Khamis, 30 Mei 2013

Dah jadi suami orang..

Alhamdulillah..

Pada petang jam 3.45 tanggal 11 Mei 2013 hari Sabtu bertempat di Masjid Hashimiah Sungai Limau, Dengan 2 kali lafaz maka penulis telah pun bergelar suami orang.. Suami kepada Nur Elena binti Mahamad @ Khalid dengan maskahwinnya RM300.00 tunai. Terima kasih pada semua jemputan dan individu2 yang banyak membantu sepanjang majlis akad nikah dan 2 resepsi pada 18 mei dan 25 Mei 2013  lalu

 jurunikah : Imam Rosti bin Tukiman.
Wali : Rozi bin Mahamad

 Bersama keluarga isteri

Bersama ibu bapa penulis dan cikgu Zul merangkap cameraman

Sebenarnya ada banyak gambar dah diambil tapi cuma sempat berkongsi beberapa saja gambar semasa akad nikah untuk memori abadi seorang pendidik. 

Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..akan ku jaga amanah yang telah diberikan padaku untuk membimbing isteriku menjadi wanita solehah dan kurniakanlah pada kami zuriat yang mampu meyejukkan mata sebagai anak yang soleh dan solehah.Aamiin.

Jumaat, 3 Mei 2013

JEMPUTAN PERKAHWINAN :)

Salam semua..

Saya Abdul Aziz bin Abdullah menjemput para pembaca blog untuk hadir ke majlis Walimatul urus saya pada 25 Mei 2013 bertempat di Shah Jehan Housestay Sungai Besar . Berikut merupakan waktu yang bakal menjadi tarikh keramat dalam ingatan selamanya. Aamiin :


  • 11 Mei 2013 ( Sabtu ) Jam 3.00 petang: Masjid Sungai Limau Sungai Besar ( AKAD NIKAH )
  • 18 Mei 2013 (Sabtu) Jam 10.00-4.00 petang. No 231 Jalan Tebuk Marso Sungai Besar. ( WALIMATL URUS PIHAK PEREMPUAN)
  •  25 Mei 2013 (Sabtu) Jam 10.00-4.00 petang. Shah Jehan Housestay Sungai Besar. ( WALIMATL URUS PIHAK LELAKI) 
TURUT MENJEMPUT SEISI KELUARGA. DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI HINGGA KE AKHIR HAYAT. AAMIIN 

Jumaat, 19 April 2013

NO.1 SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN HULU SELANGOR 2013

Salam..

ALHAMDULILLAH.. SETIAP PENGORBANAN ITU AKAN MEMBUAHKAN KEJAYAAN ..

Mungkin itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan kejayaan pasukan Sepak Takraw SK tun Abdul Razak kuala Kubu Bharu Selangor apabila dinobatkan sebagai JUARA kejohanan  Takraw MSSD Hulu Selangor 2013 bertempat di Gelanggang Muhammad Taib Gesir Tengah pada Selasa 16  April 2013 sekitar jam 8.00 pagi - 4.30 petang.


Pasukan yang dibimbing oleh penulis telah dibentuk sejak 3 tahun lalu menampilkan tekong berbisa SKTAR iaitu adik Naszrul Ikmal bin A.Mizan yang juga merupakan anak YDP sekolah. Terbiasa dengan gelaran Acul di kalangan rakan-rakan sekolahnya, beliau berjaya menafikan penyertaan 22 buah pasukan dari 11 buah sekolah apabila servis yang dilontar oleh adik Zulkamirul Nizam bin Suri tahun 5 sangat menjadi dan boleh "synchronized" situasi balingan. ditambah dengan keserasian killer adik Rahim bin Abdul Rani tahun 6. Simpanan regu A adalah adik Alfizan a/l Latiff.


Diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan, Regu A dan B SKTAR telah menyertai kejohanan tersebut diringi oleh penulis dan cikgu Yusmawi bin zainal . Menghimpunkan beberapa pasukan handalan dari SK Batang kali, SK Bandar Baru Batang kali, SK Seri Fajar, Sk Selisik, tuan rumah SK Gesir Tengah dan juara bertahan 2012 SK Seri Keledang.




