Rabu, 25 Mac 2009

BACK TO SCHOOL AFTER MID SEM HOLIDAY



Salam semua..

Sedar tak sedar dah 3 hari pun cuti sekolah tamat, dan beerti dah 3 hari jugaklah warga pendidik meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa di sekolah masing-masing..apa yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca sepanjang cuti persekolahan selama semingu tersebut..sebenarnya tak ada apa pun yg seronok nak diceritakan buat pembaca tapi tengoklah kalau sudi: he3

13/3/09 (Jumaat) : Tepat jam 4.30 petang penulis dah pun bertolak dari KKB ke sungai Besar. Lepas je tengok sinetron Hidayah Taubat"Wanita Pembakar rumah". Memang dahsyat cerita ni. Banyak Pengajaran. Alhamdulillah perjalanan selama 1 jam 45 minit tu berjalan lancar, cuaca pun redup2 je. Sampai di Sungai Besar jam 6 petang.terus solat asar

14/3/09 (Sabtu) : Seronoknya cuti panjang ni. Lepas je solat subuh penulis berjumpa rakan-rakan di kampung. Bertukar cerita dan berita.

15/3/09 (Ahad) : Membawa ibu, kakak dan anak saudara pusing2 pekan Sungai Besar. Bukan apa pun saja carik barang keperluan. Kedai banyak tutup sebab hari minggu. Cuaca pun mendung semacam je. Malam tu memang hujan selebat2 nya,.

16/3/09 (Isnin) : Penulis bersembang dengan para pekerja Indonesia yg tengah renovate rumah orang tua penuulis di kampung. Banyak pengalaman dan khabar yang di bawa oleh mereka. Pesan dari Jakarta dan seantero Jawa. Sedih dan rasa bersyukur selepas dengar keperitan mereka di bumi sendiri.

17/3/09 (Selasa) : Penulis round2 pekan Sungai Besar untuk basuh kereta. Pusing punya pusing berjumpalah satu kedai car wash melayu kat situ..Memang puas hati cara cucian diorang. Balik tu Hujan selebat-lebatnya jam 3 petang santak ke malam..sejuk je

18/3/09 (Rabu) : Kak Ngah sekeluarga sampai dari puchong. Dia pun pendidik jugak. Anak saudara penulis bernama Isma Hafizul Hazim berusia 1 tahun 6 bulan semakin lincah dan keletah.

19/3/09 (Khamis) : Hari ni sehari suntuk hujan membasahi bumi Sungai Besar.Tak Lebat just renyai2. Penulis banyak duduk di rumah layan PS2 bersama adik bongsu di rumah. Oh ya..ucapan tahniah dari uda untuk adik zulfakar yang mendapat 5A 6B dalam SPM baru2 ni.

20/3/09 (Jumaat) : Penulis berjumpa sepupu penulis, Husin yang menjadi tokan @Supervisor besar di kedai Peladang Sungai Besar. Pekan hari ni sungguh sibuk sempena ulang tahun kerajaan baru buat ekspo kat situ.Tapi penulis tak pi pun.

21/3/09 (Sabtu) : Penulis melawat ladang ternakan dan tanaman rakan di Parit Serong Tanjung karang. Abang zairi dan wak Mahbot begitu ramah melayan penulis. Sempat diberikan anak pokok Mas Cotek dan Blueberry untuk penulis tanam di kampung dan KKB.

22/3/09 (Ahad) : Along sekeluarga dari Kajang selamat sampai di kampung jam 10.00 pagi dan bertolak balik jam 5 petang. Penulis gerak balik ke KKB jam 4 petang dan basuh kereta di Pekan KKB.

Begitulah aktiviti penulis sepanjang minggu cuti tersebut. Ni dah bukak persekolahan macam2 massalah kerja difikirkan balik. Dengan KBS, Kursus LADAP dan lain-lain lagi.. hmm..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apasal tak helo aku..bleh minum sekali.bila lagi nak belanja minum kat pantai BNO - din

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...