Khamis, 25 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILIFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT


Assalamualaikum..salam hamba hulur tanda ingatan buat semua insan di hari yang mulia... Aidilfitri yang kini semakin menggamit semua umat Islam di seluruh dunia. Sepanjang minggu ni Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini. Aku ditugaskan oleh panitia Pendidikan Islam untuk mengutip sumbangan di kalangan guru-guru dan warga staf yang lain sejak minggu lepas. Alhamdulillah sumbangan sebanyak RM815.00 telah berjaya dikutip.

Pada pagi tadi jugak aku pi Maybank Kuala Kubu Bharu untuk tukar duit, alang-alang dah tukar untuk bebudak sekolah aku pun ambik kesempatan untuk tukar duit raya aku jugak. Fuh! Bonus tahun ni rasa macam takde ada sama je..Tak nampak ke mana perginya duit gaji dan bonus yang first time aku dapat. Malam tadi jugak aku dan ustaz Bakhtiar dan penyelia asrama SKTAR, puan Norain dan pengawal malam bersama-sama meluangkan masa untuk berbuka puasa dengan bebudak asrama. Lepas tu solat maghrib,isyak dan tarawikh bersama-sama.

Esok hari jumaat adalah hari penyerahan sumbangan Aidilfitri buat 35 murid Islam yang hadir secara konsisten ke sekolah dari senarai 45 murid Islam yang berdaftar. bentuk sumbangan kali ini adalah 4 jenis kuih muih buatan tangan guru-guru, sepasang baju baru, sejadah, kain batik,kain sarung dan duit raya sebanyak RM23.00 seorang. Sumbangan adalah dari warga SKTAR dan hamba2 Allah yang sudi menyumbang buat mereka ini. Semoga Allah menerima amalan yang dilakukan oleh mereka.Amin..

Mulai Sabtu ini sekolah akan cuti panjang selama 9 hari sempena Eid Fitri ini. Aku hanya akan balik ke kampung pada 28hb September ni berikutan baju raya yang aku tempah di Kedai Sursons batang kali siap hari tu. Tu lah..lain kali dah tau nak tempah baju raya awal-awal sikit. Ni dah 28 ogos baru nak tempah. Ha3... Oklah, buat para anak didikku ustaz megucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maafkan ustaz selalu marah2 kat korang semua..marah nak bagi pandai takpe kut. Buat para pembaca Maaf Zahir dan Batin andai ada coretan2 aku yang mengguris perasaan semua. Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 1429 h.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...