Salam menginjak masa dan hari..
Sedar tak sedar kita semua hampir meninggalkan bulan Mac tahun ini dengan seribu satu kenangan, Tidak kira sama ada ianya manis ataupun pahit untuk dikenang. Benarlah apa yang dikatakan..masa itu takkan menunggu kita, potonglah masa sebelum ianya memotong waktu kamu. Rasa macam baru je awal bulan Mac lepas..mungkinkah penulis sahaja yang rasa masa berputar begitu cepat atau dunia semakin cepat beredar. DUNIA AKHIR ZAMAN. begitulah!
Bulan April bakal menginjak usianya, Pelbagai planning dalam P&P penulis dah rencanakan awal. Kem Bestari Solat Siri Pertama 2009 belum pun bermula, pemantauan Nazir Pendidikan Islam bakal datang, Failing PAFA belum diisi, Geran PCG B.Arab belum dituntut, Oh ya..bulan april juga meminta penulis menyiapkan kertas kerja untuk kursus dalaman sekolah. motivasi terbaik buat penulis masa ini ialah : Less Talk, More do Works.
Masa tengok TV semalam waktu berita, ada seorang perwakilan dari sebuah parti politik memberi idea..nak satukan program j-QAF dan KAFA, alasannya membebankan murid dan waktu berkualiti murid kurang..tapi secara peribadinya penulis kurang bersetuju dengan saranan perwakilan tersebut. Satu kajian terpeinci perlu diteliti dan diambil kira.
Buat kesemua para pendidik khususnya tenaga pengajar program j-QAF, bersamalah kita meningkatkan mutu P&P kita sejajar dengan hasrat melahirkan Modal Insan yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.. (he3). Oklah ikuti tulisan penulis dalam bulan berikutnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan