Sabtu, 13 Ogos 2011

Solat Hajat, Yasin dan tazkirah ramadhan 2011.

Assalamualaikum w.b.t..

Ape khabar semua, Sudah pun umat Islam melangkah ke fasa kedua Ramadhan..di mana keampunan dari Nya terbuka luas bagi hamba yang beriman lantas mahu mencarinya. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan dari Yang Maha Mengetahui..amin. Pada tarikh 11 dan 12 Ogos 2011 yang lalu, pihak panitia telah mengadakan program Ihyak Ramadhan..ini adalah antara sedikit rangkuman dalam program bulan Panitia sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jom soroti beberapa foto yang sempat bilik j-qaf ambil untuk diabadikan dalam takwim di SKTAR ini.

Tazkirah ramadhan :



Beberapa murid tahun 6 ( Rafie,kiri,sebelahnya salom,azmi dan hakim) mereka bukan murid Islam tapi ingin mencuba berpuasa seperti rakan2 Islam yang lain.. gambar murid Islam : Kamarul paling kanan dan Anas,pengawas.

Beberapa murid perempuan Islam dan sebilangan besar murid tahun 6 bukan Islam sedang diberi kata2 semangat oleh KP P.Islam.

Secara keseluruhannya, ramai murid bukan Islam terutama dari tahap 2 ( tahun 5 dan 6) yang mula berlatih puasa. Kebanyakan mereka tinggal di asrama. Mereka secara sukarela berpuasa dan ingin merasai kemeriahan ramadhan ini. Semoga sikap mereka yang baik ini sentiasa diteladani murid beragama Islam agar berpuasa penuh selama sebulan ini..InsyaAllah.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin 2011


SKTAR pada 2 Ogos 2011 lalu bersetuju untuk mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena bulan Ramadhan ini. Program ini juga bersempena mendoakan murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September ini. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan mudah.


Bertempat di bilik PSS SKTAR, sebahagian besar warga SKTAR terutama guru dan staf turut terlibat dalam majlis tersebut. Ini ditambah lagi dengan kehadiran semua murid islam dari tahun 1-6. Jom lihat beberapa gambar sempena program tersebut...


Adik Norashikin tahun 1 dan adik Syafikah tahun 2 sedang mengambil wudhu'

Sudah bersedia untuk menunaikan solat hajat dan solat dhuha yang dipimpin oleh Ustaz Roslan bin Maydin.

Seusai majlis bacaan Yasin. Majlis dipimpin oleh ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

Air suling yang bakal diberikan pada murid2 islam tahun 1-6 dan warga SKTAR.

Begitulah antara program yang telah berlangsung sepanjang minggu lepas.Berjumpa lagi .InsyaAllah..

Selamat maju jaya buat semua warga SKTAR dan pembaca budiman sekalian.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...