Pasukan regu B SKTAR dibarisi oleh adik Zulkifli bin Abdullah, adik Fidi Sadri, adik Sarol bin Merdi dan simpanan adik Reman bin Agan. Meskipun mereka menang dalam peringkat kumpulan G, namun kehebatan juara kumpulan mereka memaksa mereka pulang awal bersama cikgu Awie pada jam 1.00 Tengahari.

Keputusan Regu B :

Naib juara kumpulan G
  • SKTAR Regu B tewas pada SK Batang Kali B : 12-15, 6-15
  • SKTAR Regu B mengalahkan SK Seri fajar B : 15-12, 15-7

Keputusan Regu A :

Regu A Takraw meneruskan kecemerlangan apabila menjadi juara kumpulan C dimana SK Seri Sungai Tengi A dan SK Gesir A pulang hampa. Berikut merupakan keputusan pasukan Regui A SKTAR mematahkan impian pasukan lawan :

Juara kumpulan C
  • SKTAR Regu A mengalahkan SK Gesir A : 14-16 , 15-11-15-9
  • SKTAR Regu A mengalahkan SK Sungai Tengi  A : 16 -14, 14 -5 
Suku Akhir
  • SKTAR Regu A mengalahkan SK Selisik A : 15-9, 15 -5
Tempat 3/4 :
  • SKTAR Regu A mengalahkan SK Gesir Tengah A : 15-9, 15 -5

Final : 
  • SKTAR Regu A mengalahkan SK Seri Keledang A : 15-3, 15 -11
.Janji ditepati.. KFC korean Crunch di Tanjung Malim menjadi pilihan murid2 yang telah mengharumkan nama sekolah Asli satu-satunya di hulu Selangor. menurut Penyelaras Teknikal Hulu Selangor, Cikgu Saiful Nahar dari SK Seri Fajar beberapa murid SKTAR akan dipanggil untuk sesi latihan mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor.


Ini merupakan kejayaan paling manis penulis sebagai jurulatih Sepaktakraw SKTAR sejak 2010. Dan ini juga merupakan pencapaian terbaik pasukan takraw SKTAR di luar kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli dimana pasukan SKTAR tahun lepas mendapat tempat ketiga di negeri Selangor dan menjadi regu C Selangor ke peringkat Kebangsaan di Terengganu 2012.

"SKTAR MEMBUAT UPSET TERBESAR 2013" - Siapa kata kami tak boleh.

Rabu, 10 April 2013

Macam-macam nak buat...

Tak sempat nak update blog panjang2.. ada mase penulis akan masukkan dalam blog.InsyaAllah. Ni pon online time sekolah..hihihi..

--------------------------

3 April 2012 ( Rabu)

Perlawanan persahahatan klasiko Sepaktakraw dengan SK Ampang Pecah pada jam 4.00-5.00 petang. Ustaz Zaki menyediakan air,tempat dan kemudahan buat pegawai SKTAR. Alhamdulillah cuaca mendung dan berawan sangat menyelesakan pegawai dan pemain. Keputusan. SKTAR menang bergaya 3-1

4 April 2012 ( Khamis )

satu lagi perlawananan persahabatan Bola sepak bawah 12 tahun melibatkan murid SKTAR dan SKAP di padang SKAP. |Penulis dan cikgu Nayan menghantar murid dan disambut oleh cikgu Muzadmill dan cikgu rosli PK koko SKAP.

 Ini merupakan pasukan percubaan bola SKTAR setelah 7 tahun tak hantar..Last 2007.  Train baru seminggu takkan boleh lawan SK yang dah train bertahun2. tapi takpe..yang penting pendedahan tu.  keputusan..hehehe .. 11- tanpa balas.

5 April 2013 ( Jumaat )

Perlawanan persahabatan dengan SK KKB 1 petang jam 5.00 terpaksa dibatalkan di padang SMK dato haji Kamarudin KKB kerana cuaca ribut dan angin kencang.

6 April 2013 ( Sabtu)

Bergegas pulang ke sungai Besar kerana di rumah kampung ada buat kenduri tahlil dan majlis kesyukuran cukur jambul anak along keempat. Tahniah along dan kak yan.:) .. 

