Isnin, 15 September 2008

UPSR SELESAI DAN BERSHOPING DI SOGO KL


Hm... lepas je penulis abis kursus bahasa Arab di klang bebudak UPSR SKTAR dah pun masuk hari ke 3 menduduki peperiksaan, ia juga adalah hari terakhir UPSR dijalankan. Nak dijadikan cerita pulak..kawan serumah penulis, Ustaz Zaki from Sk. Ampang Pecah yang jaga dewan (pengawas Peperiksaan) di sekolah penulis. Dari apa yang penulis dengar dari dia, ada 3-4 murid yang berpotensi full A dalam mostly paper.

Hari khamis tu adalah paper Sains dan Bahasa Inggeris.. paper killer jugak ni.biasakla bila hari peperiksaan UPSR semua murid tahun 1-5 bercuti rehat. Kami semua guru-guru sepakat menyediakan 2 jenis kuih untuk diberi sumbangan pada murid2 Islam menjelang hari raya nanti. Kami buat kuih popia gula kastor dan biskut halia.penulis ditugaskan untuk menggelek adunan beberapa kali jadi lempeng bagi memudahkan potongan dan dimasak. Penat sungguh. Banyak kederat diguna nak menggelek tu.. satu besen baiii....

Sampai je kat rumah terus pengsan. letih punya pasal la ni. Segala juadah nak berbuka hari tu aku serahkan pada us. Zaki.. malam tu pun penulis buat tarawikh kat rumah je. lepas minum 100 plus barulah badan terasa ok sikit. Malam ni penulis menyental baju dan basuh..sebab esok petang lepas solat jumaat apenulis nak gerak ke kajang.

Balik je solat jumaat penulis mintak cikgu Yusmawi tolong hantarkan ke stesen komuter kuala kubu bharu. Pukul 2.50 penulis tunggu tapi komuter sampai pukul 3 lebih. Sampai je kat stesen kepong train rosak lepas tu kena tukar train. Alhamdulillah penulis dapat duduk sepanjang perjalanan dari KKB ke Kajang. Orang macam sardin sampai ada yang marah2 terutama kat stesen Kl sentral dan bank negara. Pukul 5 penulis naik teksi dari stesen kajang ke rumah kuarters JKR sungai jeluk. RM5. Mazlan dan khairi tanya kenapa lambat sampai?! tak larat nak jawab.

Sampai je kat sogo... mak oii... orang dah mcam pelarian perang nak dapatkan kupon makanan.he3... seramai2 manusia. macamnelah dah nak dekat raya nanti..mau jem orang kat jalan TAR nun. Masa penulis nak bayar pun kena queue Q dekat 10 minit jugak lah. penulis beli 3 kemeja T lengan pendek melaram dengan harga RM185.00. Lan pulak beli 3 helai baju kemeja kerja dekat RM 200 jugak aa.. pukul 4 selamat la kami sampai ke kajang. naik motor dari stesen sungai Besi terus ke Kajang. Balik2 je tak larat dah nak bukak mulut.. tekak macam dah terbakar.. inilah dugaan Ramadan yang yang betul2 asli. ho3 (macam iklan Mee Udang Pulau Pinang).


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...