Sabtu, 26 Februari 2011

Kem Bestari Solat Siri 1 2011

Salam semua..

Pada 19 Februari 2011 yang lalu bertempat di Surau Asrama SKTAR telah diadakan Program KBS siri 1 bagi tahun ni. Kedatangan murid seramai 23 orang pada hari sabtu tersebut turut dibantu oleh Ustaz Roslan,Ustazah Asfarina, Encik Fahmi Teknisyen dan penulis sendiri.

Alhmdulillah, program berjalan lancar seperti yang dirancang. Mudah-mudahan ilmu yang murid2 perolehi dalam Kem Bestari Solat ini mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.


Surau Asrama SKTAR

Emran mengusik pipi Reman..huhu

Antara murid Islam yang sempat dipose gambar mereka

Dipecahkan kepada 3 kumpulan

Bab bergaya depan kamera, murid SKTAR memang tak pernah kalah.ha3

Senaman regangan sebelum murid pergi ke Surau. dipimpin oleh Ustazah Asfarina

Pembentangan kumpulan, set induksi. kumpulan Zohor diketuai oleh Pak Imam muda,firdaus

Penerangan anggota wuduk dan perlakuan wuduk

Semua khusyuk melihat ke hadapan

Yang tua membantu yang muda

Ikut turn aa...

Makan timeee... Nasi Ayam

Ya Allah, Berkatilah rezeki kami dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu ...aminnn
Perbincangan kumpulan . LDK

Ustaz Roslan mengajar murid dalam LDK seterusnya,
kumpulan Subuh mengaplikasi perbuatan solat

Hasil kerja murid2 islam dalam KBS 1 2011. diabadikan di surau asrama sktar

Perlakuan solat dan bacaan secara berjemaah.dipimpin Pak Imam

Murid perempuan, berzikir sesudah aplikasi perlakuan solat

Majlis penutupan dijalankan di Makmal Komputer.

Majlis serahan cenderahati untuk para peserta.Adik Adam Khuzairi dari tahun satu turut datang.

Majlis penutupan dilakukan oleh Puan Rokiah binti Hassan guru GPK Kanan SKTAR. Terima kasih banyak2 di atas kerjasama yang dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat dalam program KBS siri 1 2011 kali ii. Semoga Allah membalas jasa kalian. Amin Ya Rabbal Alamiin.

Jumaat, 28 Januari 2011

Ahlan Wasahlan

Salam semua..


Bilik jqaf SKTAR kembali mencoret di blog picisan sekadar hobi ini. Terima kasih kerana sudi menjengah melihat blog yang tiada apa pun menarik untuk dititip bersama buat para pembaca semua. Dah hampir sebulan persekolah berlangsung. Macamane perjalanan guru-guru lain pula? kami di bilikj qaf menerima seorang lagi guru GPI yang baru bagi menggantikan ustazah Noor Hafiza binti Abd Raub yang bertukar subjek diajar dari pendidikan Islam kepada subjek Moral bermula tahun ini.


Untuk itu bilikjqaf.blogspot.com berbesar hati mengalu-alukan Puan Asfarena binti Ghazali sebagai ustazah baru di sekolah ini. Ustazah Asfarena akan memegang jawatan selaku KP menggantikan ustaz Roslan yang memegang jawatan guru Data dan S/U Panitia pendidikan Islam di sekolah ini. Rombakan Panitia pendidikan Islam kali ini di harap mampu membantu pembelajaran murid ke arah lebih gemilang sambil menekankan akidah murid-murid itu sendiri.



mesyuarat pertama pada 21hb lalu memberi tumpuan pada waktu tasmik yang akan diajar pada awal pagi sebelum perhimpunan bermula jam 7.30-7.40 setiap hari isnin-Jumaat mengikut tahun masing-masing. Berjumpa lagi di lain masa.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011 & Gotong royong SKTAR

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bilikjqaf melaporkan untuk edisi akhir 2010..hehe. Harini adalah hari terakhir 2010..31 Disember. Dan bermakna dah masuk tahun keempatlah penulis berkhidmat di sekolah yang cemerlang dengan aktiviti kokurikulum dan pencapaian akademiknya di kalangan sekolah murid Orang Asli.


