Sabtu, 5 November 2011

HARI KANAK-KANAK 2011

Salam..

Pada 2 November 2011 yang lalu, SKTAR dibawah unit Kokurikulum telah menjalankan aktiviti hari kanak2 peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh tuan guru besar kita, encik Zulhisham bin Nasir. Majlis tersebut disambut sangat meriah oleh murid2 SKTAR dan kehadiran pada hari tersebut sangat membanggakan. Tahniah Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu. !!!


PK HEM sedang mengagihkan kek pada murid2 selepas rehat.

Gabungan guru ,staf dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan 10. Penulis pun ada jugak.he3

Sukaneka tahap 2. baling belon berisi air

sukaneka tahp 1. tiup belon sampai pecah.

Saya berazam nak menang.

SKTAR ? CEMERLANG CEMERLANG CEMERLANG.


Sabtu, 29 Oktober 2011

MAHROJAN j-QAF dan literasi

Assalamualaikum semua..

Gambar kenangan bersama fasi dan murid2 dari pelbagai sekolah.Dari kiri Ustaz Haris,Ustaz Hishamudin dari SK KKB 1, Ustaz Fadhli dari SK Lembah Beringin dan Penulis.

Pada 12 Oktober 2011 ( Rabu) yang lalu, PPD unit Pendidikan Islam telah mengadakan pertandingan Mahrojan dan Kem Literasi al-Quran bertempat di SK Kerling. Penulis tak dapat nak hantar peserta ke kem literasi tersebut kerana murid tahap 1 masih lagi dalam minggu peperiksaan. So penulis jadi Fasilitator jelah. Berjumpalah balik penulis akan ramai kenalan2 j-QAF daerah Hulu Selangor yang lain..paling lama tak jumpa adalah Ustaz Hassan dari SK Bandar Sungai Buaya. Last jumpa dia sekitar tahun 2008 lepas balik dari kursus di PD sampai sesat masuk one way kat Selayang lepas balik PD dan kursus bersama TKRS di Lembah Beringin pada tahun tersebut.

Pendaftaran peserta di ASTAKA Sekolah Kebangsaan Kerling

Selesai literasi pada jam 11.00 pagi maka pertandingan Kalam Jama'e mempertandingkan 3 buah sekolah untuk mewakili Hulu Selangor dalam peringkat Negeri yang berlangsung di UNISEL pada November ini. Penulis dilantik menjadi hakim bagi Isi dengan ustaz Rohaizad dari SK KKB. Selain penulis ada 4 hakim lagi .sorang lagi hakim lelaki adalah Ustaz Haris dari SK Serendah jadi hakim persembahan.

Johan dari SK A.Pecah. Waiceh..patut boleh johan..ustaz Zaki selaku jurufoto pun ada atas pentas. he3

3 sekolah yang bertanding adalah SK Ulu Bernam, SK Ampang Pecah dan SK KKB2. Johan disandang oleh peserta2 dari SK Ampang Pecah yang dibimbing oleh Ustaz Zaki, Ustazah Roudhoh. Alhamdulillah kejohanan Mahrojan dan literasi peringkat daerah Hulu Selangor 2011 tersebut selesai dengan jayanya pada jam 1.00 tengahari. Orang penting yang menjadi tulang belakang pertandingan tersebut adalah GB SK Kerling, Ustaz Hazri dari SK Kerling, Syeikhul Bakhtiar bin Matal dari SJKT Sungai Choh, Ustaz Hisham dari SJKC Batu dan Ustaz Shamsudin dari PPD.


Ustaz Zaki (jurufoto), Ustaz Hisham dan Syeikhul Bakhtiar bin Matal. Ex Sifu penulis.he3

Ustaz Hazri (Baju Melayu ) As Tuan Rumah

Teringat kata2 Ustaz Haris yang begitu bersemangat nak hantar peserta untuk Kalam Jama'e lepas beliau dah timba ilmu masa kursus KSSR B.Arab di SK Kalumpang bulan lepas.he3. Oklah..sekarang minggu sibuk buat penulis. Data 6 bulan j-QAF Oktober harus diserah pada 2 November ini.

Berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah.

Ahad, 23 Oktober 2011

LADAP : PERANCANGAN STRATEGIK

Pada 22 September 2011 lalu berlangsungnya Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PPD yang berlangsung di Makmal Komputer SKTAR. Peneramah undangan adalah tuan Haji Zolkafli dari JPN Selangor. Turut serta Guru Besar yang menyampaikan sedikit cenderahati pada tuan penceramah kita.

Penceramah undangan
Antara guru yang terlibat
Masa untuk cop kad biru.
Jamuan ala kadar ( bungkus je) ..hehe


Sekian dari SU LADAP 2011.

Selasa, 11 Oktober 2011

Majlis Asrama

Salam semua..

Kat sini penulis akan paste balik beberapa gambar bagi program yang telah berlangsung pada bulan2 yang lalu. Baru sekarang ada kesempatan nak upload gambar untuk tatapan kita bersama.

