Sabtu, 25 Jun 2011

Data e-laporan jqaf Jun 2011

Salam semua..


pada hari Selasa yang lalu bersamaan 21 Jun 2011, Penulis telah dimaklumkan oleh Ustaz Roslan tentang pengisian data e-laporan jqaf bertempat di PKLG KKB bersebelahan dengan SK KKB2. Tak jauh pun dari sekolah penulis. Penulis segera bergegas dengan membawa laptop. Pi sana pun bawak motor je.





Alhamdulillah..data yang bermula dari jam 8.00 hingga 5 petang itu berjalan lancar. Data jqaf SKTAR telah selamat dihantar secara online dan diserahkan pada JU data yang dilantik. Data SKTAR selesai awal sekitar jam 11.30 pagi. Terima kasih atas bantuan para guru jqaf yang lain..sudi membantu dari pemformatan versi baru dari 11.0 ke 11.1 terutama UstazHafiz dari SKBS dan Ustaz Fadly dari SK Lembah Beringin .


Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Shamsudin bin Ahmad penyelia jqaf Hulu Selangor. Selepas makan tengahari bersama para ustaz dan asatizah, penulis pun bergerak balik ke rumah sekitar jam 1.05 Petang.

Sekian.

Sabtu, 21 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salam..

SKTAR turut menyambut sambutan hari guru pada 16 Mei 2011 ( Isnin). Alhamdulillah..sambutan kali ini sangat meriah..di mana para staff dan guru turut serta menyambut hari guru ini dengan semangat kekitaan dan kerjasama yang baik. Penulis dapat 2 hadiah dari 2 beradik iaitu adik Norsuhaila tahun 5 dan adik Norshahira tahun 3. Terima kasih.


Siap ade topi sewang lagi..

Antara guru yang sempat di snap

Guru berkaraoke.

Murid tahun 6 menunjukkan bakat


Majlis tamat pada jam 12.35 Tengahari. Selamat Hari Guru buat semua pendidik.


Sabtu, 7 Mei 2011

KBS siri 2 2011

Salam semua..

SKTAR telah berjaya melaksanakan KBS siri ke 2 bagi tahun ini.Alhamdulillah,atas bantuan dari gpi sktar iaitu Ustazah Asparena dan ustaz Roslan telah melicinkan lagi program tersebut. SKTAR pada harini (sabtu 7 Mei 2011) telah mengambil cuti berganti yang dijangkakan pada musim perayaan deepavali akhir tahun ini. Justeru itu, bilikjqaf tidak melepaskan peluang mengadkan kem bestari solat siri kedua seperti yang telah dirangka dalam takwim sekolah.

Seramai 23 peserta terlibat.

Check list nama murid.
LDK
senaman regangan..

Ustaz Roslan melaksanakan ujian tapisan..macam penemuduga plak..huhu

Murid tahap 2 ditempatkan dalam makmal komputer sekolah.

Sessi selingan..mewarna bagi murid tahap 1

Ingat,wudhu' yang sempurna adalah satu kemestian !


murid tahap 1 bersedia untuk mengambil wudhu'

Bacaan niat solat

Menghafaz doa qunut

Ikut imam
Alhamdulillah...

Ucapan aluan dari guru j-qaf ( penulis)

Majlis penutupan oleh Guru Besar, encik Zulhisham bin Nasir

Khusyuk mendengar amanat dari guru besar.

Doa menutup majlis.


Kem Bestari Solat siri 2 ini tamat dengan jayanya..Semoga Allah memberi kebaikan dan rahmatNya dalam majlis yang telah berlangsung ini. InsyaAllah.

Berjumpa lagi di lain mase..amin.

Jumaat, 22 April 2011

Kejohanan Sepaktakraw MSSD Hulu Selangor 2011.

Salam semua..


Pada tarikh 19 April 2011 telah berlangsung kejohanan sepaktakraw bawah 12 tahun sekolah kebangsaan anjuran MSSD. SKTAR tidak ketinggalan menghantar 2 team iaitu pasukan A dan B . Guru pengiring adalah penulis dan cikgu Yusmawi selaku guru S.u koko dan s/u sukan sekolah. Sebenarnya pada tarikh 7 April 2011 lepas telah diadakan mesyuarat kejohanan di SMK Gedangsa. Balik tu sempat makan durian di Gesir dengan Ustaz Zaki yang mewakili SK. Ampang Pecah.




Kami selamat sampai di Gelanggang Mat Taib Gesir Tengah pada jam 9.05 pagi. Banyak jugak sekolah yang terpaksa hantar balik pasukan sebab tak hadir mesyuarat di SMK Gedangsa 7 April lepas. Tahun ni jawatankuasa nampak lebih tegas sikit dalam menguruskan kejohanan.



