Rabu, 10 Oktober 2012

Program Pemantapan Akidah 2012

 Salam..

Pada 9 Oktober 2012 ( Selasa) bertempat di Masjid As-Salam bukit Sentosa Bukit Beruntung pada jam 8.30 pagi- hingga 4.15 petang, berlangsung satu Program Pemantapan Akidah Pendidikan Islam Sekolah Rendah bagi Daerah Hulu Selangor untuk tahun ini. Pada tahun sebelumnya berlangsung di Masjid ar-Rahimah KKB.  Program ini disertai oleh 3 murid Islam iaitu Firdaus Mohd Nor (thn 6), Rahim (Thn 5) dan Zulkiflee (Thn 5).Guru pengiring adalah penulis sendiri. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ke sana dan pada hari semalamnya juga lancar dengan surat kebenaran keluar murid dan persiapan murid untuk ke sana.Terima kasih pada UstazahAsfarina yang juga banyak membantu sebelum membawa murid keluar. Antara pengisian program itu seperti Islam satu anugerah, Indahnya Islam dan Stesen dikendalikan guru-guru Pendidikan Islam daerah ini. Murid2 pun seronok. Setiap sekolah perlu hantar 3 murid Islam tahap 2 .
 

 Sebelum bertolak dari sekolah. Sucinya bila mereka bersongkok. :)

 
Antara para peserta program. MC adalah Ustaz Bakhtiar bin Matal dari PPDHS.

  Berkongsi ceritera bersama guru2 P.Islam. 

Peserta dari SKTAR menerima sijil penyertaan dan sedikit makanan ringan 
sebelum berpisah.

Penulis pun nak kongsi pengalaman jugak..hihi2..inilah kali pertama pi Tesco Bukit Beruntung..Sementara murid2 terlibat ceramah,penulis dan Ustaz Ipin SK Batang Kali dan Ustaz Ikram SK Antara Gapi pekena dulu ABC dalam kiosk pasaraya tersebut. Sebelum tu pergi sarapan roti kosong dengan Ustaz Hasan dari SK Bandar Sungai Buaya di Restoran Sentosa (mamak) dalam pekan bukit sentosa tu...rancak bercerita tentang perubatan Islam beliau lakukan di waktu senggang. 

Alhamdulillah,kami tiba di pintu hadapan sekolah pada jam 4.40 petang. Minta mereka bertiga terus tunaikan solat Asar di Surau asrama. Mendungnya petang ni...syukur ya Allah atas rezeki mu di langit. 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...