Pada 28 dan 29hb Disember baru ni, satu mesyuarat pertama SKTAR telah diadakan melibatkan kesemua guru. SKTAR mengalu-aklukan pada 4 orang guru baru yang ditugaskan di sekolah ni meskipun mereka bukanlah guru baru posting. Ucapan Ahlan wasahlan diucapkan pada Pn.Asparena, Pn Jauhariyyah, Cik Zety dan pn Saedah. Manakala SKTAR berat rasenya hati untuk melepaskan cikgu Salmiah Baharin yang bakal berpindah ke Tuaran Sabah mengikut suaminya pada pertengahan Januari ini. Apepun, jasa anda di sini tetap kami kenang.



Pada 30hb Disember pula, telah diadakan satu majlis gotong royong perdana melibatkan para guru dan staf SKTAR. Antara agenda tersebut adalah mengemas bilik BBM untuk menempatkan 3 PK Kanan, mengemas bilik KH, update stock buku di bilik SPBT, rombakan meja-meja di bilik guru dan rutin biase. SKTAR telah menerima seorang Guru Besar baru, iaitu Encik Zulhisyam bin Nasir menggantikan Puan Azizah binti Hassan yang bertukar sekolah selepas beliau berjaya memperoleh ijazah Pendidikannya. Selamat datang cikgu Zul, dan selamat maju jaya cikgu Azizah. :)


Warga SKTAR dihidangkan dengan jamuan nasi beriani Gam spesel yang dibeli oleh cikgu Jashiah. Nyamp2, dahlah cuaca sejuk sebab seharian cuaca hujan hingga ke pagi. malam tadi pulak satu Malaysia meraikan kejayaan pasukan bola sepak malaysia yang berjaya menggalahkan pasukan Indonesia pada Final Cup AFF Suzuki 2010 dengan agreget 4-2. Dapatlah Malaysia cuti umum pada hari ini 31 Disember 2010.

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!!!


Oklah, ade mase,insyaAllah penulis akan mencoret sesuatu yang baru pula..tunggu.

Kepada anak didik ustaz, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. ... :)

Jumaat, 26 November 2010

Selamat Bercuti warga SKTAR

Salam semua..

Bulan November telah muncul tiba,menandakan tibanya bulan akhir bagi tiap-tiap sekolah sebelum bercuti panjang selama hampir 4 minggu. macam-macam kisah manis dan sendu berlaku pada bulan 2010 ni. Begitu juga SKTAR..yang mane patah hilang tumbuh berganti


Sekitar hari anugerah Cemerlang SKTAR 2010. Alhamdulilllah, warga SKTARtelah mendapat perkhabaran menggembirakan apabila UPSR diumumkan pada 11 November lalu. Seramai 5 murid telah lulus dengan jayanya.

Hari Anugerah Cemerlang

YDP PIBG Encik Rapi bin Bata merasmikan majlis tersebut.

MC julung2 kali. Pn hamidah dan penulis
Mendendangkan lagu gadis dan bunga
Pasukan kuaya SKTAR terdiri dari murid tahun 5 dan 6

Adik Nor Zaria binti rapi,merangkap anak YDPPIBG SKTAR mendapat anugerah murid terbaik akademik 2010 apabila mendapat 3A 1B dan 1C

Selamat bercuti panjang buat warga SKTAR.

Bertemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. :)

Ahad, 31 Oktober 2010

Kursus KSSR 2011 Tiara Beach Resort

Salam semua.



Pada 27-29 Oktober 2010 yang lalu bertempat di Tiara Beach Resort Port Dickson, telah berlangsungnye 1 kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR. Kursus ini memberi sedikit pendedahan buat para guru j-QAF dan guru-guru Pendidikan Islam yang akan mengajar murid tahun 1 pada tahun 2011 nanti.