Sambil2 tu tengok jugak tv game Selangor lawan JDT Suku Akhir FA pertama 2013  di larkin ..yes...menang 2-1.. TQ to Mahali dan Amri.

7 April 2013 ( Ahad )

kepenatan melintas highaway PLUS dari Putrajaya ke PLUS menghala Bukit beruntung. Sampai pada jam 7.00 malam. Dinner malam ni buger daging spesel je.. Tekak tak berapa selesa.

8 April 2013 (Isnin)

Train terakhir pasukan Bola SKTAR di padang Awam Taman Padang Tembak di sebelah sekolah. Sudah mula menyusun posisi murid2. harap mereka bersedia. 

Tekak makin perit.Macam ada tanda demam..huihh..

9 April 2013 ( Selasa)

Sehari suntuk di padang SK KKB untuk perlawanan pusingan kumpulan pertama. SK Tun Razak dalam group F bersama SK bukit beruntung ( tewas 6-0), SK Selisik ( tewas 2-0) dan Sk Bandar baru Batang kali A ( tewas 7-0). Takpe..yang penting pendedahan murid itu penting. menang kalah kemudian cerita.

 

Malam ni ada game AFC antara selangor dan Saigon FC di Stadium Shah Alam. Selangor menang 3-1. Tengok je siaran fox 812 Astro..hihihi

10 April 2013 ( Rabu)

Berjaga 10 minit terakhir perlawanan bola Euro champion league antara Real madrid dan galatasary di stadium turki. R.M menang agreget 4-2 ( Real tewas di turki 3-2 ).

Pagi ni ada ceramah kebakaran dari Pihak Balai bomba dan Penyelamat malaysia KKB.

...........

Setakat itu saja penulis dapat coretkan buat perkongsian rakan2. Semoga sakit tekak ni makin ok malam ni..aamiinn.

Berjumpa lagi di lain post..TQVM :)


Khamis, 28 Mac 2013

Mesyuarat Takraw

Salam..

Apa khabar semua..huhuhuhu..Barulah dapat peluang mencoret di blog yang sudi menjadi diari kehidupan seorang pendidik ini.. Sebenarnya penulis bukan takde idea nak mencoret tapi kekangan waktu yang tak mengizinkan. Kenapalh cepat sangat dah nak masuk akhir bulan 3. Rasanya macam baru je lagi awal bulan Mac..

Tak dapat disangkal memang sejak bermula awal tahun 2013 ni penulis agak sibuk je..macam2 nak diuruskan.semoga Allah beri kekuatan untuk terus berbakti pada bumi pertiwi..cewah ayat..dah macam ayat prajurit di Lahad Datu Sabah pulak ye.. Oklah..penulis nak berkongsi tentang kehadiran penulis mewakili SKTAR dalam mesyuarat jawatankuasa Sepak Takraw di SMK Gedangsa pada 20 Mac 2013 ( Rabu ) sekitar jam 2.30-4.30 petang.



Menaiki Myvi penulis bersama rakan lama sejak era 2008 lagi jika bermesyuarat Sepak takraw pastinya sekolah di zon ini akan menjadi tuan rumah. Biasanya memang SMK Gedangsa atau SK Selisik la. Perjalanan ke sana di sapa oleh hujan lebat di jalan Changkat Asa- Hulu Bernam. Kami bermesyuarat di bilik mesyuarat guru pada jam 3.00 petang. 


Mesyuarat masih lagi dipengerusikan oleh PK Kokurikulum SMK Gedangsa iaitu cikgu Halim dibantu oleh Pegawai Teknikal sekolah rendah iaitu Saiful Nahar dari SK Seri Fajar yang juga junior penulis sewaktu bersekolah di SMKA simpang Lima dulu (2000-2001). Sedikit jamuan ringan bihun goreng dan teh menjadi pembasah tekak kami di petang yang redup itu.


Mesyuarat tahun ini agak berjela sikit..hmmmm sabar jelah.   pulang kami melalu Jalan Behrang-Tanjung Malim. Alhamdulillah cuaca di kawasan ini baik dan tak hujan. Penulis singgah minum petang di warung sahabat di Taman Milenium pada petang Rabu itu. Berjumpa lagi di kejohanan Sepak Takraw yang akan berlangsung pada 16 April ini di Gelanggang Muhd Taib Gesir Tengah. 


