Alahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar.... segala puji bagi Allah. Aku selamat sampai ke kampung pada tarikh 27hb 9 2008 jam 3.15 petang..siap je baju raya aku terus gerak balik ke sungai besar.Seronoknya sampai kat kampung untuk merayakan aidilfitri bersama keluarga sanak saudara dan rakan taulan yang lama terpisah. Dua hari sebelum syawal menggamit aku sibuk menyiapkan kelengkapan beraya seperti beli songkok, kuih raya, jeruk, ais dan oren botol. Tahun ni hampir kesemua adik beradik aku beraya di kampung kecuali kakak aku yang beraya di kampung suaminya di Pasir Mas Kelantan. Raya ketiga baru balik ke sini.
Berikut beberapa aktiviti aku sepanjang Syawal di kampung:
29/9/08 : Kacau dodol tengah malam dgn abg ipar. Jumpa kawan2 pukul 3 pagi nak rasa dodol.
30/9/08 (Petang dan Malam raya) : Buat ketupat palas dan basuh bekas kuih raya.syahdu je rasa malam raya ni.main pingpong bersama sepupu dan paksu sampai pukul 2 pagi.
1/9/09 : Berhari raya bersama sanak saudara terdekat.Khas untuk Family dan kerabat sahaja.
2/9/08: pi beli buah dan ais untuk baraan kampung. kawan datang beraya. Kena demam.hu3
3/9/08 : Beraya bersama keluarga ke rumah sedara dan rumah bakal menantu mereka.he3
4/9/08: Rumah terbuka reunion Samtaj 1999.jumpa rakan2 lama. Beraya di hutan melintang rmh kwn. malam ni ada barbekue family day sanak sedara di rumah nenek. Meriah sakan noo..
5/9/08: Along dah balik klang. Aku bertolak ke KKB pukul 2.30 sampai 4.30.
Cepat betul kemeriahan aidilfitri tahun ni..semoga Allah panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan ku, ahli keluargaku, sanak saudaraku dan rakan taulanku agar kita dapat merayakan aidi;fitri lagi bersama-sama. Amin ya rabbal alamin.
0 ulasan:
Catat Ulasan