Ucapan alu-aluan oleh barisan JU.


Kursus ini banyak menyentuh mengenai penukaran HSP sedia ada kepada Modular pembelajaran. Banyak perbezaan yang bakal diterapkan di dalam P&P dan ada sedikit perubahan dalam pembinaan RPH yang akan mengenengahkan beberapa elemen tambahan, standard pembelajaran dan standard kandungan.



Pekeliling tersebut boleh dilihat melalui link di bawah ini :\

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1287978975.pdf


Antara para peserta kursus.


Seramai 100 orang peserta kursus berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanye, terdapat 3 buah daerah terlibat (Klang,Gombak dan Hulu Selangor) bagi sesi ke 2 dari 3 sesi yang telah dan bakal terlaksana di Tara beach Resort itu. Penulis dan 24 orang guru lagi dari Hulu Selangor merupakan salah satu kotinjen daerah yang bergerak secara bersama menaiki bas ke sana. Kami berkumpul di stadium KKB dan memulakan perjalanan pada pukul 12.30 tengahari dan selamat sampai di Resort pada pukul 4.00 petang.


Terima kasih juga diberikan buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program KSSR anjuran JPN dan PPD. Alhamdulillah perjalanan menaiki bas tersebut turut disertai oleh 7 orang ustaz-ustaz j-QAF Hulu Selangor iaitu Ustaz Fuad dari SK Kalumpang, Ustaz Khairi dari SK Ulu Yam Lama, Ustaz Fadhli dari SK Lembah Beringin, Ustaz Usman dari SK Gesir tengah, Ustaz Rohaizad dari SK KKB, Ustaz Faizal dari SK Batang kali dan penulis. Memang seronok bile kesemua ustaz ni dapat mandi di kolam renang terbesar di antara resort-resort seluruh Malaysia ni. hehehe


Ucapan oleh Ketua sektor P.Islam Negeri Selangor.

Khusyuk mendengar taklimat diberikan.


Majlis penutupan disempurnakan oleh Ustaz Wan selaku Penolong Pengarah j-QAF Negeri dan pada hari sebelum itu pada 28hb Oktober 2010 dimulai dengan ucapan oleh Ketua Sektor P.Islam JPN Tuan Haji Arifin. Bas hulu selangor memulakan perjalan pada jam 1.15 Tengahari dan selamat sampai di bumi Hulu Selangor pada jam 5.00 petang. Semoga kursus tersebut memberi banyak pendedahan berguna buat kita semua. InsyaAllah.

Bersama ustaz j-QAF Sk KKB Ustaz Rohaizad.

Khamis, 30 September 2010

potluck SKTAR Aidilfitri 2010

Satu hari di hari raya ( meskipun sudah berpuluh hari di pagi raya)



Salam Adilfitri. Meskipun harini adalah hari ke 21 Syawal namun SKTAR masih lagi meraikan bulan mulia ini dengan mengadakan satu malis Pot Luck yang sememangnye menjadi tradisi di sekolah ini setiap kali sebelum kedatangan Ramadhan dan semasa di bulan Syawal.


Hampir kesemua guru turut serta memeriahkan majlis makan-makan tersebut..Pelbagai hidangan di bawa untuk acara itu oleh para guru dan staf sekolah antaranye Spageti, Ketupat dan rendang, Cheese cake, karamel, kek, agar-agar dan puding beraneka jenis, kuih muih, kekacang, Orange jus, teh tarik dan macam-macam lagi.