Jumaat, 22 Mac 2013

MESYUARAT TAKLIMAT HAKIM DAN URUSETIA MTQ 2013

Salam semua..


 Pada hari Selasa 12 Mac 2013 jam 2.30 petang bertempat di Bilik mesyuarat PPDHS telah berlangsung taklimat penghakiman dan urusetia bagi pertandingan Majlis Tadarus al-Qur'an 2013 di peringkat daerah .Penulis seperti kebiasaan tahun sebelum itu masih memegang jawatan urusetia bersama ustaz Norisham bin Saimun dari SJKC Bukit Tangga, Ustaz |Zaki dari SK Ampang Pecah dan Ustazah Nooriza.


Sempat penulis berjumpa dengan Ustazah yang pernah mendidik penulis sewaktu di sekolah menengah dahulu, iaitu ustazah Mahmudah binti Pingan. Beliau pernah berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar ketika penulis form 1-3 ( Tahun 1995-1997 ). Pada 1998 beliau berpindah pula ke SAMT Selisik sehingga ke hari ini. 

 

Hari itu juga merupakan hari terakhir perkhidmatan di PPD unit P.Islam.. rakan baik penulis sejak di SK Tun Abdul Razak iaitu ustaz Bakhitar bin Matal yang akan brkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di Shah Alam keesokan harinya. Terima kasih atas bimbingan beliau selama ini khususnya dalam unit P.Islam Hulu Selangor. manakala ustaz Shamsuddin pula berkhidmat di SK Bukit Beruntung 2 sebagai PK Koku. Tempat ustaz Bakhitar akan diganti dengan calon tempatan..hihihi..macam penamaan calon pulak ye.

Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 4.15 petang.

Rabu, 13 Mac 2013

Indahnya senja...

Salam semua..


Sejak kebelakangan ni penulis suka melihat matahari senja dan melihat butiran bintang di langit malam..indahnya ciptaan Allah. 


Fakta : Tahukah anda bahawa anda sebenarnya 'tidak tidur' jika anda tidak
tidur di tempat yang gelap pada malam hari?

Jika anda tidur tanpa menutup lampu atau muka anda terkena cahaya lampu
ketika anda tidur pada malam hari memang sebenar nya anda tidak tidur.

Bila muka terkena cahaya lampu semasa anda tidur, otak melalui deria
bulu roma masih dapat mengesan cahaya dan terus bekerja tanpa berehat.
Kesannya akan dirasakan pada pagi esoknya di mana anda masih merasa
letih walaupun cukup tidur di sebabkan otak tidak dapat berehat
sepenuhnya.

Entah kenapa jiwa terasa tenang sangat bila dapat melihat cahaya mega senja menaungi bumi Allah ini..Mungkin cuaca di Kuala Kubu Bharu sekarang ni musim berangin..jadi langit malam sentiasa cerah dan semoga secerah harapan menjadi khalifah yang patuh pada aturanNya..aaminn


Buat mereka di perbatasan semoga wira-wira perajurit negara yang sedang berjuang di Lahad Datu Sabah waktu ini sentiasa mendapat pertolongan Allah hendaknya. Kepada perwira yang terkorban semoga syahid Akhirat tempat kembali kalian..Aamiin.

Rabu, 6 Mac 2013

Lamanye tak mencoret...

Salam..


Post kali ini dilakukan di bilik guru SKTAR.hmm..tak berkesempatan nak update blog ini kerana hampir seminggu tak pulang ke kampung.. Ini kerana penulis agak sibuk menguruskan Mesyuarat Agung PIBG SKTAR Kali ke-29 pada Sabtu lalu(2 mac 2013) dan Badan Ihsan..tu tak campur dengan LADAP SPSK lagi..... Apa..dah masuk Mac? 
.
 Busy la kunun-kununye..hahaha

Hmm... macam2 nak diselesaikan sebelum cuti penggal pertama ni..nak buat tu nak buat ni tapi tak banyak perkara yang digerakkan.. Semoga Allah permudahkan urusan setiap hari.. Aaminn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...