Sabtu, 13 Oktober 2012

Semi Final Piala Malaysia 2012


 


 Salam..

Debaran separuh akhir piala Malaysia edisi 2012 berakhir malam tadi (12 Oktober 2012) jam 11.00 malam apabila Selangor tumpas 0-2 di Shah Alam. Penulis dan cikgu Aziz dari sekolah Tun razak bersama pergi ke Shah Alam pada jam 5.00 petang lepas hantar wife beliau di Seri Segambut KL pada jam 4.00 petang. Myvi penulis meredah hujan lebat sejak dari Rasa lagi hinggalah ke Jalan Duta. 


 Seusai itu penulis pergi solat asar dulu di Masjid al-Qurtubi Segambut untuk solat asar.Masid ni cantik ada 3 tingkat. Tingkat atas disediakan kelas agama untuk murid2. Dekorasi masjid ni pun indah dengan asma'2 Allah. 

 
 Perkara first dah sampai luar stadium adalah cari tiket dulu. Harga RM15.00.Masa ni pun dah pukul 7 malam.

Berenti dulu untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah bersama penyokong kedua-dua negeri di Pasaraya Giant. 

 
Selamat Datang ke Shah Alam. Last pergi sini friendly Selangor-Perak tahun 2006. 

 Puluhan ribu penyokong merah kuning. This Is Selangor!

 Di hujung sana penyokong2 kelantan. Majoriti stadium adalah penyokong Selangor. 

Memang best tengok secara live..Dapat tengok pemain ternama dari kedua pasukan. Provokasi ringan tu perkara biasa dalam bola sepak antara penyokong. Tapi penulis takdelah terikut2 rentak orang lain. Terhibur meskipun tewas 2-0 dalam 90 minit permainan. First half 0-0 sebelum Kelantan menerusi Ghadar minit 84 dan Razi minit 90. Terdahulu Selangor tumpas di Kota Bharu 1-0. So agreget 3-0.Rupanya Family kak ngah penulis pun ade kat sini cuma tak terserempak je.


Gambar blur sebab amik pakai handset je. 


Penulis sekali lagi mengharungi kesesakan balik ke KKB. Tersangkut di Shah Alam sebelum masuk ke highway dalam 30 minit.Sampai rumah dah pukul 1.30 pagi..huhuhu.

Bye.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...