Assalamualaikum buat kesemua pembaca blog yang saya hormati dan kasihi..
tik..tok..tik.. sedar tak sedar dah pun pukul 12.36 pagi pun. Penulis sekarang ada kat rumah di kampung setelah mengharungi perjalanan menaiki Myvi Se, penulis meredah lebuhraya PLUS dari KKB menuju ke Putrajaya dan seterusnya balik ke Sungai Besar. Perjalanan bermula tepat jam 4 petang dari kkb, penulis selamat sampai di putrajaya jam 5.15 petang, berenti sekejap di petronas presint 9 untuk mengisi minyak, topap Touch N Go serta solat asar. lepas je ambil kenalan penulis dan 2 rakanya terus kami bergerak menyusuri pula lebuhraya LDP menghala ke Sungai Besar. Alhamdulillah kami selamat sampai di Sungai Besar pada jam 9 malam.
Sekarang jom kita baca pulak apa yang penulis lakukan pada hari Jumaat lepas bersamaan 6 Mac 2009, Penulis dan seorang lagi guru dari SKTAR iaitu Puan Salmiah binti Baharin telah dimaklumkan oleh GPK Koku tentang surat dari PPD minta kami menjadi pegawai kejohanan olahrahga Peringkat Daerah yang diadakan di Proton City Tanjung Malim Perak bermula 6 Mac sehingga 13 Mac 2009. Penyertaan tersebut dibuka pada semua murid dan pelajar dari sekolah2 daerah Hulu Selangor.
Nak dipendekkan cerita penulis diamanahkan untuk menjadi pegawai Lempar Cakera manakala Pn.Salmiah sebagai pegawai acara Lompat Tinggi. Pada 6 Mac tersebut penulis telah mula menggerakkan jentera Perodua comelku ke Proton City tepat jam 7.45 pagi dan sampai pada jam 8.20 pagi. Macam seperti dijangkakan memang la meriah sesangat. Penulis dapat dipertemukan sekali lagi dengan ramai guru2 yang penulis kenal dari serata sekolah di seluruh Hulu Selangor ni. Apa lagi banyak la point nak disembangkan tu..he3
Acara Melempar Cakera bermula pada jam 9.45 pagi. Di mana penulis bertugas sebagai juru ukur di mana Lempar Cakera dijatuhkan, Cikgu Azizi dari SAMT KKB sebagai juru ukur bulatan dan ketua pegawai diberi pada Cikgu Zulfakar dari SMK KKB. Ohya..hari tu acara lompat tinggi takde so puan Salmiah turut sudi menyumbang keringat membantu sebagai pencatat markah.
Nak maklumkan pada pembaca yang acara lempar cakera ni hanya untuk peserta sekolah menengah sahaja, saiz badan diorang?!sendri mau ingat la.kah3..oleh kerana dah terbiasa menjadi guru sekolah rendah, masa taklimat bermula boleh plak penulis memangil mereka sebagai murid..APAKEHENYE YOB! Peserta lelaki seramai 15 orang dan peserta perempuan seramai 18 orang dimana pegawai hanya memilih 8 peserta terbaik sahaja bagi setiap kategori jantina..
Fuh..Penat tu tak payah cakaplah, dengan berjemur nya setengah hari di padang boleh pengsan agaknya, mujurlah acara tersebut turut dibantu oleh beberapa pelajar dari Sekolah Menengah yang ditugaskan sebagai marshall kejohanan. Bagi peserta lelaki cakera yang ditetapkan seberat 1.5 kg manakala perempuan 1.0 kg. Rekod terpecah pada hari itu sejauh 31 Meter dan 27 Meter. Penulis sempat bertanya pada seorang peserta perempuan dari SMK Syed Mashor Batang Kali yang memegang rekod Lempar Cakera pada tahun 2008 yang lalu di mana dia hanya dapat tempat ke2 setelah 1 lemparannya tersasar dari garisan ditetapkan..
Katanya: "Saya buat latihan sendiri cikgu, sampai sakit2 jugaklah jari saya ni.Masa Training saya buat lemparan pakai cakera 2.0 kg tu yang boleh jauh sikit balingan, bila kejohanan betul cuma pakai 1.0 kg" Acara keseluruhan untuk acara tersebut tamat jam 12.00 tengahari.. so kami terus je jumpa cikgu Hamzah GB SK KKB 1 selaku Ketua Pegawai yang diberi amanah oleh PPD untuk menyerahkan elaun kepegawaian sebanyak rm8.00.. Sempat penulis berseloroh pada puan Sarina dari PPD..tahun depan naikkan lah lagi.he3. Penulis sampai di rumah sewa di taman Ampang Pecah pada jam 1.05 selepas lunch di restoran Mai selalu KKB. Solat Jumaat Di Masjid Rahimah KKB jam 1.30 petang, sempat la nak mandi n tukar baju,,dah bau asyemm..hehehehe
1 ulasan:
salam ukhwah..dari warga SMK KKB
Catat Ulasan