Pasukan A Tun Razak diketuai tekong Khairul bin Kassim T.6, Fidder, Salman Aman T.5 dan Killer, Halim T.5 simpanan A ialah Firdaus Mohd Nor T.5. Manakala pasukan B Tekongnye adalah Kamarul Asri T.6, Fidder, Azmi T.6 dan Killer, Hakim T.6 simpanan B adalah Salom T.6. Pasukan B SKTAR berjaya mara ke peringkat suku Akhir selepas menjadi juara kumpulan C menewaskan sekolah SK.Bunga Raya 2 dan SK Antara Gapi. Halim siap lipat lagi tu..hahaha


Pasukan A walaupun tak berjaya mara ke saringan seterusnye namun persaingan kumpulan berjaya memperoleh 1 kemenangan menewaskan SK Seri Fajar dan ditentang sengit dari jagoan takraw Hulu Selangor SK Gesir tengah dan kalah tipis. Kejohanan akhir penulis tak tau sape..tapi rase2nye pasukan SK Batang kali yang dipimpin Ustaz Shahrizan boleh pergi lagi macam tahun lepas. Oh ye..pasukan B SKTAR telah tewas pada pasukan SK Batang kali B dengan kiraan 21-13 21-13.



Penulis dan 4 pemain B selamat sampai di sktar pada jam 3.25 petang, manakala pasukan A telah tiba lebih awal yang dihantar oleh Cikgu Yusmawi bin Zainal sekitar jam 1.00 Tengahari. Tahun depan, InsyaAllah pasukan SKTAR berazam untuk masuk ke peringkat separuh akhir. Amin.

Bye.

Jumaat, 25 Mac 2011

Urusetia di PKG Kalumpang



Salam buat para pembaca..

Hmm..bulan Mac..boleh dikatakan aktiviti pada bulan ketiga ni agak padat jugak meskipun dalam bercuti penggal pertama selama seminggu lepas ( 14hb Mac-20 Mac 2011 ). Pada tarikh 21hb Mac 2011, Penulis telah dimaklumkan oleh guru PK yang surat taklimat pengurusan program Tilawah Al-Qur'an peringkat Daerah akan diadakan pada hari khamis ni ( 24hb Mac 2011).


Rerupanye dalam surat tu penulis ditugaskan menjadi urusetia majlis bagi sekolah rendah, ada 3 nama untuk urusetia tu, Ustaz Bakhtiar bin Matal adalah bekas GPI di SKTAR ni, Ustaz Norhisham bin Saimun Bekas penolong unit P.Islam Daerah yang kini bertukar di SJKC bukit Tangga Rasa, dan Ustaz Zaki dan Mahood merupakan rakan serumah..hahaha.. Memang tak lari punye..balik2 org yang sama jugaklah..he3


Program tilawah start jam 8.00 pagi. pihak urusetia telah membahagikan tugas masing2, Penulis dan Ustaz Buck menjaga pendaftaran kursus, manakala Ustaz zaki dan Us.Sham menyelaras dewan pertandingan. Terdapat 3 acara dalam program tilawah daerah Hulu Selangor 2011 yang diadakan di PKG Kalumpang ni..


Acara tilawah al-quran dihakimi antaranye oleh Ustaz Naim dari SK kpg Sg.Buaya, Ustaz Adly, Ustaz Harris ( SK Serendah). Manakala acara Hafazan pulak dihakimi antaranya oleh Ustaz Hishamuddin ( SJKT Kerling), Ustaz Pak tua. Manakala acara bercerita pulak dihakimi oleh para asatizah hulu Selangor yang dipimpin oleh Ustaz Raudzhoh ( SK Ampang Pecah).


Pertandingan dua sessi tersebut tamat sekitar jam 5.00 petang. Kehadiran Ketua Unit P.Islam Daerah Ustaz Hj Saberi dan Penyelaras j-QAF daerah yang baru ustaz Mohd Huraidoh turut menceriakan lagi majlis tersebut. Dianggarkan seramai 100 peserta terlibat bagi acara tersebut.


Oklah..di lain masa penulis akan update ape2 perkembangan melibatkan diari penulis selaku pendidik di daerah bertuah ini.

Salam. ;)

Sabtu, 26 Februari 2011

Kem Bestari Solat Siri 1 2011

Salam semua..

Pada 19 Februari 2011 yang lalu bertempat di Surau Asrama SKTAR telah diadakan Program KBS siri 1 bagi tahun ni. Kedatangan murid seramai 23 orang pada hari sabtu tersebut turut dibantu oleh Ustaz Roslan,Ustazah Asfarina, Encik Fahmi Teknisyen dan penulis sendiri.

Alhmdulillah, program berjalan lancar seperti yang dirancang. Mudah-mudahan ilmu yang murid2 perolehi dalam Kem Bestari Solat ini mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.


Surau Asrama SKTAR

Emran mengusik pipi Reman..huhu

Antara murid Islam yang sempat dipose gambar mereka

Dipecahkan kepada 3 kumpulan

Bab bergaya depan kamera, murid SKTAR memang tak pernah kalah.ha3

Senaman regangan sebelum murid pergi ke Surau. dipimpin oleh Ustazah Asfarina

Pembentangan kumpulan, set induksi. kumpulan Zohor diketuai oleh Pak Imam muda,firdaus

Penerangan anggota wuduk dan perlakuan wuduk

Semua khusyuk melihat ke hadapan

Yang tua membantu yang muda

Ikut turn aa...

