Jumaat, 12 September 2008

KURSUS DI HOTEL GOLDCOURSE KLANG


Pada 8 september 2008 satu kursus huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab tahun 2 kumpulan 2 2008 telah berlangsung di Hotel Goldcourse Klang. Seramai 129 orang guru jqaf dari seluruh Selangor telah menjayakan kursus tersebut. Penulis dan ustaz Khairi dari Sk Ulu Yam Lama bertolak dari KKB naik kereta rakan serumah penulis, ustaz Zaki dari Sk. Ampang Pecah. Just Bayar duit minyak dan tol je. dia tolong hantarkan. syukran kasiran ...

Tepat jam 5 petang penulis,dan ustaz khairi check in dan dapat bilik 1512. selesai je solat asar kami terus pi bilik seminar..taklimat dah berjalan pukul 4 tapi kami lambat. ha3.. Apa yang paling seronok kat sini penulis berpeluang jumpa rakan2 sekuliah di IPIS Bangi dulu. Jumpa Mazuan dari Sepang, Faizal dari Sabak Bernam dan rakan2 dari hulu Selangor yang lain.

Perkara kedua paling seronok kat situ adalah waktu berbuka puasanya. Standardlah.kata makan kat hotel ye tak tau nak pilih yang mana satu. Penuh Ballroom dengan makanan keliling ruang makan. Hotel buat secara Buffet tapi penulis dan rakan2 lain buat stail ala-carte.Penuh satu meja kami.Kambing ambik, puding ambik, ABC ambik dll lagi.kih3..Waktu malam pulak, tiada sebarang program, just buat solat Maghrib dan Isyak berjemaah lalu disambung dengan solat sunat Tarawikh dan witir. Semua ustaz2 takkan tak tau nak pilih sapa jadi imam dan bilal ye tak!

Setelah menjalani jadual yang sama selama 2 hari, maka pada hari rabu berakhirlah kursus tersebut yang disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Selangor.. Tuan Haji Arifin. Pkl 1.30 ustaz Zaki jemput kami. Pukul 3 selamatlah kami sampai ke KKB. Sebagai tanda berterima kasih penulis open table berbuka malam rabu ni kat Dataran KKB.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...