Berikut adalah gambar semasa program ketika bulan Ramadhan yang lalu. bermula dari sekolah hingga aktiviti di asrama SKTAR.



I(ftar Jama'e. Menu istimewa untuk murid Islam Asrama

Solat Maghrib berjemaah di Surau aSRAMA

Packing kuih raya made in sungai Besar

Masak bubur lambuk untuk sedekah pada murid
Sekian.

Jumaat, 16 September 2011

Kursus KSSR B.Arab 2012

Salam.

Bertempat di SK Kalumpang pada 5-9 /9/2011 berlangsungnya satu kursus KSSR Bahasa Arab yang berlangsung dengan jayanya. Setiap sekolah program j-QAF dikehendaki menghantar seorang guru P.Islam bertempat di PKG Kalumpang, B.Arab di SK Kalumpang dan P.Moral di PKG Sg.Choh.

Kursus ni berjalan betul2 lepas buka sekolah lepas cuti raya aidilfitri.So kursus pun masih moody raya kebanyakan para asatiz wal asatizah .ha3. Raya ,raya jugak..perancangan untuk B.Arab tahun KSSR pada tahun depan dah mesti mula dirancang. Berikut adalah sorotan beberapa foto yang sempat diambil.

Pembentangan bengkel kumpulan 1. Penulis jadi jurutaip je.

Kalam Jamaie..

Ustaz Helmi selaku penghulu dan ketua kalam jamaie para ustaz.

Ustaz Fuad selaku tuan rumah.. juga JU Daerah Bahasa Arab.

Jemputan Khas JU Negeri.. Ustaz Ikmal dari Sabak Bernam.

Kursus tersebut berjalan lancar . Minggu depan ( 13-15/9/11) murid tahun 6 akan ambil UPSR. so good luck calon upsr SKTAR 2011.

Sabtu, 3 September 2011

Sepasang kurung biru 1432 hijrah

Salam buat para pembaca bilikjqaf.

Alhamdulillah harini dah pun masuk hari ke 5 umat Islam menyambut syawal 1432 hijrah. Aidilfitri kali ini penulis sambut dengan biasa sahaja. Penuh kesederhanaan. Aidilfitri tahun lalu paling indah untuk dikenang. Namun selagi mana yang bernama manusia dan hidup untuk mencari redha Allah..maka hidup perlu diteruskan dengan kesyukuran dan jangan sama sekali sesali apa yang berlaku dan berlalu. sesungguhnya Allah sentiasa Maha Mendengar.






Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Solat Hajat, Yasin dan tazkirah ramadhan 2011.

Assalamualaikum w.b.t..

Ape khabar semua, Sudah pun umat Islam melangkah ke fasa kedua Ramadhan..di mana keampunan dari Nya terbuka luas bagi hamba yang beriman lantas mahu mencarinya. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan dari Yang Maha Mengetahui..amin. Pada tarikh 11 dan 12 Ogos 2011 yang lalu, pihak panitia telah mengadakan program Ihyak Ramadhan..ini adalah antara sedikit rangkuman dalam program bulan Panitia sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jom soroti beberapa foto yang sempat bilik j-qaf ambil untuk diabadikan dalam takwim di SKTAR ini.

Tazkirah ramadhan :



Beberapa murid tahun 6 ( Rafie,kiri,sebelahnya salom,azmi dan hakim) mereka bukan murid Islam tapi ingin mencuba berpuasa seperti rakan2 Islam yang lain.. gambar murid Islam : Kamarul paling kanan dan Anas,pengawas.

Beberapa murid perempuan Islam dan sebilangan besar murid tahun 6 bukan Islam sedang diberi kata2 semangat oleh KP P.Islam.

Secara keseluruhannya, ramai murid bukan Islam terutama dari tahap 2 ( tahun 5 dan 6) yang mula berlatih puasa. Kebanyakan mereka tinggal di asrama. Mereka secara sukarela berpuasa dan ingin merasai kemeriahan ramadhan ini. Semoga sikap mereka yang baik ini sentiasa diteladani murid beragama Islam agar berpuasa penuh selama sebulan ini..InsyaAllah.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin 2011


SKTAR pada 2 Ogos 2011 lalu bersetuju untuk mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena bulan Ramadhan ini. Program ini juga bersempena mendoakan murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September ini. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan mudah.


Bertempat di bilik PSS SKTAR, sebahagian besar warga SKTAR terutama guru dan staf turut terlibat dalam majlis tersebut. Ini ditambah lagi dengan kehadiran semua murid islam dari tahun 1-6. Jom lihat beberapa gambar sempena program tersebut...


Adik Norashikin tahun 1 dan adik Syafikah tahun 2 sedang mengambil wudhu'

Sudah bersedia untuk menunaikan solat hajat dan solat dhuha yang dipimpin oleh Ustaz Roslan bin Maydin.

