuma yang tak seronok lepas jambatan gantung tu dah ada owner . kena bayar RM3.00 sorang. bertekak dengan pekerja Nepal tu. Sudahnya penulis cuma bayar RM 2.00 je untuk kami bertiga mandi di situ. 

10.00 am -12.30 pm : fuhh... Best2. Dah lama tak mandi kat sini. Last tahun 2009. Mase tu?? hmm,,entahlah.

12.50 : Pulang..Kami bungkus nasi makan tengahari di Restoran Seri Melayu KKB.

1.10 pm : Bersiar seketika di Taman Millenium KKB dan berjumpa dengan sahabat baik di KKB tuan Hadi al Besuti yang kini dah bukak warung di jalan tepi PLKN tu. Tahniah.

1.30 pm : Penulis hantar mazlan dan wife nya ke Homestay di Taman Bukit Bujang. Mereka akan check up jam 2.30 petang ni.

2.35 pm : Penulis menjemput mereka dan menghantar ke rawang.

3.00 pm : Mereka selamat tiba di Stesen Komuter Rawang. 

---------------------------------------
 
Semoga berjumpa lagi sahabat baik ku.. InsyaAllah ada masa akan penulis tiba lagi ke Kemaman Terengganu menemui kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...