Jumaat, 5 September 2008

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat UPSR


pada hari khamis lepas, penulis diberitahu kena mengetuai bacaan solat hajat sempena menjelang hari peperiksaan UPSR pada 9-11 september 2008 ni. Seramai 18 murid dari SKTAR akan menduduki peperiksaan tu, yang mana hanya 4 orang sahaja beragama Islam. So seperti kebiasaan tiap2 tahun sekolah penulis akan mengadakan majlis serupa.. alhamdulillah, nak dijadikan bertambah barakah pada bulan Ramadhan yang mulia ni..

So hari jumaat (today) penulis telah pun selesai memimpin solat hajat dan solat duha yang diadakan di Pusat Sumber SKTAR. Tak macam sekolah lain, bacaan Yasin dan solat hajat ni hanya disertai oleh para guru, staf dan murid2 islam dari tahap 2. Manakala bacaan Yasin dipimpin oleh seorang guru Pendidikan Islam yang tidak asing lagi di Tun Razak ini, Ustaz Mohd Bakhtiar bin Matal.

Walaupun sedia maklum pencapaian murid Asli dalam akademik bukanlah yang terbaik di kalangan terbaik, tapi penulis tetap puji kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka dalam pelajaran. Tahun 2007 pencapaian terbaik adalah 2A 3B.. harap2 tahun ni adalah yang boleh dapat 4A-5A. Insyaallah.

Jadi pada semua murid Islam tahun 6( Amir, Atikah, Nadia dan Fitrah) yang akan mengambil peperiksaan tak lama lagi, ustaz doakan berjaya menjawab soalan dengan mudah berkat dari usaha kalian dan doa dari ibu bapa dan guru2.. dan pada yang non muslim gud luck k... petang ni ustaz nak balik kampung. berbuka puasa kat sana...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...