Ahad, 7 Ogos 2011

Bulan Panitia P.I & AJK PIBG 1/2011

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan.. Ramadhan ya Karim 1432 Hijrah. Sedar tak sedar dah seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Berazamlah kitaa gar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah kita lalui sepanjang hidup kita. Mudah-mudahan Allah membuka pintu rahmatNya,keampunanNya dan pembebasan dari api nerakaNya. Amin.


Oklah..Kat sini penulis nak bercerita pulak tentang 2 even yang berlaku pada minggu lepas ( 1-5 Ogos 2011) di SKTAR. Pertamanya berkaitan Bulan Panitia Pendidikan Islam yang jatuh pada 1-30 Ogos 2011 ini bersamaan sebulan penuh berpuasa.InsyaAllah. Dan yang keduanya adalah bersangkutan dengan Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2011 bagi mencapai kata sepakat memangku jawatan YDP PIBG yang baru.






Al-Fatihah untuk Encik Rafi bin Bata, YDP PIBg SKTAR 2010/2011


Bulan Panitia Pendiidkan Islam:


Pada 1 Ogos 2011 bersamaan hari Isnin bertempat di Dataran SKTAR sewaktu perhimpunan pagi, Panitia Pendidikan Islam dan unit j-QAF telah melancarkan bulan Panitia. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar encik Zulhisham bin Nasir. Seterusnya pada pukul 1.35 petang satu Mesyuarat Panitia diadakan di Makmal Komputer SKTAR. Antara agenda yang dibincangkan ialan :

  • Majlis bacaan Yasin dan solat hajat setiap jumaat pagi
  • Malis berbuka puasa bersama murid asrama dan PIBG
  • Bubur lambuk dan sumbangan aidilfitri 1432 Hijrah
Jom lihat beberapa gambar yang sempat penulis upload :


Orang kuat Panitia Pendidikan Islam , Ustazah Asfarena (Ketua Panitia) dan Ustaz Roslan ( Setiausaha panitia) mengendalikan mesyuarat tersebut.

Guru besar berkemeja putih dan antara guru lain.

Agenda yang dibincangkan

Barisan guru yang hadir bersama.

Syukran jazilan Kasiron alaikum kerana sudi menghadirkan diri bagi mendengar beberapa perkara penting yang bakal dan telah berlangsung sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Diharapkan agar bulan Panitia Pendidikan Islam ini sedikit sebanyak memberi kesan mendalam pada jiwa anak2 murid beragama Islam yang bersekolah di sini. Bilik j-QAF juga mengharapkan agar perancangan yang diminitkan berhasil hendaknya.Amin Ya Rabbal Alamin.

Mesyuarat tamat jam 2.00 petang dengan diakhiri Tasbih kafarah dan surah al-asr.


Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2011


Seterusnya pada hari Rabu yang lalu bersamaan 3 ogos 2011 ( Rabu) berlangsungnya satu mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2011 yang bertempat di Makmal Komputer SKTAR. Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa AJK danNaib YDP PIBG bagi membincangkan beberapa agenda utama. Mesyuarat bermula jam 2.40 petang hingga 4.10 petang.


Mesyuarat ini diadakan kerana YDP PIBG SKTAR Encik Rafi bin Abdullah@Bata telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Julai 2011 yang lalu kerana masalah kesihatan yang beliau alami.Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Segala Jasa beliau pada sekolah ini sangat besar maknaya. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat warga sktar dan murid2 di sini.


Al-Fatihah untuk YDP PIBG lalu : Encik Rafi bin Abdullah.

Barisan AJK guru dan AJK ibu bapa yang hadir.

Senarai AJK yang telah dilantik pada mesyuarat PIBG yang lalu pada Januari 2011.

Tahniah atas kehadiran anda.

Pemangku YDP PIBG Sk Tun Abdul Razak yang baru : Encik Aziz bin Angong.

Majlis sekali lagi dikendalikan oleh Setiausaha PIBG yang baru 2011 Ustazah Asfarena


Antara agenda yang dibincangkan ialah memilih Pemangku YDP yang baru, program kemasyarakatan SKTAR, Pep Talk setiap bulan, ziarah murid yang lama tidak hadir ke sekolah, yuran murid, dan lain-lain lagi. Antara AJK guru yang hadir ialah GB, barisan GPK, Ustazah Asfarena Ghazali, Pn Hamidah Hambli, Cik Nurhayati Hashim, penulis, Encik Aziz Angong, Puan Kamariah dan Puan Saadah serta encik Muhammad Fahmi.

Bertemu lagi di lain masa.InsyaAllah. Selamat berpuasa diucapkan.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...