Khamis, 5 Mac 2009

GOTONG ROYONG UNDER j-QAF


salam..

hari rabu semalam di waktu kokurikulum, penulis dan sebilangan murid asrama lelaki bersama-sama mengadakan gotong royong perdanan peringkat j-QAF SKTAR kali pertama dengan mengecat tembok2, pasu bunga, taman sains dan tangga. Alhamdulillah program yang turut serta GPI itu melicinkan lagi gotong royong tersebut. Seramai 7 murid asrama, 2 murid kampung turut bermandikan cat pada hari itu.

Penulis telah membahagikan tugas mengecat kepada beberapa kumpulan kecil murid, hanya 3 warna digunakan iaitu Coklat, Kuning dan Krim minyak. Penulis sendiri turut bekerjasama dengan murid2 dengan menyental daki2 @ lumut di batuan menggunkana scraper. manakala murid mengecat dengan berhati-hati.

Oh ya..gotong royong ni diadakan sempena lawatan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, YB Dr. Haji Zahri bin Aziz dan lawatan kementerian Pelajaran sendiri ke sekolah kami bermula 3 Mac-13 Mac 2009. Justeru itu atas rasa kesedaran yang tinggi, kesemua warga SKTAR turut berganding bahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Guru Besar pada bahagian masing-masing.


Gotong royong j-QAF tersebut tamat jam 5 petang dan sebagai sumbangan mereka, penulis bagi air kotak sorang satu. Hmm..jumaat ni penulis kena jadi hakim untuk acara Lempar Cakera di proton City tanjung Malim.. ikuti catatan penulis di hari lain.. syukran

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...