Makan timeee... Nasi Ayam

Ya Allah, Berkatilah rezeki kami dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu ...aminnn
Perbincangan kumpulan . LDK

Ustaz Roslan mengajar murid dalam LDK seterusnya,
kumpulan Subuh mengaplikasi perbuatan solat

Hasil kerja murid2 islam dalam KBS 1 2011. diabadikan di surau asrama sktar

Perlakuan solat dan bacaan secara berjemaah.dipimpin Pak Imam

Murid perempuan, berzikir sesudah aplikasi perlakuan solat

Majlis penutupan dijalankan di Makmal Komputer.

Majlis serahan cenderahati untuk para peserta.Adik Adam Khuzairi dari tahun satu turut datang.

Majlis penutupan dilakukan oleh Puan Rokiah binti Hassan guru GPK Kanan SKTAR. Terima kasih banyak2 di atas kerjasama yang dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat dalam program KBS siri 1 2011 kali ii. Semoga Allah membalas jasa kalian. Amin Ya Rabbal Alamiin.

Jumaat, 28 Januari 2011

Ahlan Wasahlan

Salam semua..


Bilik jqaf SKTAR kembali mencoret di blog picisan sekadar hobi ini. Terima kasih kerana sudi menjengah melihat blog yang tiada apa pun menarik untuk dititip bersama buat para pembaca semua. Dah hampir sebulan persekolah berlangsung. Macamane perjalanan guru-guru lain pula? kami di bilikj qaf menerima seorang lagi guru GPI yang baru bagi menggantikan ustazah Noor Hafiza binti Abd Raub yang bertukar subjek diajar dari pendidikan Islam kepada subjek Moral bermula tahun ini.


Untuk itu bilikjqaf.blogspot.com berbesar hati mengalu-alukan Puan Asfarena binti Ghazali sebagai ustazah baru di sekolah ini. Ustazah Asfarena akan memegang jawatan selaku KP menggantikan ustaz Roslan yang memegang jawatan guru Data dan S/U Panitia pendidikan Islam di sekolah ini. Rombakan Panitia pendidikan Islam kali ini di harap mampu membantu pembelajaran murid ke arah lebih gemilang sambil menekankan akidah murid-murid itu sendiri.



mesyuarat pertama pada 21hb lalu memberi tumpuan pada waktu tasmik yang akan diajar pada awal pagi sebelum perhimpunan bermula jam 7.30-7.40 setiap hari isnin-Jumaat mengikut tahun masing-masing. Berjumpa lagi di lain masa.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011 & Gotong royong SKTAR

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bilikjqaf melaporkan untuk edisi akhir 2010..hehe. Harini adalah hari terakhir 2010..31 Disember. Dan bermakna dah masuk tahun keempatlah penulis berkhidmat di sekolah yang cemerlang dengan aktiviti kokurikulum dan pencapaian akademiknya di kalangan sekolah murid Orang Asli.


Pada 28 dan 29hb Disember baru ni, satu mesyuarat pertama SKTAR telah diadakan melibatkan kesemua guru. SKTAR mengalu-aklukan pada 4 orang guru baru yang ditugaskan di sekolah ni meskipun mereka bukanlah guru baru posting. Ucapan Ahlan wasahlan diucapkan pada Pn.Asparena, Pn Jauhariyyah, Cik Zety dan pn Saedah. Manakala SKTAR berat rasenya hati untuk melepaskan cikgu Salmiah Baharin yang bakal berpindah ke Tuaran Sabah mengikut suaminya pada pertengahan Januari ini. Apepun, jasa anda di sini tetap kami kenang.



Pada 30hb Disember pula, telah diadakan satu majlis gotong royong perdana melibatkan para guru dan staf SKTAR. Antara agenda tersebut adalah mengemas bilik BBM untuk menempatkan 3 PK Kanan, mengemas bilik KH, update stock buku di bilik SPBT, rombakan meja-meja di bilik guru dan rutin biase. SKTAR telah menerima seorang Guru Besar baru, iaitu Encik Zulhisyam bin Nasir menggantikan Puan Azizah binti Hassan yang bertukar sekolah selepas beliau berjaya memperoleh ijazah Pendidikannya. Selamat datang cikgu Zul, dan selamat maju jaya cikgu Azizah. :)


Warga SKTAR dihidangkan dengan jamuan nasi beriani Gam spesel yang dibeli oleh cikgu Jashiah. Nyamp2, dahlah cuaca sejuk sebab seharian cuaca hujan hingga ke pagi. malam tadi pulak satu Malaysia meraikan kejayaan pasukan bola sepak malaysia yang berjaya menggalahkan pasukan Indonesia pada Final Cup AFF Suzuki 2010 dengan agreget 4-2. Dapatlah Malaysia cuti umum pada hari ini 31 Disember 2010.

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!!!


Oklah, ade mase,insyaAllah penulis akan mencoret sesuatu yang baru pula..tunggu.

Kepada anak didik ustaz, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. ... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...