Seusai majlis bacaan Yasin. Majlis dipimpin oleh ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

Air suling yang bakal diberikan pada murid2 islam tahun 1-6 dan warga SKTAR.

Begitulah antara program yang telah berlangsung sepanjang minggu lepas.Berjumpa lagi .InsyaAllah..

Selamat maju jaya buat semua warga SKTAR dan pembaca budiman sekalian.

Ahad, 7 Ogos 2011

Bulan Panitia P.I & AJK PIBG 1/2011

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan.. Ramadhan ya Karim 1432 Hijrah. Sedar tak sedar dah seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Berazamlah kitaa gar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah kita lalui sepanjang hidup kita. Mudah-mudahan Allah membuka pintu rahmatNya,keampunanNya dan pembebasan dari api nerakaNya. Amin.


Oklah..Kat sini penulis nak bercerita pulak tentang 2 even yang berlaku pada minggu lepas ( 1-5 Ogos 2011) di SKTAR. Pertamanya berkaitan Bulan Panitia Pendidikan Islam yang jatuh pada 1-30 Ogos 2011 ini bersamaan sebulan penuh berpuasa.InsyaAllah. Dan yang keduanya adalah bersangkutan dengan Mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2011 bagi mencapai kata sepakat memangku jawatan YDP PIBG yang baru.






Al-Fatihah untuk Encik Rafi bin Bata, YDP PIBg SKTAR 2010/2011


Bulan Panitia Pendiidkan Islam:


Pada 1 Ogos 2011 bersamaan hari Isnin bertempat di Dataran SKTAR sewaktu perhimpunan pagi, Panitia Pendidikan Islam dan unit j-QAF telah melancarkan bulan Panitia. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar encik Zulhisham bin Nasir. Seterusnya pada pukul 1.35 petang satu Mesyuarat Panitia diadakan di Makmal Komputer SKTAR. Antara agenda yang dibincangkan ialan :

  • Majlis bacaan Yasin dan solat hajat setiap jumaat pagi
  • Malis berbuka puasa bersama murid asrama dan PIBG
  • Bubur lambuk dan sumbangan aidilfitri 1432 Hijrah
Jom lihat beberapa gambar yang sempat penulis upload :


Orang kuat Panitia Pendidikan Islam , Ustazah Asfarena (Ketua Panitia) dan Ustaz Roslan ( Setiausaha panitia) mengendalikan mesyuarat tersebut.

Guru besar berkemeja putih dan antara guru lain.

Agenda yang dibincangkan

Barisan guru yang hadir bersama.

Syukran jazilan Kasiron alaikum kerana sudi menghadirkan diri bagi mendengar beberapa perkara penting yang bakal dan telah berlangsung sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Diharapkan agar bulan Panitia Pendidikan Islam ini sedikit sebanyak memberi kesan mendalam pada jiwa anak2 murid beragama Islam yang bersekolah di sini. Bilik j-QAF juga mengharapkan agar perancangan yang diminitkan berhasil hendaknya.Amin Ya Rabbal Alamin.

Mesyuarat tamat jam 2.00 petang dengan diakhiri Tasbih kafarah dan surah al-asr.


Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2011


Seterusnya pada hari Rabu yang lalu bersamaan 3 ogos 2011 ( Rabu) berlangsungnya satu mesyuarat AJK PIBG Kali 1/2011 yang bertempat di Makmal Komputer SKTAR. Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa AJK danNaib YDP PIBG bagi membincangkan beberapa agenda utama. Mesyuarat bermula jam 2.40 petang hingga 4.10 petang.


Mesyuarat ini diadakan kerana YDP PIBG SKTAR Encik Rafi bin Abdullah@Bata telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Julai 2011 yang lalu kerana masalah kesihatan yang beliau alami.Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Segala Jasa beliau pada sekolah ini sangat besar maknaya. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat warga sktar dan murid2 di sini.


Al-Fatihah untuk YDP PIBG lalu : Encik Rafi bin Abdullah.

Barisan AJK guru dan AJK ibu bapa yang hadir.

Senarai AJK yang telah dilantik pada mesyuarat PIBG yang lalu pada Januari 2011.

Tahniah atas kehadiran anda.

Pemangku YDP PIBG Sk Tun Abdul Razak yang baru : Encik Aziz bin Angong.

Majlis sekali lagi dikendalikan oleh Setiausaha PIBG yang baru 2011 Ustazah Asfarena


Antara agenda yang dibincangkan ialah memilih Pemangku YDP yang baru, program kemasyarakatan SKTAR, Pep Talk setiap bulan, ziarah murid yang lama tidak hadir ke sekolah, yuran murid, dan lain-lain lagi. Antara AJK guru yang hadir ialah GB, barisan GPK, Ustazah Asfarena Ghazali, Pn Hamidah Hambli, Cik Nurhayati Hashim, penulis, Encik Aziz Angong, Puan Kamariah dan Puan Saadah serta encik Muhammad Fahmi.

Bertemu lagi di lain masa.InsyaAllah. Selamat berpuasa diucapkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...