Jamuan tersebut diadakan di bilik Temuan SKTAR pada waktu rehat. Terima kasih pada semua guru dan staf yang sudi membawa hidangan masing-masing dari rumah,tak lupa pada kak yah kantin SKTAR kerana menghidangkan nasi impit dan kari rendang yang begitu istimewa. Pada hari sebelum itu, kesemua warga SKTAR telah menghadiri rumah terbuka Puan Hajjah Zaharah di rumahnye di Padang Golf dan disusuli oleh rumah terbuka puan Nor Huda binti Tumi'an dan rumah PAR SKTAR encik Asmara di perumahan Kolam Air Panas kerling.




Kami di SKTAR ingin mengucapkan ampun dan maaf jika ada terasa hati atas perbuatan kami, tersalah kata, perbuatan, makan dan minum serta seangkatannya. Kami doakan ikatan antara kita semua sentiasa diredhoi oleh Allah SWT.amin.



Sekian.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ihyak Ramadhan 1431 - Bubur lambuk Made in SKTAR .

Assalamualikum w.b.t


Pada 26 Ogos 2010 ( Khamis) Panitia SKTAR dengan kerja sama seluruh warga SKTAR termasuk guru-guru dan staf telah bergotong royong memasak bubur lambuk. Program ini merupakan tradisi tetap SKTAR ketika bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Sumbangan para warga kerja SKTAR telah dilakukan pada hari selasa sebelum itu dan sumbangan wang sebanyak hampir RM 190.00 itu digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan memasak bubur lambuk tersebut.



Bubur lambuk yang disediakan oleh warga SKTAR ini akan disedekahkan kepada semua murid Islam yang bersekolah di SKTAR. Seramai 36 murid islam menerima sumbangan tersebut dan 13 murid UPSR juga turut menerima bungkusan tersebut. Antara sumbangan yang diberikan ialan bubur lambuk, kurma dan air kotak.



Puan Azizah selaku Guru Besar ( tudung hijau) dan Pn. Rokiah (GPK) turut serta turun padang.

Baik2 potong bawang,kentang dan segala ramuan tu ye..takut kena tangan.hehe

GPK HEM Puan Rosidah mula mengadun bahan asas bubur lambuk



Cikgu Yusmawi dan penulis sedang menyiapkan bungkusan kurma. Aik..cium bau boleh makan tunggu maghrib nanti ye cikgu awie.hehe

Cik Nurhayati sedang membersihkan bahan adunan bersama guru-guru lain.

GB sendiri turut mengacau ramauan bubur lambuk tersebut. Terima kasih.

Operasi memasukkan bubur ke dalam cup, turut membantu cikgu Julie, Cikgu Huda dan Fahmi Teknisyen. Ketua Chef sedang sibuk.

S/u Panitia Pn. Noor Hafizah turut serta memasukkan ramuan bawang goreng dan daun sup ke atas bubur.

Ketua Panitia ustaz Roslan dan cikgu Meenambal sedang memasukkan bubur dan air kotak serta kurma ke dalam plastik.

Murid turut terlibat membasuk periuk belangan dan lain2.


Pihak Panitia jug mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga pada semua yang terlibat dalam gotong royong ini bagi memeriahkan bulan Ramadhan al-Mubarak, turut tidak dilupakan atas bantuan pihak kantin kerana sudi mengizinkan program tersebut dijalankan di situ. Terima kasih.

Kesemua murid bersedia mendengar amanah dan sepatah 2 kata dari GB. Kesemua guru-guru dan staf turut hadir di Kantin SKTAR.

Adik Ranggis menerima sumbangan dari GB.




Alhamdulllah dengan semangat kerja sama yang ditunjukkan oleh warga SKTAR , program tersebut yang dijalankan sejak pukul 8.00 pagi itu berakhir dengan penyerahan sumbangan pada jam 12.40 Tengahari. Bagi guru-guru yang tiada kelas pada pagi itu telah sudi untuk turut sama memasak dan menyediakan hidangan tersebut.



Jutaan Terima kasih Panitia ucapkan pada seluruh warga yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin.

salam Ramadhan untuk semua warga SKTAR dan pembaca blog ini. Ukhwah Fillah di bulan mulia. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...